Abang Akan pegang janji Abang untuk jaga Lia Dan Zinnirah dengan nyawa Abang." -Mejar Saifullah

Drama Series 10372

" Ayah Ful. Ira nak air. Ira Haus." Kata Zinnirah Yang sudah berusia 5 tahun. Saiful setia mendukung Zinnirah. Betapa cepat masa berlalu, dahulu nya Zinnirah ringan sahaja apabila digendong kini sudah semakin berat. Alhamdulillah anak Kecil itu tumbuh membesar dengan sihat. Zinnirah juga seorang kanak-kanak yang periang Dan baik.
" Okay. Kalau macam tu Kita singgah beli jus nak dekat kafe Tu. Lepas Tu Kita pergi main ride okay?" Kata Saiful.

" Abang ni tak payah lah susah-susah, ni hah Kan Lia Ada bawa air dalam tumbler Ira ni." Kata Alia sambil menunjukkan beg silang Yang di dalam pegangan Saiful. Saiful selalu membawa beg yang mengandungi keperluan Zinnirah setiap kali mereka bertemu Dan keluar bersama. Zinnirah siap digendong sehingga tidak dibenarkan langsung untuk anak kecilnya berjalan sewaktu mereka keluar.

" Alah. Tak apa lah. Kan Zinnirah lagi suka minum kat kafe juga. Kan Ira?" Balas Saiful sambil menggamit Zinnirah Di dudukungan nya.

Alia sekadar tersenyum melihat Zinnirah Yang memang manja dengan sahabat karib Arwah suaminya itu. Mereka Tiba Di sebuah kafe. Di samping mereka dapat menikmati sedikit pencuci mulut sebelum memulakan perjalanan. Saiful segera memesan jus strawberi kegemaran Zinnirah sementara Alia menjaga anaknya Yang bermain permainan blok Kecil Yang sentiasa dibawa oleh Alia untuk Zinnirah bermain.

Walaupun Zinnirah kanak-kanak istimewa kerana cacat penglihatannya namun anak Kecil itu peka dengan sentuhan. Beberapa minit kemudian Saiful menyertai mereka bermain bersama Zinnirah. Gembira anak kecil itu bermain dengan Saiful. Alia merasa bahagia apabila melihat Zinnirah gembira bersama dengan Abang Saiful. Zinnirah bukan sahaja rapat dengan Saiful malah Zinnirah turut rapat dengan Hilmi, Ridhwan, Jeremy serta Suresh. Boleh lah dia berehat Hari ini kerana Zinnirah seharian Akan bersama dengan Saiful, Hilmi dan Ridhwan. Cuma kelibat Hilmi dan Ridhwan masih tidak kelihatan. Barangkali sudah berada Di Taman Tema permainan Berjaya Times Square Theme Park. Berapa minit kemudian, minuman Dan sedikit pencuci mulut Yang dipesan oleh Saiful pun Tiba. Apa lagi, Zinnirah melompat keriangan kerana menghidu pencuci mulut kesayangannya iaitu Ice Cream Cake. Gembira Saiful melihat anak Kecil itu sentiasa ceria.

" Ayah Full. Hari Tu Kan Mama bawa Ira pergi jumpa Baba." Omel Zinnirah dengan mulut masih mengunyah kek. Zinnirah bercerita bahawa dia pergi melawat kubur Arwah Sarjan Udara Abu.
" Ya. Ira happy jumpa Baba?" Soal Saiful. Hati Saiful terusik kembali.

" Seronok!! Ira banyak cerita dengan Baba. Cerita pasal mama. Pastu Ira give flowers to Baba. Ira says to Baba macam ni. Baba jangan Risau dekat Mama. Ira Akan jaga Mama supaya Mama tak selalu sad. Ira Akan jadi good girl sampai Ira and Mama jumpa Baba kat Syurga nanti." Omel Zinnirah dengan sebutan pelatnya.

" Ira. Nak aiskrim tak? Buka mulut ahh." Kata Alia Yang Cuba untuk mengalihkan perhatian Zinnirah Yang bercerita kepada Saiful. Budak Kecil itu kalau sudah mula bercerita, semua benda dia Akan diketahui oleh Saiful. Saiful dapat membaca perbuatan Dan riak wajah Alia Yang menyembunyikan sesuatu darinya. Sah!! Alia masih bersedih Dan menangis seorang diri lagi. Semenjak pemergian Abu, Alia sering menangis seorang diri.

" Lia. Lia tipu Abang? Lia kata Lia okay Kan setiap Kali Abang call, jumpa?" Soal Saiful sambil matanya galak merenung and Mata Alia.

" Mana Ada Lia tipu, bang. Lia okay, Abang. Lia Kan Ada jumpa doctor psikiatri, setiap enam bulan. Abang tak perlu lah risau. It was helpful actually. I met new friends." Jawab Alia sambil tangannya ligat menyuap aiskrim kepada Zinnirah.

" Lia. Abang dah anggap Lia macam adik Abang sendiri. Kalau Lia tak okay, Dan bila masa Lia rasa sedih, Abang Ada untuk Lia. Abang Hilmi, Abang One pun Akan selalu Ada buat Lia. Abang Akan pegang janji Abang untuk jaga Lia Dan Zinnirah dengan nyawa Abang." Ungkap Saiful.

Alia terkejut mendengar kata-kata daripada sahabat karib Arwah suaminya itu. Tetapi, ini Salah. Dia tidak mahu terus menerus bergantung harap kepada Abang Saiful lagi. Belum sempat dia bersuara, dia melihat susuk tubuh seorang wanita Yang dia kenali. Berdiri tegak Di belakang Abang Saiful. Seorang wanita Yang dia sering bersua muka Di klinik psikiatri. Malah mereka sudah menjadi Rakan berbual setiap kali menunggu giliran untuk berjumpa doktor.

" Mariya?" Tegur Alia dengan senyuman mesra.
Gadis itu membalas senyuman Alia dengan senyuman mesra kembali. Saiful memusingkan wajahnya melihat siapakah gerangan Yang disapa oleh Alia. Saiful terkejut. Dia tidak menyangka mereka bertemu kembali pads saat ini. Pada situasi seperti ini.

" Tuan Saiful." Sapa gadis itu.
Mejar Saiful terdiam seketika melihat susuk tubuh wanita itu Dan anak Mata mereka bertaut lama.

Im back. Yes im trying to survive. Thanks for reading ☺️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience