Kem Jugra, Banting
“ Sedap habaq hang kek ni. Hang pi beli dekat mana?” Suara Hilmi menampar Saiful untuk kembali ke alam realiti setelah dirinya tidak sedar sudah mengelamun jauh. Saifullah memalingkan badannya melihat Hilmi yang sedang enak menyuakan kek lava Chocolate ke dalam mulutnya dengan penuh nikmat.
“ Kau ni Hilmi. Bagi lah salam ketuk pintu. Ni mai pakai masuk macam tetamu tak diundang.” Perli Saifullah sambil kembali mengilap kasut botnya.
“ Hang tu yang pekak. Tahu lah kita dah biasa dengan bunyi bom meletup dekat telinga, bunyi tembakan dekat lapang sasar selalu takkan tak dengar, aku bagi salam. Kau pun dok tengok loker almari hang macam nak tembus. Nak marah aku tak bagi salam. Tu kau tengok si One tu melayan drama sambil menangis tertonggeng pun jawab salam aku “ Bebel Hilmi panjang.
Saifullah sekadar diam tanpa menunjukkan sebarang perubahan riak muka. Ya salah dirinya yang mengelamun jauh sehingga tidak sedar Kehadiran Hilmi.
“ Huish. Sumpah sedap kek lava ni hang rembat dekat mana wei?” Soal Hilmi.
“ Ada hamba Allah belanja kek tu untuk kita semua sebab dah selamat kan nyawa dia katanya.” Balas One yang tadi diam sambil menjeling ke arah Saiful yang masih tidak bertukar ekspresi muka.
“ Ni aku dok suko, apo cerita tak masuk mukadimah terus ending ni.” Sambung bebelan Hilmi.
“ Lagu ni. Hang ingat Dak stewardess yang kita selamatkan dia tiga bulan lepas dekat KLIA. Kami jumpa dia balik waktu pick up si Aqil dekat airport. Lepas tu dipendekkan cerita dia bagi lava kek coklat ni dekat Saiful untuk kita semua sebagai membalas budi kita semua.” Cerita One sambil menarik selimut milik untuk menutup pehanya. Hilmi mengangguk bak burung belatuk sambil melabuhkan punggung di atas katil milik Saiful.
“ Cun dok dia?” Bisik Hilmi di telinga Saiful. Saiful menampar bahu milik Hilmi.
“ Kau dah kenapa? Kan dah mengena penampar aku ni. Tak Dak kerja lain ka?” Marah Saifullah sambil menjenggil matanya.
“ aku tanya ja. Mana tahu dia tu cun sampai boleh buat hang termimpi-mimpi, terbayang-bayang, ternganga-nganga. Kan?” Perlu Hilmi sambil mengekek ketawa. “ Hah lawa kah stewardess tu?” Soal Hilmi kembali.
“ Cun tu tak lah sangat kut sebab aku ada jumpa lagi cun dari dia. Tapi dia manis, ayu, jelita hah lagu tu cantik macam gadis melayu la. Apa dey dia panggil?” Balas One sambil cuba mengingati kembali wajah milik Edora yang manis ayu.
“ Hah. Natural Beauty. Hah tu..tu.. yang sesuai dengan dia.” Sambung One teruja.
“ Ohhh… habis kau tak try dia ke?” Soal Hilmi sambil menyenggol lengan milik Saiful di sebelahnya. Saifullah memberi jelingan tajam ke arah Hilmi yang dilihat kecil besar sahaja pada saat ini. Lantas dia membalingkan bantal ke arah Hilmi lalu bangkit dari duduknya melangkah ke arah lokar miliknya.
“ Banyak lah kau punya try. Baik kau pi mandi solat pastu tidur esok hari yang panjang untuk kita semua.” Arah Saiful.
“ Kau patut tanya soalan tu dekat One dia tengah try siapa?” Sambung Saifullah selepas menutup kembali lokar miliknya lalu beredar keluar dari bilik bujang mereka menuju ke bilik air.
Membulat mata One mendengar kata-kata Saifullah. Dia segera pura-pura tidur bagi mengelakkan daripada mulut petir Si Hilmi bertanyakan soalan.
“ Wei! Apo dio? Hang nak try Marka mana pulak?” Soal Hilmi.
" Baik hang cerita One." Kata Hilmi.
********
Mejar Ahmad Saifullah mencatatkan sesuatu pada buku log di tangannya. Hari ini seramai 78 orang anggota PASKAU dari pelbagai kumpulan seperti Team A Alpha, Team B Alpha, Team A Bravo, Team B Bravo, Team A Charlie dan Team B Charlie beserta pegawai-pegawai Anggota PASKAU bersiap sedia untuk latihan terjunan bebas [HALO/HAHO) yang melibatkan seramai 78 anggota pelbagai pangkat. Unit elit milik TUDM ini bakal menjalani latihan bersama dengan angkatan tentera udara milik Australia pada enam bulan akan datang. Bagi memastikan semua anggota terlibat mampu memberi komitmen yang tinggi, latihan harus dilaksanakan bagi memastikan semua anggota dalam keadaan bersiap siaga.
“ Seramai 78 anggota sudah siap untuk latihan, Tuan!” Lapor Mejar Saifullah kepada Staf Sarjan Yunus.
Saiful membetulkan gear kelengkapannya.
“ Banyak jugak muka baru hari ni.” Tegur One yang turut memeriksa kelengkapannya.
“ Baru dipromote lah tu.” Sindir Aqil, merujuk kepada terdapat anggota menggunakan orang dalam untuk menyertai pasukan ini.
“ We will see their skills today.” Dingin suara Saiful mematikan perbualan mereka.
Saifullah memandang satu persatu anggota di hadapannya itu berhimpun di mana letaknya pesawat pengangkut udara C-130 ,Helcules. Terdapat muka-muka lama iaitu senior mereka dan beberapa muka baharu yang mungkin baru diserap masuk. Para anggota dari Team Alpha, Bravo dan Charlie mempunyai kepakaran dan kemahiran masing-masing.
Taklimat ringkas diberikan mengenai SOP telah diberikan sebelum menaiki pesawat pengangkut udara.
“ Komando, sedia?!” Laung Saiful
“ Komando,sedia, Tuan!!” Sahut para anggota lain.
Akhirnya, mereka menaiki pesawat pengangkut udara dan mengambil posisi mereka masing-masing. Apabila depatches pesawat memberikan arahan untuk bersedia, mereka beratur mengambil posisi masing-masing. Penerjun pertama membawa tugas yang amat penting. Dia tidak boleh berasa takut ataupun gerun, tidak boleh teragak-agak ketika terjun. Jika seseorang takut dan gentar, berkemungkinan besar ia akan mendatangkan bahaya kepada penerjun akhir kerana kebarangkalian untuk penerjun berkenaan mendarat di luar zon pendaratan adalah tinggi. Staf Sarjan Yunus menggalas tanggungjawab sebagai penerjun utama.
“ Stand by….. stand by….stand by…..” Despatcher memberi arahan kepada semua penerjun. Mata mereka fokus kepada lampu merah bertukar warna. Masing-masing mengira dalam kiraan ribu untuk mendapatkan penerjunan lebih tepat. Lampu bertukar daripada merah kepada hijau.
“ Go..go…go….” Despatcher memberi arahan .
Staf Sarjan Yunus memulakan terjunan diikuti para anggota lain. Satu per satu memulakan terjunan. Saiful merupakan anggota terakhir yang bakal melakukan terjunan. Dia segera terjun dan menjunam keluar dari perut pesawat.
Saiful terapung seketika . Dia menikmati keindahan alam sekeliling. Subhanallah! Cantik sungguh! Penerjunan bebas , mereka tidak perlu membuka payung terjun seperti penerjunan statik. Mereka mempunyai masa beberapa minit untuk terapung sebelum membuka payung terjun mereka. Tiba-tiba dia melihat dua orang anggota berlanggar sesama sendiri dan dia terkejut apabila melihat salah satu antara mereka tidak bergerak setelah perlanggaran kuat berlaku sebentar tadi. Mungkin salah satu anggota tersebut tidak sedarkan diri. Dia melihat Laskar Udara Zain terkial-kial kerana payung terjun nya terbelit dengan payung terjun anggota yang tidak sedarkan diri itu. Saiful mengimbas wajah anggota yang tidak bergerak itu dengan teliti. Sah ianya adalah Korperal Udara Ng Tzu Yang. Korperal Udara Ng merupakan salah satu anggota dari Team Charlie.
Laskar Udara Zain bergelut dengan payung terjunya dan juga payung terjun simpanannya. Dia tahu sekiranya gagal membuka payung terjun simpanannya akan membawa padah. Berkemungkinan besar bakal meragut nyawa dan badannya jatuh berderai ke tanah atau ke dalam kolam.
Saifullah menjadi seriau apabila mengenangkan ramai komando telah menjadi mangsa tragedi berdarah sehingga kehilanga nyawa. Malah dia pernah saksikan dengan mata kepalanya sendiri rakan setugasnya gagal membuka payung terjunya sehingga berakhir dengan tragedi berdarah.Saiful tidak ingin tragedi itu berlaku lagi di hadapan matanya dan berlaku di bawah kelolaannya.
Mejar Saifullah bertindak membetulkan kedudukannya, bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan. Saiful memulakan dengan kalimah Bismillah dan dzikir di hatinya, meminta dipermudahkan segala urusan nya. Dia meluruskan kedua belah tangannya ke sisi dan dengan bantuan angin dia terus meluncur laju mendapatkan kedua-dua anggota yang berada beberapa puluh kaki daripadanya. Saiful segera merangkul tubuh milik Koperal Udara Ng setelah dia tiba di lokasi mereka berada. Dia mengisyaratkan Laskar Udara Zain untuk bersedia menyelamatkan dirinya sendiri. Saiful segera memotong tali yang membelit kedua-dua anggota menggunakan pisau yang sememangnya ada di bawanya di beg simpanan payung terjun. Laskar Udara Zain terlepas daripada bahaya bertindak segera membuka payung terjun simpanannya. Beliau berjaya membuka payung terjun simpanannya. Kini bahaya menanti Saiful dan Koperal Udara Ng.
Mata Saiful mencari titik pendaratan. Beberapa saat kemudian, Saiful memberikan isyarat supaya bersedia. Junamam makin laju. Di dalam hatinya dia berdoa agar pihak penyelamat dapat mengesan pendaratan cemas mereka. Kini segala tindakan harus cekap. Kesemua mereka perlu tepat untuk mengembangkan payung simpanan masing-masing jika ingin melakukan pendaratan sempurna.
Dalam fikiran Saiful dia mengira jarak di mana landing point atau titik pendaratan mereka. Akhirnya, mereka mendarat di dalam air. Saiful bertindak cekap dengan segera memotong tali parachute dan berenang mendapat Koperal Udara Ng dan dia melihat Laskar Udara Zain yang tercungap-cungap kelemasan. Dengan segera dia berenang menghampiri Laskar Udara Zain dan membantu Laskar Udara Zain kembali kepada kewarasan dan keseimbangannya. Syukur kepada Allah SWT kerana dia mendengar bunyi enjin bot menghampiri mereka, bantuan telah tiba. Apabila bot tiba, Saifullah segera menghulurkan lengan mencangkuk getah bulat yang dihulur kan. Koperal Udara Ng dan Laskar Udara Zain segera menaiki bot.
“ Komando. Tuan, kesemua 78 anggota berjaya melakukan pendaratan.” Sebaik sahaja mereka selamat di atas bot, lapor salah satu anggota yang membantu menyelamatkan mereka.
Mejar Saifullah mengangguk kelegaan. Wajahnya diraup perlahan. Syukur ke hadrat Allah kerana tidak berlaku sebarang tragedi berdarah pada kali ini.
“ Tuan, kepala Tuan.” Tegur anggota yang baru saja membuat laporan kepada dirinya.
Saiful memegang kepalanya sendiri, darah merah menghiasi telapak tangannya.
" Hah, sudah." Bisik hati Saiful.
Please give me a lot of love and support. Doakan juga kesihatan diri saya baik. May Allah SWT bless you guys
Share this novel