Suasana Di Taman Saujana Hijau sungguh Indah Dan menangkan jiwa. Edora Dan Saiful kini bersiar-siar di kawasan Taman Saujana Hijau di bawah cahaya redup matahari petang. Banyak aktiviti Yang boleh dilakukan di Taman Saujana Hijau ini selain piknik. Bersiar-siar, jogging, berswafoto Dan banyak lagi. Untuk yang suka bergambar, Taman Saujana Hijau memang tempat sesuai sebab banyak pohon-pohon pinus yang rendang serta lereng bukit yang cantik.
Taman seluas 41 hektar ini juga mempunyai 3 jenis taman iaitu Taman Eropah, Taman Oriental dan Taman Inggeris. Taman gaya Eropah ini dihiasi dengan tumbuh-tumbuhan pine, bunga matahari serta ladang rumput seakan-akan di negara Eropah.
Edora Dan Saiful menyusuri Taman Eropah ini dengan menikmati kecantikan ciptaaan Allah SWT. Sekejap -sekejap kedua mereka melirik pandangan ke arah diri masing-masing. Sehingga lah mereka tiba di Oriental Garden.
" Dora." Panggil Saiful menggamit si gadis berhenti melangkah lagi. Kini mereka betul-betul Di bawah gazebo Oriental Garden. Edora menghentikan langkah nya lalu memalingkan wajahnya.
Sejurus pandangan dialihkan, raut wajah tenang milik Saiful betul-betul dekat dengannya. Mujur dia tidak tergolek ke belakang kerana terkejut dengan jarak rapat antara mereka kini. Jantung Kian laju mengepam darah, dapat dirasakan degepun jantung nya berdetak laju. Edora menjatuhkan pandangan nya ke arah kasut sandal Yang dipakainya. Malu!!! Aikk...sejak bila insan bernama Edora berasa malu bukan kah sebelum ini dia yang paling ego di hadapan lelaki.
" Dora,saya dah banyak Kali cakap Kan. Saya takkan paksa Dora. Saya akan selalu menunggu jawapan Dora. Tak payah la buat muka macam jeruk masam." Tegur Saiful memecah sunyi. Jeruk masam dia panggil aku? Aku Yang manis ni dia panggil jeruk. Bentak hati Edora. Lagi memasam lah muka Edora. Tersenyum Saiful melihat riak wajah mencuka milik Edora.
" Untuk pengetahuan Tuan muka masam ni lah menjadi perhatian passenger on the boards tahu tak?" Sampuk Edora dengan bangga.
" Tuan Saya bukan la tak nak bagi jawapan cuma saya confius dengan diri sendiri. Tuan terlalu baik. Baik sangat. Sedangkan Saya ni banyak kurangnya. Saya...tak ..tahu ..nak bagi jawapan apa.. Saya serabut..fikir Saya ni sedia ke nak jadi wife Tuan....Saya ni...layak ke dengan Tuan...adakah perasaan Saya pada Tuan betul-betul perasaan ... Dunia Kita berbeza, macam tanah Dan langit...Mampukah Kita..." Laju Edora meluangkan rasa hatinya. Dia tidak tahan lagi. Dia mahu luahkan semuanya. Apa Yang dia fikirkan soal perasaan nya kepada Saiful. Secara mendadak tutur bicaranya menjadi tidak teratur kerana dia gugup dan dia meluahkan segalanya Di hadapan lelaki itu. Saiful sekadar tenang mendengar luahan Edora, Yang kelihatan seperti anak kecil Yang takut dimarahi.
" Dora dah buat solat istikharah?" Tenang pertanyaan Saiful kepada gadis Yang kelihatan runsing dan sangsi itu. Wajah gadis itu memang menenangkan jiwanya setiap kali Saiful menatapnya.
Edora kembali menatap wajah Mejar Saiful. Hanya diam sebagai jawapan.
" Dora buat solat istikharah baru lah Edora dapat jawapan nya." Sambung Saiful.
" Apa kene mengena solat istikharah dengan jawapan bagi segala persoalan dan jawapan Saya nak bagi kat awak. Ni soal kawin tau. Saya dan awak. Kita." Balas Edora spontan.
Saiful hanya tersenyum nipis mendengar kata-kata daripada Edora.
" Apa Yang awak tahu pasal solat istikharah?" Soal Saiful.
Edora mengangkat keningnya. Sudah nak kena ingat balik apa Yang pernah dia dengar pasal solat istikharah dulu.
" Hmmm.... Minta petunjuk about something..." Jawab Edora teragak-agak.
" Pernah tak awak berada dalam dilema untuk memilih antara beberapa pilihan – walaupun sudah bertanyakan pendapat orang lain, membuat perbandingan dan mengkaji latarbelakang kesemua pilhan itu, namun awak masih berbolak-balik dan keliru. Awak risau, takut, sangsi dan asyik terfikir yang mana satukah pilihan yang terbaik untuk kita. Antara tanda kebergantungan kita sebagai manusia kepada Allah adalah dengan memohon petunjuk daripadaNya dalam melakukan apa-apa perkara, terutamanya apabila melibatkan keputusan yang berat dan besar untuk diputuskan.Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan. Ia adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah. Maksud riwayat Yang Saya pernah baca " Rasulullah saw pernah mengajarkan kami tentang memohon pilihan bagi semua perkara (istikharah) sepertimana Baginda mengajarakan kami surah daripada al-Quran. Baginda bersabda : Jika salah seorang dari kalian gusar tentang satu perkara maka rukuklah dua rakaat selain dari yang fardu. Kemudian katakanlah : Ya Allah, aku memohon pilihan dengan ilmu-Mu, aku memohon kekuatan dengan kekuatan-Mu, Aku juga memohon daripada limpahan-Mu yang Agung. Engkau mampu sedangkan aku tidak. Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak tahu. Engkau Maha Tahu tentang perkara yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untuk untuk agamaku, kehidupanku dan penghujungku. Ataupun Nabi bersabda : sama ada perkara yang segera atau yang lambat. Maka permudahkanlah urusanku dan berkatilah aku dalam urusan tersebut. Jika Engkau tahu bahawa perkara ini buruk bagiku pada agamaku, kehidupanku dan penghujung hidupku. Ataupun Baginda bersabda : sama ada yang segera atau yang lambat. Maka, jauhkanlah ia dariku dan jauhkan aku darinya. Dan tentukan bagiku yang terbaik kemudian redhailah aku dengannnya. Kemudian Baginda bersabda : Orang itu (boleh) menyatakan hajatnya.” Serahkan diri Edora pada Allah SWT. Mohon bersungguh pada Allah SWT untuk mendapatkan jawapan dari sang pencipta. Saya dah dapat jawapan daripada solat istikharah Saya. Jawapannya masih sama. Now it's your turn." Terang Saiful panjang lebar. Terpegun Edora mendengar kata-kata Saiful.
Dia tidak pernah mendengar kata-kata Saiful yang berunsur ilmiah sebelum ini daripada mulut lelaki ini.
" So apa Yang awak Luah pada Saya tadi, all the answer is Istikharah Prayer. Insyaallah. Allah SWT bagi petunjuk." Pesan Saiful kepada Edora.
Hujan renyai membasahi bumi, dengan terpa angin menampar lembut badan mereka. Mujur mereka berada Di bawah gazebo. Kalau tidak habis lencun. Tak pasal-pasal buat drama Hindustan, berlari-lari anak mencari tempat teduh. Mata mereka bertaut kembali. Getar hati Yang sukar untuk ditafsirkan menyelubungi Edora.
" It's raining." Buka mulut Edora seraya melarikan pandangan nya ke arah langit mendung.
" Alhamdulillah, hujan rahmat." Balas Saiful kembali dengan senyuman. Bunyi hujan turun menenangkan jiwa yang bergetar di hati kedua insan ini.
" So, macam mana nak balik dekat diorang? Diorang mesti cari. Irene okay ke? Dia tuu bukan senang nak jalan." Soal Edora sambil memandang wajah Saiful Yang tenang itu.
" Berani tak?" Soal Saiful sambil mengangkat keningnya.
" Berani apa? Tak saya tak berani yaa duduk dengan Tuan lama-lama kat sini. Tak pasal belum sempat solat istikharah dah kena tangkap basah." Jawab selamba Edora.
" Ke situ Pula. Saya tanya awak berani tak nak lari redah hujan ni. Saya okay je kena hujan. Awak Tu?" Balas Saiful yang pelik dengan jawapan Edora. Edora mengetap bibirnya. Malu oii!!! Baik aku lari dulu sekarang ni daripada mat komando ni tengok mukanya memerah kerana malu.
Sedang sibuk hati bermonolog sendirian, tiba-tiba baju kemeja putih milik Saiful mendarat di bahu milik Edora. Edora terkejut dengan perlakuan lelaki itu. Apakah?
" Kita tunggu hujan reda sikit Kita lari Cari diorang, okay. Ni tengah lebat lagi ni. Anginnya pun kuat." Cadang Saiful Yang memandang ke arah langit Yang gelap. Edora mencuri pandang wajah jejaka itu dalam diam. Adakah benar, Saiful susuk Yang dicarinya selama ini. Benarkah dia bersedia untuk hidup dengan jejaka ini sehingga akhir nafas nya.
Salam! I hope you guys enjoy this chapter. Seriously, I feel my mental state like oceans sea. Kejap sedih dia sampai tahap tak boleh berhenti for crying. Rasa emosi mcm roller coaster. Kejap hyper and happy. Anxiety tiba-tiba. I hope I can get inspiration and keep on writing this novel until the end. Mohon doa kalian. ???? May you all having a great day ????
Share this novel