Dah lama tunggu kami Lia?” Tegur Hilmi sambil membantu Saiful untuk duduk di restoran makanan Cina berdekatan di Cyberjaya. Saiful masih dalam keadaan pemulihan dan badannya perlu dibantu oleh orang lain untuk berjalan. Lengan dan tangan milik Saiful juga turut dibalut dengan kain anduh kerana kecederaan pada bahagian bahunya.
“ Tak ada lah Bang, baru juga sampai lima minit lepas.” Balas Alia.
Alia adalah balu kepada Sarjan Udara Abu Zahin, sahabat mereka. Alia ibarat adik perempuan mereka bagi Team Bravo dan mereka berjanji akan sentiasa menjaga dan melindungi Alia dan Zinnirah, anak istimewa Abu Zahin setelah pemergiannya. Hari ini, Saiful baru berkesempatan untuk berjumpa dengan Alia.
“ Zinnirah!! Makin besar dah dia. Sihat ke hangpa berdua?” Soal Hilmi sambil mengusap lembut pipi gebu Zinnirah.
“ Alhamdulillah, kami sihat walafiat. Zinnirah pun makin aktif lo ni. Abang Saiful lagu mana? Dah sihat?” Soal Alia, matanya melihat wajah milik Saiful yang agak cengkung.
“ Alhamdulillah, Lia. Masih lagi dalam proses pemulihan. Zinnirah nampak makin bambam. Alhamdulillah, membesar dengan sihat.” Balas Saiful dan matanya tak lekang melihat Zinnirah yang putih gebu.
“ Tu lah bang, Makin semangat dia kebelakangan ini. Lenguh Lia nak dukung dia. Dia ni kalau tak didukung nanti menangis. Biasanya Abang Abu dukung Zinnirah sepanjang masa bila dia off duty. Ni dia dah tak ada Zinnirah makin manja nak didukung sepanjang masa.” Adu Alia sambil memangku anak istimewa nya yang berusia setahun itu.
“ Tak apa Zinnirah, lepas ni biar uncle-uncle lain dukung Zinnirah pi mana-mana. Ada empat orang uncle boleh kendong Zinnirah. Alia lepas ni bila keluar dengan kami, biar kami je dukung Zinnirah. Alia rehat jee. Kami uruskan.” Kata Hilmi dengan senyuman.
“ Zinnirah lepas ni biar Uncle dukung Zinnirah. Okay? Uncle jadi baba Zinnirah, okay?” Kata Saifullah sambil mengelus pipi gebu Zinnirah. Zinnirah tersenyum lebar apabila dirinya dibelai manja begitu.
“ Wah…sukalah Zinnirah lepas ni. Abang-abang hensem dukung dia. Gamaknya tak mahu turun lah dari dukungan. Silap-silap Zinnirah ikut balik Kem TUDM.” Gurau Alia.
Gurauan Alia membuatkan mereka tersenyum.
“ Boleh sangat lah tu. Zinnirah boleh duduk di kem. Biar lembut hati Komander kami tengok baby comel ni. Tak ada nya marah-marah kami kalau tak lari satu kem tiap petang.” Gurau Hilmi. Dapat dibayangkan oleh dirinya jika benar Zinnirah boleh duduk di kem mereka sudah pasti tunggang terbalik bilik bujang mereka.
“ Lia dah order? Lia nak makan apa hari ni? Biar abang belanja.” Soal Saifullah kembali.
“ Belum lagi. Abang order je lah apa yang best kat sini. Alia ikut je.” Balas Alia yang sibuk bermain mainan patung beruang kecil bersama dengan Zinnirah.
“ Kalau lagu tu biar Abang Hilmi recommend menu yang the best kat sini. Kalau nak suruh Si Saiful ni nak recommend kan memang tak jawabnya, sebab dia tak pernah mai makan sini. Dia pun baru baik koma, wayar otak belum berfungsi sepenuhnya. Abang dengan Si Jeremy yang selalu usha tempat makan ni.” Jawab Hilmi yang berseloroh.
“ Hang mai makan ke, usya marka?” Perli Saifullah sambil merenung tajam ke arah sahabatnya itu. Ikut suka hati kata dirinya wayar otak belum berhubung lagi di hadapan Alia. Hilmi pula sudah menyiku lengan milik Saiful. Saiful apa lagi mengadu sakit lah apabila lengannya yang masih belum baik dijadikan mangsa siku Hilmi.
“ Ada-ada saja lah uncle-uncle ni kan, Ira?” Kata Alia kepada Zinnirah yang berada di kerusi bayi di sebelahnya.
Mereka menikmati makan tengahari bersama-sama dengan suasana yang mendamaikan. Mereka bertiga bertukar-tukar pelbagai cerita bagi menceriakan suasana. Hilmi semestinya dengan cerita yang penuh gelak ketawa kerana dia tidak mahu Alia dan Saiful terbawa emosi sedih mengenangkan Sarjan Udara Abu Zahin. Dia tahu kedua-duanya bersedih dan menahan pahit yang sukar untuk dirawat walaupun sudah enam bulan selepas tragedi menimpa Abu. Tiba-tiba mata Hilmi melekat pada seorang gadis bertudung merah di hadapan meja mereka yang sedang berbual mesra dengan seorang jejaka yang memakai suit yang kemas dan bersih. Muka gadis tersebut terselindung di sebalik tubuh lelaki tersebut. Beberapa detik kemudian, dia melihat wajah gadis tersebut dengan jelas. Apakah? “ Ini kes naya.” Bisik Hilmi.
Saiful pelik sahabat nya yang mulutnya bising seperti ayam tiba-tiba senyap.
Saiful yang cekap membaca air muka Hilmi terus mengalihkan pandangan ke arah mata Hilmi sedang melihat ke arah sepasang kekasih yang berada di meja hadapannya. Seorang lelaki yang kemas berpakaian sut sedang bersuapan. Wajah sang gadis terselindung dek kerana tubuh badan sang jejaka yang agak besar melindungi wajah gadis tersebut. Namun malangnya, wajah gadis tersebut semakin jelas di penglihatan matanya.
Wajah yang cukup dikenali nya, ya wajah yang sudah lama tidak dijumpai olehnya, wajah yang tidak berubah sedikit pun selama tujuh tahun mengenalinya dan wajah tersebut langsung tidak memunculkan diri selama hampir enam bulan terlantar di hospital. Dia terlantar di hospital selama enam bulan langsung tidak kelihatan wajah gadis yang dicintainya itu. Betapa dia mengharapkan gadis tersebut ada di sampingnya pada waktu sukar ini, menemani kegusaran hati, menjadi tempat bersandar seketika tatkala dia diserang mimpi ngeri, namun gadis itu tidak kunjung tiba. Gadis tersebut terketawa bahagia bersama sang jejaka lain di hadapannya.
Senyuman gadis tersebut sangat bahagia seperti tiada apa yang berlaku pada ketika ini. Senyuman ikhlas yang tidak pernah ditunjukkan sewaktu mereka bersama. Dia adalah Sharifah Aishah Al- Junaid. Teman wanita yang bersamanya selama tujuh tahun berada di hadapannya bersama lelaki lain.
Hati Saiful semakan dihiris halus menjadi kepingan kecil, kesedihan dan keperitan yang dirasai kian bertambah setelah melihat Aishah bersama dengan lelaki lain. Hilmi yang sedar Saiful diam dan merenung wajah yang sama, memandang wajah milik sahabatnya. Hilmi memeriksa keadaan Saiful. Wajah sahabatnya menjadi dingin dan beku. “ Sudah!” Bisik hati Hilmi.
“ Aku okay. Hang tok Soh risau.” Kata Saiful, belum sempat Hilmi bertanya.
“ I guess this is ending for both of us, right?” Sambung Saifullah sambil memandang tepat ke arah wajah milik Aishah.
Aishah yang tadinya sibuk bermanja dengan Doktor Fairozan, tiba-tiba kejung di kerusinya. Dia terkejut teman lelakinya sedang merenung wajah milik nya. Mulut terkunci dek kerana terkejut, tidak menyangka bahawa Saiful berada di hadapan matanya. Bukankah Saiful terlantar di hospital? Mengapa dia berada di sini? Darah berderau kini. Aishah menarik tangannya yang tadi berada di pegangan Fairozan.
“ It’s over.” Kata muktamad Saiful. Alia yang tertanya tanya apakah yang dibicarakan oleh Saiful, memandang wajah Hilmi, meminta jawapan. Hilmi sekadar tersenyum pahit.
Aishah terkedu apabila melihat gerak bibir Saiful yang mengatakan perkataan kata akhir hubungan antara mereka.
I'm so sorry cause I can't consistent with publish a new chapter of my novel. i really having a difficult time handling with my depression. Please praying for my health condition getting better before I met my doktor pakar next week
Share this novel