Ahmad Saifullah sedang asyik membaca Al-Quran di atas katil bujangnya. Akhirnya selesai juga hari yang panjang buatnya pada hari ini. Hari ini Saifullah dan rakan seperjuangan yang lain menjalani latihan tembakan di lapang sasar.
Membaca Al-Quran setelah selesai menyampaikan solat fardhu Isyak menjadi kebiasaan buat dirinya. Ayat dari surah AN- Nur ayat ke 35 yang memberi maksud Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya, seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca (dan) tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di timur dan tidak pula di barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah memberi petunjuk kepada cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia. Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Allah SWT memberikan sesiapa sahaja yang Dia kehendaki petunjuk dan cahaya ke arah jalan-Nya. Sesungguhnya Saifullah berasa sungguh bersyukur kehadrat Allah SWT kerana memberi peluang dan petunjuk buat dirinya kembali pulang ke Jalan-Nya. Ahmad Saifullah yang kini bukanlah seperti Ahmad Saifullah yang disangka kan pada ketika dahulu. Ramai tidak mengetahui bahawa suatu ketika dahulu sebelum masuk dan berkhidmat dalam TUDM, dia merupakan seorang lelaki yang hidup berlandaskan dan berkiblatkan duniawi semata-mata. Saiful dilahirkan dalam sebuah keluarga yang memiliki harta serta pangkat. Bapanya merupakan seorang Leftenan Jeneral TUDM. Manakala ibunya merupakan CEO sebuah syarikat penerbangan swasta yang bernama Royal Malaysia Airlines.
Suatu ketika dahulu dia alpa dengan nikmat kekayaan dan kesenangan yang dimiliki oleh kedua ibu bapanya sehingga dia lupa hidup berlandaskan Al-Quran, dia hampir gagal untuk menjadi manusia kerana kebodohan dirinya bergaul dengan rakan sebaya yang mendorong dirinya ke dalam kegelapan. Hampir sahaja dirinya berkecimpung dalam dadah. Saiful juga menjadi anak yang tidak menurut kata orang tua kerana dek pengaruh rakan sebayanya. Mujurlah bapanya, Jeneral Tan Sri Khalid memaksa dirinya memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada usia 18 tahun untuk mengikuti jejak abang-abang terdahulu.
Apabila dirinya memasuki UPNM, barulah dirinya sedar akan kekhilafan diri yang larut dengan keseronokan dan kepuasan tuntutan nafsu semata-mata sahaja. Mujurlah Allah SWT masih menyayangi dirinya lalu menyedarkan kesilapan yang pernah dilakukannya suatu ketika dahulu.
Al Quran yang dibaca oleh Saiful ditutup lalu diletakkan di atas rak buku di meja nya. Tubuhnya disandarkan di atas kerusi belajarnya. Kedengaran pintu bilik ditutup rapat oleh rakan sebiliknya iaitu Ridzuan. Hilmi pula sedang seronok menonton drama Indonesia di Netflix sambil meniarap di atas katil bujangnya. Aqil Naqib rakan sebiliknya turut berbaring di atas katil bujangnya sambil matanya merenung syiling bilik mereka.
" Saiful, hari ini kau ada jumpa Leftenan Aishah?" Soal Aqil Naqib sambil matanya masih merenung syiling bilik.
Serentak tiga pasang mata milik jejaka-jejaka bujang itu memandang si pemilik suara.
" Ada. Kenapa?" Soal Saifullah kembali sambil matanya menatap wajah misteri milik Aqil Naqib atau lebih dikenali sebagai Gagak apabila berada di dalam misi.
" Kau reject dia?" Aqil kembali menanyakan soalan kepada Saiful. " Kenapa? Dia dah berubah sekarang." Sambung pertanyaan Aqil.
Saifullah sekadar menayangkan wajah tenang nya. Hilmi dan One sekadar diam tak berkutik. Ya lah itu adalah urusan peribadi Saiful, mereka tidak berhak masuk campur.
" Kau sendiri tahu jawapannya. Kau orang pun kenal aku bukan sehari tapi bertahun-tahun. Kau orang tahu jawapannya apa." Jawab Saifullah dingin dan tak berperasaan.
" Hati dan perasaan aku dah lama mati 3 tahun yang lalu. Aku takkan jilat balik ludah aku." Keras kata-kata terpintar dari mulut Mejar Saifullah. Seketika diam mengisi ruangan bilik bujang tersebut.
" Aku tahu kau kawan baik dia, Qil. Aku tahu dia yang suruh kau slow talk dengan aku kan? Aku tahu segalanya. Kita dah kenal lebih 8 tahun dan aku tahu luar dalam kau. Aku tak nak persaudaraan kita putus sebab kan perempuan. Macam ni kali ini aku pula minta tolong kau sampaikan dia. Perkara dah lepas, biarlah lepas, aku dah lama lupakan dia tapi parut dia tinggalkan kat aku ni, maaf aku masih rasa pedih. People move forward. Dan aku dah moved forward tapi sorry to say aku tak boleh terima dia lagi dalam kehidupan aku. Aku happy dengan diri aku sekarang." Terang panjang lebar Saifullah.
" Aku faham. Aku sampaikan pada dia." Balas Aqil.
" Okay, settle eh masalah hampa? Kalau dah settle mai sini tengok awek Korea ni sekali." Ajak Hilmi yang sudah tersenyum bak kambing memandang sahabat-sahabatnya.
" Harey, sejak bila kau layan minah Korea pulak?" Soal Aqil sambil kaki diayun ke arah katil milik Hilmi.
" Aku bosan tengok minah melayu zaman now. Make up setebal lantai mozek putih, baik aku layan minah Korea, sejuk mata memandang. Natural looked sikit." Balas Hilmi sambil mengangkat keningnya.
" Muka melayu jawa ada hati nak perempuan Korea yang putih melepak. Tak ukur baju dekat badan sendiri hang ni." Balas One sambil membaling bantal busuknya ke arah Hilmi.
" Oii. Kurang ajar tho anak Hadi. Busuk Oii bantai busuk kau." Marah Hilmi sambil menepis bantal busuk milik One yang sempat mendarat ke wajahnya.
Saifullah sekadar tersenyum melihat kerenah sahabat-sahabat seperjuangan. Mereka lah sahabat susah senang bersama sepanjang 8 tahun perkenalan di unit ini. Susah senang semenjak ujian asas komando sehingga mereka kini berjaya berada dalam unit elit angkatan tentera udara Malaysia yang disegani orang ramai.
Share this novel