Usai latihan yang dilakukan pada Hari ini maka tamatlah latihan Dan khursus Yang harus dijalani oleh Mejar Saiful Dan rakan-rakan yang lain di bumi Australia. Pihak pengurusan tentera udara Australia mengadakan jamuan makan malam sebagai tanda Perpisahan setelah beberapa bulan tentera-tentera Malaysia berkampung di Kem ini. Banyak pengalaman Dan pelajaran yang diperolehi sepanjang di bumi asing ini. Saiful berasa bersyukur kerana diberi berpeluang lagi sekali untuk menjalani latihan bersama dengan para tentera udara Australia. Mereka diberi peluang untuk bertukar pendapat, pengalaman Dan skills latihan bersama-sama di samping mengukuhkan Tali ukhwah antara para tentera Malaysia dan Australia.
Mejar Saiful sedang mengemas baju ke dalam bagasinya. Hampir separuh barang -barang peribadi dirinya dikemas untuk persiapan pulang ke tanah air. Sudah selesai segala tugas nya Dan kini dia bakal menyambung tugasnya kembali di Kem Jugra. Setelah selesai latihan bersama para anggota tentera Australia kelmarin, mereka mengadakan jamuan makan Malam bersama-sama serta Majlis Perpisahan sebelum pulang kembali ke Malaysia.
Tangan Saiful memegang patung Koala pemberian Kapten Luke, sahabat baik nya di sini. Habis dia dijadikan bahan ketawa oleh Hilmi, One Dan Aqil dek kerana patung Koala itu berada Di atas katilnya. Patung Koala itu disumbatkan ke dalam bagasinya. Dia melihat Jeremy sedang senyum seorang diri sambil menatap Telefon pintarnya. Hilmi Pula sibuk bertengkar dengan One Dan Suresh, bercerita mengenai makanan Yang ingin dimakan selepas selamat Tiba di tanah air kelak. Aqil Pula diam membaca bahan ilmiahnya di katilnya.
" Aku rindu Gile dengan nasi lemak sambal ikan bilis. Tak sabar nak balik Malaysia." Luah Hilmi sambil menunjukkan gambar nasi lemak di skrin Telefon miliknya kepada One Di sebelahnya. One memandang sikilas telefonnya.
" Lauk ayam dengan telur, pergh.. lagi sedap weii." Tambah Sureshswaran.
" Ayowei Kita balik lusa je pun. Tu pun tak boleh tunggu ke?" Kata Jeremy dari katilnya. Mata masih pada skrin Telefon pintarnya.
" Hang ni kacau daun betui lah." Marah Hilmi.
" Kami ni dah jemu makan makanan kat sini. Asyik spaghetti, roti makanan dalam tin." Kata Suresh.
Saiful sekadar menggelengkan kepalanya.
" Ceyh macam tak biasa pulak kau. Untung je tak makan biawak panggang." Balas Jeremy.
Hilmi segera melontar patung kangaroo milik One Yang sedang mengemas beg backnya.
" Hang ni , aku masukkan cabai dalam mulut hang baru tau. Tak usah disebut benda alah Tu. Siap hang bila Kita sampai Malaysia. Aku sumbat mulut hang dengan chili PADI." Marah Hilmi yang agak fobia dengan biawak dek kerana terkenang Akan pengalaman pemilihan asas komando hampir sedekat Yang lalu.
" Woii. Apa hal kau pi campak kangaroo aku bingai." Marah One sambil menepuk bahu Hilmi.
Jeremy memandang patung kangaroo milik One itu.
" Kau bila masa Ada kangaroo ni? Saiful ke Yang bagi?" Tanya Jeremy.
Saiful memandang ke arah patung kangaroo milik One itu. Pandangan pelik dilemparkan oleh Jeremy kepada Saiful.
" Haik, Tuan. Lain macam taste Tuan eh Lepas kena..." Sambung Jeremy, belum sempat Jeremy menyambung ayatnya, Saiful memotong percakapan Jeremy.
" Tak kuasa Aku nak pi bagi kangaroo Tu dekat One. Apa kau ingat One Tu marka aku ke? Aku waras lagi." Balas Saiful.
" Sejak bila kau beli patung Tu. Hai Tu bukan main bahan aku kata, mat jambu, bela koala." Perli Saiful kepada One.
" Hang tak tau ke, lo ni One dah jadi pencinta wanita. Ada marka Minta hadiah cenderahati dari Aussie." Sampuk Hilmi.
One disebelahnya menutup mulutnya dari terus membuka bicara.
" Wahh...Ada marka?? Pasal apa Kami tak tau." Soal Aqil yang tiba-tiba bersuara Setelah lama berdiam diri.
" Takut kena tibai dengan Tuan Saiful." Balas Hilmi Setelah berjaya melarikan diri dari genggaman One. Berlari Hilmi meningalkan balik setelah berjaya menyampaikan mesej tersirat kepada Saiful.
One mulai gubra akibat kelancangan mulut Hilmi. Saiful mengerutkan dahinya. Apa kaitan dengan dirinya. Saiful memandang wajah One dengan renungan ingin kan jawapan. One Pula memnayangkan wajah selamba.
" Habis lah Tuan Saiful. Ada saingan baru Tu." Tokok tambah Jeremy sambil tersenyum kambing. Jeremy sengaja ingin mengusik ketuanya itu.
Mejar Saiful mulai aneh dengan tingkah lalu rakan-rakan nya.
" Korang semua jangan buat aku Naik angin malam-malam macam ni. 100 lap Kang aku suruh." Ugut Mejar Saiful kepada anak-anak buahnya itu. Apa lagi senyap terus penghuni Di dalam bilik bujang itu.
" By the way, Kita balik Naik airlines apa? Bukan MAS Kan?" Celah Jeremy.
" Habis, airlines apa?" Soal Suresh.
" Royal Malaysia Airlines." Jawab Aqil Yang masih dengan bukunya.
Semua Mata memandang Mejar Saiful. Namun, riak wajah Saiful masih kekal tenang.
Salam and selamat Hari Raya Aidilfitri maaf Zahir Dan Batin
Share this novel