Leftenan Kolonel Zaidi merenung wajah satu per satu anak- anak buahnya yang cukup berkaliber dan dipercayai kepakaran mereka. Bravo Team merupakan salah satu pasukan elit di bawah PASKAU milik TUDM. Pasukan ini dilatih bertahun lamanya bersama-sama dengan pasukan elit tentera angkatan tentera British iaitu Rejimen ke 22 British SAS bagi mengikuti kursus asas teknikal. Mereka juga diberi latihan dan kursus di luar negara lain seperti angkatan tentera Australia, Amerika Syarikat dan lain-lain negara Komenvel yang lain bagi meningkatkan kemahiran mereka.
Team Bravo dipimpini oleh Mejar Ahmad Saifullah atau dikenali sebagai Beast ketika di dalam misi dan berkemahiran dalam pertempuran jarak dekat. Leftenan Muhammad Hilmi atau Lion yang mempunyai kepakaran dalam sabatoj. Leftenan Aqil Naqib atau dikenali sebagai Gagak, seorang anggota berkemahiran dalam pengeboman. Pegawai Udara I Muhd. Ridzuan (One) dan diberi gelaran Thor, berkemahiran dalam penembak hendap. Pegawai Waran II Jeremy Ong mempunyai kemahiran penembak tepat atau lebih dikenali sebagai sniper bagi Team Bravo dan gelarannya adalah Shadow kerana mempunyai kecekapan penyamaran yang cukup digeruni oleh team unit elit TUDM. Anggota Team Bravo yang terakhir adalah Suresh Kumar dan dikenali sebagai Potter yang berkemampuan serta berkemahiran dalam perisikan khas.
Mereka berada di ruangan bilik milik Leftenan Kolonel Zaidi bagi membincangkan perkara-perkara yang berlaku sepanjang sesi pengintipan petang tadi dan baru sahaja sebentar tadi berlaku kejadian tembakan rambang dilepaskan di pusat beli belah yang ditinjau oleh mereka selepas mereka tiba di markas TUDM dan melibatkan kecederaan 5 orang awam. Mereka menjadi runsing kerana gerakan kumpulan ini semakin berani.
" Saya dapat informasi terbaru dari pihak polis menyatakan bahawa orang awam yang tercedera dalam tembakan rambang tadi memiliki alat penjejak pada beg tangan, beg plastik beli belah dan pakaian mereka." Pembuka bicara Leftenan Kolonel Zaidi.
Saiful tergamam seketika apabila mendengar penerangan Leftenan Kolonel Zaidi. Ini bermakna gadis yang dibantu nya petang tadi antara salah satu bakal mangsa yang bakal tercedera sekiranya dia tidak bertindak segera.
" Tuan, saya rasa mereka memilih orang awam secara rawak di pusat beli-belah tadi untuk dijadikan target tembakan rambang mereka. Saya mengikuti Yasin dan saya memerhatikan gerak geri nya yang menghampiri dan merapatkan jarak badan mereka dan pengunjung yang lain bagi meletakkan alat penjejak untuk
memudahkan tembakan dilepaskan kepada individu yang mempunyai alat pengesan tersebut." Terang Mejar Ahmad Saifullah.
" Sumber, Mejar?" Balas Leftenan Kolonel Zaidi.
" Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri dan saya menyelamatkan seorang salah seorang pengunjung dengan mematikan alat pengesan tersebut." Terang Saifullah.
" Nampaknya Tuan, Gerakan Pro-Agama ni semakin berani bertindak agresif. Sebelum ini, mereka sekadar memberi ancaman bom. Hari ini mereka melepaskan tembakan kepada orang awam. Orang awam semakin takut." Kata Leftenan Aqil.
" Saya takut selepas ini mereka akan benar-benar membuat letupan bom, Tuan." Kata Hilmi tanpa berlapik.
Semua mata tertumpu kepada Leftenan Muhammad Hilmi.
" Stand by Team." Arahan lantang diberikan oleh Leftenan kolonel Zaidi.
" Baik, Tuan." Balas mereka serentak.
Kesemua mereka melangkah keluar dari bilik Leftenan Kolonel Zaidi dan menapak meneruni anak tangga menuju ke arah ruang lobi bawah. Mereka mula berbual kosong bagi mengalih perhatian dan mengusir kegusaran di hati mereka mengenai misi pada kali ini.
" Aku lapaq lah, pekena nasi goreng mamak malam-malam lagu ni, fuh confirm sedap. Dari petang tak ada makanan menghuni perut aku." Kata Hilmi sambil menggosok perutnya.
" Kau bukan ada makan roti sosej ke before masuk meeting tadi. Aku belikan dekat bakery sebab kau kata kau lapar." Tuduh Jeremy Ong sambil mata mencerun melihat Hilmi.
" Alah roti seciput mana ada kenyang, apek Oii. Roti tu makanan ringan aku nak heavy meals macam ni goreng, mihun goreng nasi goreng ke, hah baru lah kenyang." Bela Hilmi.
" Jerry, kau bagi makan daging badak pun tak kenyang si Hilmi ni. Jangan dilayan mamat putus fius ni." Sambung Aqil.
" Amboi hang main kasar nampak." Marah Hilmi sambil tangannya laju menyiku lengan milik Aqil di sebelahnya.
Belum sempat mereka membuka mulut, suara seorang wanita yang dikenali mereka, menyapa mereka.
" Hai, baru balik jumpa Tuan ke?" Tegur Leftenan Aishah.
Serentak mulut mereka diam terkunci, hanya Aqil yang melayan wanita tersebut.
" Oh, Sha. Haah baru meeting dengan Tuan tadi. Cha tak balik lagi ke? Dah nak pukul 11 dah ni." Tegur Aqil mesra.
Leftenan Aishah tersenyum manis. Ya gadis ini sangat jelita dan dia merupakan antara pegawai wanita yang diminati oleh ramai pegawai-pegawai tentera di markas TUDM ini.
" Oh. Tak I dah nak balik dah tapi I lupa my key cars sebab tu patah balik. Ambil keys. You guys dah dinner belum? Kalau belum jom dinner sekali. Sha belanja. Saiful? Dah lama Aishah tak nampak." Kata Aishah.
" Hah, haah, Hilmi. Kau kata kau lapar. Jom lah ikut Sha makan. Selamat duit poket kau, dapat makan free." Kata Aqil Naqib sambil mencuit bahu Hilmi.
" Tang mana aku cakap aku lapaq? Tak aku tak lapaq, aku nak balik terus rehat. Makan Maggie cup lagi bagus dari pi makan dengan belut." Balas Hilmi tidak berlapik. Ridzuan di belakang nya, menepuk perlahan belakang badan Hilmi agar menjaga tutur kata.
" Saiful, awak nak teman saya dinner ke? Dah lama kita tak berborak kan? Kita pergi makan kat restoran seafood. Awak suka kan?" Pujuk Aishah.
Namun Saiful sekadar tersenyum pahit.
" Aku gerak dulu. Kita dalam mood stand by. Apa-apa boleh jadi. Kau orang tahu kan? Aku balik blok dulu. Kalau korang nak pi dinner pi lah. Kalau dah dipanggil make sure sampai on time. I do not have any time to waste by chatting with someone full of lies." Arah Saifullah lalu kakinya melangkah laju menuju ke arah keluar bangunan.
Semua mata memandang susuk tubuh gagah Beast yang kian hilang dari pandangan mata mereka. Aishah sekadar memandang lantai mozek kerana menahan malu dan sedikit geram akan kelakuan Mejar Saifullah. Kenapa jejaka tersebut masih belum memaafkan dirinya walaupun berkali-kali dia cuba membaiki hubungan antara mereka.
Share this novel