Mariya jangan salah faham. Abang Saiful ni saya anggap macam Abang kandung sendiri. Tiada siapa boleh gantikan tempat Abang Abu dalam hati Lia."- Alia

Drama Series 10372

Mata milik Edora memandang Zinnirah Yang sedang seronok bermain Flying Bumber Bee bersama dengan susuk tubuh Yang dia kenali. Siapa lagi kalau tak bukan Mejar Ahmad Saifullah. Zinnirah ketawa girang bermain bersama dengan Saiful. Sepanjang dia menemani Dan mengikuti Alia, dia dapat melihat sikap kelembutan Dan kasih sayang Yang ditunjukkan oleh Saiful kepada kedua insan ini. Alia dan Zinnirah.

Setelah pertemuan Yang tidak disengajakan Di kafe sebentar tadi, Alia mempelawa Edora untuk mengikuti Alia ke Berjaya Times Square bersama dengannya. Setibanya mereka di Berjaya Times Square,Edora berjumpa dengan One Dan Hilmi Yang sedang menunggu mereka. Melopong mulut mereka melihat Edora berjalan beriringan dengan Alia Dan Saifullah berjalan menuju ke arah mereka berdua. Lagi-lagi Hilmi, jejaka itu tidak habis menyakat Saifullah Dan dirinya mempunyai jodoh sehingga boleh berjumpa di sini. Mahu Di atas awan atau daratan. Kalau diikutkan hatinya, mahunya dia ingin hempuk komando itu dengan handbag nya.

Berjaya Times Square Theme Park merupakan taman tema dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai First Largest Indoor Theme Park in Malaysia Selain itu, taman tema yang berkeluasan 133,000 kaki persegi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Galaxy Station dan Fantasy Garden yang menawarkan pelbagai permainan yang menarik dan mendebarkan.

Kelebihan utama taman tema ini ialah ia merupakan sebuah taman tema indoor yang dilengkapi penghawa dingin dan tidak tergangu oleh faktor cuaca walaupun hari hujan.

Menurut Alia apabila ketiga-tiga insan baik hatinya ini sentiasa meluangkan masa bersama dengan Alia Dan Zinnirah ketika mereka beroleh cuti. Menurut cerita Alia pernah bercerita dahulu sewaktu mereka menungu giliran untuk berjumpa doktor Di klinik psikiatri, arwah suaminya mempunyai sahabat -sahabat karib Yang sentiasa menjaga kebajikan dirinya Dan Zinnirah. Edora tidak menyangka Saiful adalah insan Yang baik hati yang menjaga mereka anak beranak selama ini.

Edora langsung tidak menyangka dia bakal bertembung dengan Saiful Di kafe sebentar tadi. Dia baru sahaja berjumpa dengan Tia Di kafe tersebut Dan dia melihat Alia, Rakan Yang dia kenali apabila dia menemani adiknya ke klinik psikiatri. Jantungnya umpama terhenti berdetak apabila mendengar suara Yang cukup dia kenali menyapa gegendang telinganya. Kata-kata lelaki itu telah membuatkan hatinya pedih umpama ditoreh dengan pisau. Mengapa dia berasa sakit apabila melihat kemesraan Alia Dan Saifullah? Adalah dia cemburu? Mengapa dia boleh cemburu? Sudah gila ke kau ni Dora?

" Mariya, macam mana kenal Abang Saiful?" Soal Alia sekian lama mereka menjadi pemerhati, melihat keseronokan Zinnirah bersama ayah-ayah angkatnya bermain. Gembira anak Kecil itu dimanjakan seperti itu.
Tersentak dari lamunan, Edora segera kembali kepada kenyataan. Matanya kembali memandang wajah Alia dengan senyuman nipis.

" Err..kebetulan... kitorang kenal secara kebetulan." Jawab Edora sambil tersenyum nipis. Dia sendiri tidak tahu, bagaimana mereka berdua boleh bertemu, berkenalan Dan mungkin dirinya sudah mulai menaruh hati kepadanya. Apa Yang dia fikirkan? Sudah putus fius kah, Edora.

" Mariya suka dekat Abang Saiful?" Soal Alia sambil menatap gadis Yang ayu itu dengan senyuman mesra.

Membulat Mata milik Edora mendengar pertanyaan Alia. Degup jantungnya umpama dipam laju. Darah menyerbu muka. Mukanya mulai memanas.

" Allahu..tak Ada lah. Mana Ada. Mariya anggap..di..a macam Abang sendiri. No...no. It can't be." Jawab Edora sambil tersenyum canggung.

" Zinnirah rapat betul dengan diarong." Ucap Edora Yang mengalihkan perhatian Alia.

" Ya. Diorang Yang selalu dengan Zinnirah dari dia baby lagi. Kadang-kadang bila diorang cuti, diorang teman check up Zinnirah waktu baby. Main dengan Zinnirah, jaga dia, bawa jalan-jalan. Hah time ni saya dapat " Me time" , abang-abang Tu tak bagi Lia pegang atau jaga Zinnirah pun bila diorang Ada." Cerita Alia dengan senyuman tak lekang dari bibir. Edora tersenyum nipis mendengar kata-kata daripada Alia. Dia tidak pernah tahu kewujudan Alia Dan Zinnirah dalam kehidupan Saiful selama ini. Tidak pernah sekalipun lelaki itu menyebut nama mereka sepanjang mereka berteman.

" Alia kadang-kadang sedih sebab Alia dapat rasakan Yang Abang Saiful Tu masih rasa serba salah. Dulu Lepas Abang Saiful baru sedar dari koma, dia jumpa Lia, menangis,melutut dekat Lia Lepas Tu dia dok ulang-ulang, dia Minta maaf sebabkan dia, Arwah Abang Abu terkorban. Dia kata,dia gagal menjadi seorang pemimpin yang baik ,untuk membawa kesemua anak buahnya pulang. Lia tahu Yang dia hidup dengan rasa serba salah Dan masih trauma dengan perkara Tu. Alia dah redha Dan Lia banyak Kali dah cakap Yang semua perkara Yang berlaku dekat Lubnan Tu bukan Salah dia. Kematian Abang Abu pun bukan Salah dia. Tapi Abang Saiful tetap masih hidup dengan rasa serba salah." Cerita Alia. Edora terdiam apabila mendengar cerita Alia mengenai Saiful Yang tidak pernah dia tahu. Patutlah lelaki itu mengigau sewaktu Di dalam pesawat tempoh Hari Dan nama Abu itu meniti bibir Saiful dalam igauan lelaki itu.

" Ya Allah, maaf Mariya sebab cerita pasal Abang Saiful dekat awak. Entah kenapa mulut Saya ni lancang bercerita dengan awak. Mungkin Saya dapat rasakan Yang awak perempuan istimewa buat Abang Saiful. Abang Saiful tak pernah rapat atau berkawan dengan mana-mana perempuan Lepas dia ditinggalkan girlfriend dia dulu." Ucap Alia sambil menggaru kepalanya.

" Eh tak apa Alia. Saya pun baru tahu, Saiful Ada simpan parut mendalam macam tu kalau awak tak cerita Saya tak tahu pun. Waktu Saya kenal dia, dia sangat okay Dan tenang. Tak sangka dia pernah lalui perkara perit macam tu." Balas Edora.

" Dora. Boleh Kita bincang berdua sekejap." Suara seorang jejaka menyapa mereka, menganggu perbualan antara Edora Dan Alia.

Edora melihat susuk tubuh tegap Saiful Berdiri Di belakangnya. Dia merenung tubuhnya umpama tembusi tubuhnya. Semenjak bila mat komando ni, Ada Di belakang nya bukan lah dia sedang seronok menaiki permainan bersama Zinnirah.
Tiba-tiba sahaja jantung Edora berdegup kencang apabila melihat renungan tajam lelaki itu. Alia memerhatikan Saiful dan Edora berulang Kali.

❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience