Subang Jaya, Selangor.
“ Kakak!!! Kakak!! Kak Dora!!! Bangun!! Kak Dora!!” Panggil Irene sambil menggoncang bahu milik kakaknya yang sedang menangis teresak-esak dalam tidurnya.
Edora tersedar dari mimpi yang panjang dan menakutkan. Di dalam mimpinya dirinya melihat mayat-mayat yang berlumuran darah. Ada mayat tidak lengkap anggota badannya. Ada yang putus tangan dan kaki mereka. Di dalam mimpinya dia melihat seorang lelaki di bunuh di depan matanya. Suasana rintihan meminta tolong dari orang ramai masih terngiang di telinga nya. Bunyi tembakan menemani mimpinya. Edora segera beristighfar panjang untuk meredakan igauan yang dialami nya.
“ Kak, Kak okay ke?’ Tanya Irene yang risau akan keadaan mental kakaknya setelah apa yang berlaku kepadanya tiga bulan lalu. Semenjak kejadian pemberontak menyerang KLIA, kakaknya selalu menangis dalam tidur, tidak kurang juga kakaknya akan meracau-racau. Bila dia ingin bertanya lanjut adakah dia baik-baik sahaja, kakaknya mengatakan dia baik-baik, tidak perlulah untuk risaukan dirinya.
“ Kakak kenapa? Irene?” Soal Edora setelah hatinya mulai tenteram.
“ Kak Dora menangis lagi in your dreams. Irene sedar bila bunyi esakan kakak makin kuat.” Kata Irene.
Edora menyeka kesan Air mata yang tersisa di pipinya. Basah! Sah dia menangis. Dia cukup benci dengan keadaan dirinya yang sering menangis di dalam tidur. Semenjak kejadian di KLIA, dirinya tidak dapat tidur yang lena.
“ It jus another horrible dreams. Don’t not worries. Irene tak tidur lagi ke?” Balas Edora sambil memegang tangan milik adiknya itu.
“ Biasalah patient with insomnia liked me, susah nak terlelap or pejamkan mata. Kakak mimpi benda yang sama lagi?” Soal Irene dengan nada risau. Edora sekadar tersenyum pahit dan mengangguk.
“ Kakak, jom Akak ikut Irene jumpa my doctor for psikiatri. Maybe she will help you.” Cadang Irene. Edora menggeleng kepalanya menandakan dia tidak mahu.
“ Kalau macam tu tak apa lah. Nanti Irene fikir cara lain eh?” Kata Irene.
Edora sekadar mengangguk perlahan. Irene sememangnya adik yang sangat baik. Irene seorang gadis yang sentiasa mengutamakan kepentingan orang sekeliling nya berbanding dirinya.
“ Jom lah Kakak. Kejap lagi masuk Subuh. Boleh kita jemaah sekali.” Ajak Irene.
Edora mengangguk perlahan. Boleh dia berehat sementara menunggu waktu untuk bertugas ke Hokkaido,Japan pula petang nanti.
Pangkalan Udara Jugra, Banting Selangor.
Saiful mengimamkan solat jemaah Subuh pada kali ini. Dia membutirkan alunan ayat suci Al-Quran dengan tertib. Solat dimulai dengan mengangkat takbir sehingga doa, Saifullah melaksanakan tugas sebagai seorang imam dengan baik. Setelah selesai Solat Fardhu Subuh. Saiful berjalan beriringan dengan sahabat , Hilmi dan One.
“ Akhirnya dapat juga merasa cuti panjang setelah sekian lama!!” Jerit One.
“ One, kau ni apa hal jerit tiba-tiba, tak elok.” Tegur Saifullah.
“ Cuti lama hang kata? Wei cuti lama pe kebenda, lima hari je. Kita ni dari zaman mula-mula bertugas sampai lo ni. Cuti paling lama seminggu tau. Dah lah raya tak dapat cuti langsung.” Pintas Hilmi dengan muncung memanjang.
“ Kau pun tahu kan Hilmi, kerja macam kita ni macam mana. Kita dah angkat sumpah masa mula-mula masuk bidang ni. Nak tak nak kena hadaplah.” Balas Saifullah sambil membetulkan tempat letak kopiahnya.
“ Apa plan korang cuti ni.” Soal One.
“ Aku rasa aku nak pi holiday dengan family aku. Dah lama tak pergi holiday sama-sama. Aku plan nak pi Langkawi. Murah dan dekat dengan kampung Mok Pok aku.” Balas Hilmi.
“ Back to my home I guess. Jumpa Ummi and Baba. Semalam Umi called, kalau ada cuti cuba-cuba lah balik rumah. Takut-takut dia tak cam lagi anak teruna dia ni.” Balas Saifullah
“ Untung lah anak kesayangan Mok.” Kata Hilmi mengusik.
Saifullah sekadar menghantar jelingan maut kepada Hilmi. Kecil besar sahaja dia melihat Hilmi pada saat ini.
“ Aku malas nak balik kampung.” Kata One memecahkan sunyi.
“ Await?? Hang ni.. kita ni dapat cuti, sepatutnya kita spend time dengan family. Ni dok hang pakai agenda tak mau balik kampung. Lagi satu kampung kau tuh dekat je. Selangor je pun. Aku ni Kampung dekat Perlis pun sanggup balik.” Bebel Hilmi.
“ Kau tahu lah parents aku kan tak restu aku jadi askar ni dari dulu. Diorang mana pernah jenguk atau bertanya khabar aku sepanjang aku mula-mula jadi perajurit muda, komando sampai sekarang ni dah berjaya berkhidmat dalam unit elit pun. Adik beradik pun buang aku sebab pandang rendah dengan kerjaya yang aku pilih ni. Ya lah diorang kebanyakan bekerja high class. Doctor, lawyer, engineer.” Adu One.
Jatuh kasihan Saifullah dan Hilmi mendengar cerita One yang tidak direstui oleh keluarga nya untuk berkhidmat sebagai anggota tentera. Saiful teringat akan mula-mula dia memasuki kursus asas komando, sewaktu majlis pertauliahan beret biru, tiada satu bayang ahli keluarga Ridzuan hadir menyambut percapaian nya. Semenjak itu, dia perasan One yang seorang pendiam dan suka memendam rahsia, berasa tidak selesa apabila berbicara tentang keluarga. Baru hari ini, One membuka mulut mengenai isu keluarga nya.
“ Insyaallah, One. One day parents kau dan adik beradik kau boleh terima kau. Kau banyak kan bersabar dan doa dekat Allah. Dan aku nak kau tahu. Bravo Team adalah keluarga kau. Kau tak keseorangan. Kami ada di belakang kau.” Pujuk Saifullah sambil menepuk perlahan bahu milik Hilmi.
“ Betul One. Macam aku pernah habaq dulu. Kita ni Brothers. Maut je boleh pisahkan kita.” Sambung Hilmi.
“ One, kau nak ikut aku tak. Balik rumah.” Soal Saifullah.
Terkejut dengan pelawaan Saifullah itu.
“ Come on, One. Aku nak kenalkan kau dekat seseorang kat rumah aku tu.” Kata Saifullah sambil menjongketkan keningnya.
One makin berkerut wajah mendengar kata-kata yang terlontar dari mulut Saifullah.
“ Hoi lambat, jalan macam Sajat je korang ni. Aku dengan Suresh dah nak mati kebelur tahu tak.” Jerit Jeremy Ong yang duduk bersandar di dinding.
“ Harey punya member. Kau samakan aku dengan Sajat!!” Marah Hilmi sambil berlari mendapatkan rakan-rakan.
Saifullah sekadar menggeleng melihat gelagat sahabat-sahabat seperjuangan nya. Semoga ukhwah yang terjalin antara mereka kekal sehingga lah maut yang memisahkan mereka.
Baki cuti tinggal sehari sahaja lagi. Saiful dan Ridzuan kini duduk di bilik wayang yang khusus untuk menonton filem di rumah keluarga milik Saifullah. One mengambil keputusan untuk meluangkan masa bersama Saifullah di rumah keluarga Saifullah. Sesungguhnya dia bersyukur kerana keluarga Saifullah sangat baik dan merendah diri terutama ibunya. One juga terkejut kerana dia baru mengetahui Saifullah merupakan anak orang berada dan tinggal di rumah umpama istana gayanya. Tidak pernah terlintas langsung di fikiran nya bahawa Saiful merupakan anak golongan berada kerana lagak dan gayanya seperti warga marheen sahaja. Mereka sedang menonton filem Barat yang bertajuk “ Ghost Of War”.
“ Fur. Kau hari tu ada nak kenalkan aku dengan seseorang.” Tegur One yang mengunyah popcorn yang dimasak oleh Saiful.
Terjongket kening Saifullah mendengar pertanyaan One.
“ Lah ingat lagi kau. Ingat kau tak berminat. Tu hah Mak Tun tu yang aku nak kenalkan kat kau.” Kata Saiful.
“ Akan aku nak bertanya. Kau yang beriya nak kenalkan someone. Serious lah Mak Tun yang kau nak kenalkan dekat aku.” Marah One yang tidak berpuas hati dengan Saiful.
Saiful tersenyum menahan ketawa dari pecah.
“ Maknanya kau datang rumah aku sebab kau tertarik lah dengan pelawaan aku hari tu.” Tuduh Saifullah yang sibuk mengunyah popcorn.
One mulai gubra apabila dirinya dituduh begitu kerana asas tuduhan yang dilemparkan oleh Saiful adalah benar belaka.
“ Mana ada! Kau ni nak kenalkan aku dengan MakTun pula. Kang laki dia cemburu,siapa nak tanggung?” Dalih One.
“ Mak Tun tu janda anak dua. Kau jangan risau. Masih single and available.” Usik Saifullah sambil menahan ketawa.
One pula mulai risau, benarkah sahabatnya itu ingin mengenalkan dirinya bersama dengan Mak Tun. Lagak dan gaya percakapannya serious sahaja.
“ Tak nak. Aku tak nak jadi bapa Express.” Marah One sambil menolak bahu Saifullah.
Ketawa Saifullah mulai pecah. Seronok betul dia dapat kenakan One sekali sekala. Tahu pula Abang Bengis tu cuak untuk dijodohkan dengan Mak Tun. One pula telah menarik muka panjangnya kerana dirinya ditipu oleh Saiful.
“ Kau ni tipu aku!!! Kurang tamadun punya orang. Kalau macam ni baik aku tak ikut kau balik. Lagi senang aku lepak mamak ke mall ke, at least ada juga merasa tengok awek. Kalau nasib baik dapat Tackle sekali. Ni aku terperap dengan kau lagi. Tak cukup dekat kem sampai ke sini asyik hadap muka kau je.” One berleter melepaskan geramnya.
“ Maaflah One, sekali sekala aku nak tengok expression muka kau cuak sikit. Selama ni muka kau ketat bengis je, tak salah tengok expression muka kau lain dari yang lain. Chop…chop .. maksudnya kau ikut balik rumah aku sebab tertarik dengan tawaran aku lah? Ceh. Aku ingat kau tak berminat tapi rupanya dalam hati mahu rupanya.” Balas Saifullah. Namun One tidak memberi respon, matanya kembali tertumpu pada skrin wayang dan menarik wajah kelat.
“ Okaylah aku sebenarnya nak kenalkan kau dengan adik sepupu aku. Namanya Balqis. Balqis ni rapat gila dengan family kitorang lagi-lagi Umi. Maklumlah Umi ada anak-anak teruna belaka, Si Balqis ni pula anak tunggal perempuan. Aku memang nak kenalkan kau dengan dia bila dekat rumah tapi Balqis ni pergi fly pulak. Salah aku juga tak tanya dia. Dia ada dekat rumah aku tak. Tapi tak apa nanti aku kenalkan kau dengan dia.” Ujar Saifullah tenang. One pula kembali menadah telinga mendengar kata-kata Saifullah.
“ Balqis tu memang tinggal di rumah kitorang sejak dia sekolah menengah lagi sampai lah sekarang still duduk dengan kitorang walaupun dah ada kerjaya sendiri. She is nice girl. Kau kenal-mengenal lah dengan dia. Aku percaya dekat kau.” Sambung Saifullah.
“ Kau kata dia fly. Dia kerja apa?” Soal One.
“ She is pilot for my Umi company. Royal Malaysia Airlines.” Balas Saifullah.
“ One. Masa untuk kau lupakan Farah. Buka pintu hati kau untuk wanita yang selayaknya. I trust you.” Kata Saifullah memujuk sahabat nya.
“ Tengok lah macam mana.” Balas One tanpa perasaan.
“ Ke kau nak jugak dengan Mak Tun?” Gurau Saifullah sambil gelak sakan.
Terbeliak biji mata One mendengar kata-kata Saifullah. Apa lagi tangannya laju sahaja memukul lengan Saiful. Kurang asam punya member. Ada sahaja waktu dia cuba mengenakan dirinya.
Cuma Qis tu….” Sambung Saifullah sambil memandang kosong layar skrin wayang.
“ Kenapa dengan dia?” Soal hairan One apabila Saifullah tidak menghabiskan ayatnya.
Minta maaf sangat sebab lambat upadate chapter baru, kesihatan fizikal dan mental saya tak mengizinkan saya konsisten menulis. Terima kasih kerana sudi membaca. Enjoy your day
Share this novel