Banyak lau kau tidur nyenyak apa benda. Kita ni boleh tidur nyenyak bila dah arwah je nanti. Lepas ni lagi banyak benda menanti Kita ni. Kau macam tak tahu Pula tugas Kita macam mana." Jeremy Ong.

Drama Series 10372

Sepasukan kira-kira 40 anggota PASKAU Dan juga Special Air Service Regiment secara rasmi singkatan SASR yang lain termasuk tim penembak tepat di tempatkan di setiap landasan terbang itu sebagai pasukan pengawal utama. Abdul Samad yang memantau operasi dari rakaman langsung yang disiarkan ke paparan skrin digital yakin anak-anak buahnya dapat melaksanakan tugas tersebut.

Tepat pukul 2.30 pagi, di sebalik kegelapan pagi kendengaran satu dentuman letupan menandakan operasi serbuan bermula. Tim PASKAU Alpha dan SARS menyerbu masuk melalui bahagian belakang dan hadapan pesawat.

Dalam tempoh 10 minit, seorang anggota PASKAU dilihat keluar mengiringi para penumpang yang kemudian diarahkan turun menggunakan tangga pesawat. Operasi terancang yang dilaksanakan. Serbuan awal pagi oleh anggota komando PASKAU berjaya menamatkan drama rampasan oleh kumpulan pengganas sejak lima hari lalu. Dalam operasi terancang itu, dua pengganas ditembak mati manakala empat yang lain menyerah diri.
6 enam anak kapal diselamatkan termasuk seorang penumpang yang dicederakan pengganas dikejarkan ke Beverley Hospital untuk rawatan.Detik-detik mencemaskan itu adalah rentetan kemuncak Eksesais Thunderbolt. Ia adalah latihan operasi menyelamat tebusan di dalam pesawat yang dikoordinasikan oleh Markas Special Air Service Regiment secara rasmi singkatan SASR.

Ia bagi menguji dan menilai kepakaran kumpulan khas udara big kedua-dua buah negara terlibat dalam menangani situasi kritikal sekiranya berlaku krisis keganasan yang melibatkan pesawat udara di negara masing-masing. Eksesais selama lima hari itu melibatkan beberapa fasa seperti proses pemujukan, rundingan, serbuan dan operasi menyelamatkan penumpang serta tebusan.

Latihan dengan kerjasama Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Australia itu melibatkan kira-kira 407 pegawai dan anggota tentera termasuk dari pelbagai unit sokongan.

Hadir menyaksikan latihan itu ialah Panglima Tentera Udara iaitu Marsyal Udara Leo Davies. Beliau yang menyaksikan sendiri serbuan yang diadakan di dalam pesawat itu memuji kecekapan dan kemampuan tim elit tentera udara bagi kedua-dua buah negara melaksanakan latihan tersebut mengikut prosedur Operasi Menyelamat Tebusan (OMT) yang ditetapkan. Upacara ditamatkan dengan memberi takbik hormat kepada Marsyal Udara Leo Davies Dan Def-def kehormat yang lain.

Usai latihan yang dilakukan pada hari ini maka tamatlah latihan dan khursus Yang harus dijalani selama beberapa bulan di bumi Australia ini. Kini mereka sedang melepaskan segala peralatan keselamatan yang digunakan di dalam latihan sebentar tadi di ruangan markas milik tentera Malaysia.

" Alhamdulillah, settle juga akhirnya. Lepas ni aku dah boleh tidur nyenyak." Kata Hilmi sambil membuka sarung tangan hitam miliknya.

" Banyak lau kau tidur nyenyak apa benda. Kita ni boleh tidur nyenyak bila dah arwah je nanti. Lepas ni lagi banyak benda menanti Kita ni. Kau macam tak tahu Pula tugas Kita macam mana." Bebel Jeremy Ong.

" Kau ni Kan mulut tu boleh tak sebut benda yang baik-baik. Cakap lah sebelum balik dari Aussie sempat sambar sorang minah mat saleh kat sini ke? Dapat bawa balik beruang Koala sibiji ke , ini idak. Nasib baik kau ni member aku. Kalau budak junior aku hempuk pakai helmet ni." Balas One Yang ingin melempar topi keselamatan miliknya. Mamat Cina ni memang mulut tak boleh bawa bincang.

" Jeremy kau ni tahu tak, kata-kata yang selalu Kita cakap Tu doa. Tak elok cakap macam tu. maut Dan ajal Kita dah lama tertulis. Kita kena doa yang baik-baik semoga kematian Kita dalam keadaan baik." Tegur Aqil kepada Jeremy.

" Aku tau Tu. Aku cuma ingatkan je skop kerja Kita tak macam manusia lain. That's all ma." Balas Jeremy.

" By the way esok Kan last day kat Australia. Korang nak pi jalan- jalan makan angin tak. Alang-alang before balik Malaysia.? Soal One.

" Nak!!! Hang nak bawak pi mana?" Jawab Hilmi dengan teruja.

" Tu Aku tak tahu. Ku ni kan follow the flow je. Siapa nak ikut pukul 9 pagi gerak." Kata One.

" Aku tak boleh join Aku ada hal esok." Ujar Saiful lalu berlalu meningalkan mereka dari ruangan tersebut.

" Dia ni. Tak syok lah, asyik Ada hal je memanjang. Kita Kan dah habis duty. Esok off day. Patut tak nikah-nikah lagi." Kata Jeremy.

" He is our leader. Tanggungjawab besar." Jawab Aqil .

" Halah... halah.. esok aku nak pi tengok kangaroo..tak Kira... Yang nak pi siap awal.. aku dengan One nak pi awal." Kata Hilmi sambil meneguk air mineral.

" Aku ikut lah. Nak tengok koala bear." Jawab Jeremy.

Aqil pula sekadar mendiamkan diri. Dia malas untuk masuk campur perbualan rakan-rakan yang lain mengenai kangaroo Dan Koala Yang hidup Di atas pokok. Hatinya Dan fikirannya serabut ketika ini. Semuanya mengenai Aishah. Lagi-lagi gadis itu yang membuatkanya tak keruan. Nafas ditarik panjang Dan dihembus perlahan. Aishah masih ingin bersama dengan Saiful walaupun telah ditolak beratus Kali oleh Saiful. Sudah berbuih mulutnya menasihati gadis itu, namun Aishah tidak pernah mengendahkan nasihat nya.

Assalamualaikum.Salam Ramadhan Mubarak. Maaf dah lama tak update.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience