Mariya Edora telah selamat tiba di hotel penginapan yang disediakan oleh pihak syarikat penerbangan di bumi Seoul Korea Selatan. Edora dan kru-kru penerbangan yang lain selamat tiba di bumi Seoul setelah mengharungi 6 jam 20 minit. Mereka bertolak dari bumi Malaysia iaitu Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan selamat sampai ke Incheon International Airport.
Penerbangan kali ini merupakan penerbangan yang cukup tenang dan mudah kerana para penumpang dan anak kapal lain memberi kerjasama yang cukup baik sepanjang perjalanan menuju ke bumi Seoul.
Badan kurus milik Edora dihempaskan ke atas katil empuk milik hotel. Setelah selamat tiba di hotel penginapan, Edora segera membersihkan badan dan segera menunaikan solat fardhu Maghrib. Mata nya kuyu cuba dipejamkan rapat-rapat, mencuba untuk melelapkan mata kerana badannya letih dek kerana kepenatan setelah mengharungi 6 jam penerbangan belum lagi termasuk waktu digunakan untuk bersiap sedia untuk bertugas dari rumah sehingga sesi briefing.
Bunyi nada dering milik telefon bimbit nya menandakan panggilan masuk dari pemanggil. Badannya digulingkan ke arah meja lampu di sebelah katilnya, di mana terletaknya telefon bimbitnya. Tangan milik nya mencapai telefon bimbitnya dan dia memandang sekilas layar skrin telefon bimbitnya. Tertera nama F.O Tengku Farid di skrin telefon bimbitnya. Edora sekadar menarik nafas panjang melihat nama si pemanggil.
" Hai, Dora. What are you doing? baby." Sapa Tengku Farid dengan nada manja dan lembut menyapa gegendang telinga Edora.
Berkerut dahi milik Edora mendengar kata-kata Tengku Farid yang berkelakuan aneh dan manja semacam sahaja gayanya. Si Farid ini kepalanya terhantuk tingkat kapal terbang ke tadi atau tersembam dekat lantai bilik air hotel? Dia ingat dia sedang bercakap dengan teman wanitanya ke apa? Sumpah Edora di dalam hati.
" Apa baby- baby? You pernah merasa makan backhand ke?" Marah Edora.
" Come on, girl. Just chill boleh tak. I panggil baby je lagipun soon you will be my gf kan?" Kata Tengku Farid di hujung talian sambil tersenyum penuh makna.
Naik menyampah Edora melayan kerenah si buaya tasik Kenyir itu. Bukan dia tidak tahu atau dia bodoh. Tengku Farid adalah mata keranjang, pantang nampak perempuan dahi licin pasti dia akan mencuba untuk menjadi gadis itu sebagai koleksi stok perempuan simpanan nya. Tengku Farid sudah mempunyai kekasih hati yang merupakan seorang pramugari milik syarikat penerbangan AirAsia bernama Jane.
" Sorry F.O Tengku Farid, mati hidup balik pun I never ever be your girlfriend. You nak apa benda ni? Dah nak masuk waktu Isyak." Balas Edora dingin.
" You ni nak buat apa kalau masuk waktu Isyak pun. Boleh tak you chill kejap. Nak lari je dari I, kenapa? Takut terjatuh hati dengan I ke?" Balas Farid berfoya-foya.
Edora mulai hilang sabar melayan kerenah juruterbang tersebut. Lagi susah melayan kerenah penumpang sahaja lagaknya.
" FIRST Officer Tengku Farid I nak pi memancing waktu Isyak nanti. Apa punya soalan lah I nak solat Isyak lah apa lagi? Cakap macam you tak solat pulak." Tempelak si Edora dengan nada dingin.
Tengku Farid di hujung talian sekadar tersenyum pahit. Solat? Mana pernah dia solat. Solat Maghrib pun tak dibuatnya lagi. Dia tidak faham mengapa gadis itu sering solat dan menjaga pergaulan dengan lelaki. Dia merasakan gadis tersebut berfikir kolot.
" You ni garang sangat lah. I curious how you treat your passenger with angin puting beliung ni." Sakat Tengku Farid.
" So sad you are not passenger, kalau I dapat passengers macam you I dah campak keluar kapal terbang dah." Balas Edora dingin.
" Wow. How the management not quitting you as stewardess kalau you baran macam ni. Come on, just chilling, can't you?" Balas Farid di hujung talian sambil membuka butang baju kemeja putihnya.
Edora mengambil nafas dalam-dalam lalu cuba menenangkan jiwa dan fikiran nya yang kian menggelodak ketika ini.
" You nak apa? Farid." Tanya Edora tenang kembali.
" Let's have a night date together. Just the two of us. I belanja, you nak makan apa? Come on, Dora since kita kenal we never eat together." Kata Tengku Farid sambil menghempaskan tubuhnya di atas katil.
" Sorry, Farid. I'm so tired. You buat lah amal jariah you nak belanja orang tu dengan orang lain. Belanja lah Kapten Aaron ataupun Amanda, dia lagu suka kalau you ajak keluar date. Goodbye." Kata Edora senafas lalu mematikan talian.
Tengku Farid memandang layar skrin telefon bimbitnya yang sudah terputus talian. Dia sekadar tersenyum sinis. Gadis ini memang lain dari gadis yang lain. Jual mahal! Tak apa lagi lah dia suka, jika gadis ini terus jual mahal. Dia akan pastikan Mariya Edora menjadi teman wanitanya kelak.
Dia memang sudah mempunyai teman wanita bernama Jane tetapi wanita itu hanya tempat dia bersuka ria serta melepaskan nafsu semata-mata. Tersenyum lebar jejaka ini apabila terbayangkan bagaimana layanan Jane buat dirinya.
"
Share this novel