Takdir

Drama Series 10372

Aqil Naqib melepaskan tali pinggang keselamatan yang membaluti tubuhnya sebentar tadi selepas selamat berlepas dari lapangan terbang New Chitose Airport.

Aqil Naqib menaiki pesawat Boeing 777 menuju pulang ke tanah air selepas selesai mengikuti percutian keluarga nya. Lusa,dia bakal kembali Kem Jugra untuk kembali bertugas serta mengikut latihan kembali. Cuti yang diperolehi cukup singkat dan dia cukup tahu selepas ini dia tidak akan berpeluang mendapat cuti kembali waima cuti hari raya aidilfitri sekalipun. Tanpa sedar nafas ditarik dalam-dalam, sepatutnya dia akan mengikuti keluarga nya untuk menziarahi adik bongsunya yang menuntut di Tokyo University bersama-sama. Bagaimanakah rupa adiknya kini, sudah empat tahun dia tidak bersua muka. Sudah berisi seperti pau ataupun kurus melidi, almaklumlah tinggal di bumi asing sudah tentu,dia tiada selera makan.

Lamunan Aqil terhenti apabila suara pramugari bertanya kan soalan kepada dirinya.

" Excuse me, Sir. Do you want beef lamb or chicken Briyani Sir, for your breakfast?" Tanya pramugari yang manis rupanya.

Aqil mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara yang bertanyakan soalan kepadanya. Matanya tertumpu kepada pramugari yang sedang berdiri di hadapannya. Alangkah kecilnya dunia, dia dapat berjumpa kembali dengan gadis ini.

Edora pula naik hairan melihat respon lelaki ini yang kaku di duduknya. Bermacam macam ragam penumpang dia berjumpa hari ini. Baru sebentar tadi, ada penumpang meminta menu yang tiada di list makanan yang disediakan, ada yang menumpahkan jus di baju seragam rakan sekerjanya malah ada penumpang yang enggan mematikan telefon bimbitnya atau menetapkan telefon pintar miliknya ke Flight mood. Kini lelaki di hadapannya merenungnya macam mahu tembus sahaja ke arahnya. Tetapi wajah penumpang di hadapannya ini kelihatan seperti biasa dilihat.

" Sir, are you okay?" Soal Edora

" Erm... yeah sorry. Cik tanya apa tadi?." Soal Aqil kembali.

" Encik nak try lamb beef atau chicken Briyani for breakfast?" Soal lembut Edora disertai dengan senyuman.

" Chicken Briyani." Jawap Aqil sambil membalas senyuman.

Edora memberi layanan kepada Aqil dengan penuh tertib dan kemas. Aqil Naqib sempat mencuri lihat tanda nama milik pramugari yang melayan dirinya kini. Adakah gadis ini masih mengingati dirinya?


******
KLIA

Saifullah berdiri tegak menunggu ketibaan sahabatnya yang bakal keluar dari Pintu Ketibaan dan bila-bila masa sahaja Aqil bakal keluar. One disebelah nya sibuk menghirup air Americano kegemaran nya. Manakala dirinya memegang Air Latte Caramel yang menjadi kegemarannya sekian lamanya. Saifullah dan One berjanji akan menjemput Aqil yang bakal tiba dari Jepun setelah sahabatnya bercuti bersama keluarganya. Mereka bakal pulang ke Kem Jugra pada malam ini bersama-sama. Esok mereka akan kembali memulakan tugas rasmi mereka. Sudah 5 minit berlalu, bayang Aqil Naqib masih tidak kelihatan.

“ Mana lah Si anak Araman ni. Bayang pun tak nampak. Perut aku dah masuk key lagu Bila Rindu dah. Kang sat lagi masuk key lagu Gemilang Jaclyn Victor tu kang.” Bebel One yang sudah memegang perutnya.

“ Kejap lagi keluar lah kot. Flight dia delay ke, ada penumpang tak mau keluar ke kita mana tau. Hah kau ni akan lah tak pernah tahan lapar dulu waktu ujian asas komando berhari-hari ikat perut makan apa yang ada, aku tengok okay je. Ni lagi satu kau bukan ke dah bedal asam pedas Ummi aku masak before kita gerak ke?” Balas Saifullah sambil menjongketkan keningnya. Ridzuan hanya tersenyum kambing mendengar kata-kata Saifullah.

" Itu tadi Full. Ummi kau masak sedap sangat. Sekarang ni cerita lain. Perut aku minta nak masukkan habuan dia supaya malam ni dia boleh tidur lena." Balas One.

“ Cerita apa?” Tegur suara yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Apa lagi terkejut Saiful dan One memandang kelibat Aqil yang sudah berdiri terpacak di hadapan mereka.

“ Huish. Kau muncul dari mana? Tiba-tiba muncul depan mata. Kau belajar jadi ninja ke kat Jepun. Ada ilmu tiba-tiba muncul depan mata.” Kata One sambil mengurut dadanya.

“ Aqil kau ni orang Islam kan cer bagi salam.” Sambung Saifullah pula.
Aqil sekadar menayangkan wajah tanpa perasaan. Salah mereka lah siapa suruh bercerita tak ambil pusing keadaan sekeliling.

“ Assalamualaikum wbt wahai sahabat-sahabat seperjuangan ku. Hah puas?” Perli Aqil.

“ Waalaikumussalam. Mana?” Soal One sambil mencari-cari kelibat seseorang di belakang Aqil. Berkerut dahi Aqil melihat perilaku One yang memanjang kan lehernya seperti zirafah mencari sesuatu. Saifullah berdiri di sebelah One juga aneh melihat rakannya meliar mata mencari sesuatu.

“ Mana apa? Hadiah ke? Kalau ole-ole kau ni pun tak menyabar. Tunggu sampai kem lah aku pi bagi kau.” Balas Aqil sambil menunjukkan bagasinya. Menunjukkan ole-ole pembelian nya berada di dalam perut bagasinya.

“ La Haw La Wa La. Ole-ole buat apa? Aku tanya mana awek kimono kau?” Balas One selamba. Tercengang Aqil dan Saiful mendengar kata-kata One.

“ Kau ni pernah merasa kena libas dengan bagasi 10kg tak. Kalau nak merasa meh aku try.” Marah Aqil.

Berdekah-dekah ketawa One apabila berjaya mengenakan Aqil dan Saiful. Siapa kata dia adik muka ketat dan bengis 24 jam. Dia juga boleh melawak seperti Hilmi.

“ Dah-dah, jom makan. Tadi bukan kau kata kau lapar kan Encik Ridzuan. Tak payah nak buat Arena Lawak kat tengah-tengah alam ni.” Kata Saiful sambil memaut dua-dua belah bahu sahabatnya.

******
Oldtown White Coffee, KLIA, 64000 Sepang, Selangor.

Tiga sahabat ini sedang menikmati hidangan yang dihidangkan di depan mata sambil duduk berborak dan bertukar-tukar cerita mengenai aktiviti yang dilakukan sepanjang cuti mereka.

“ Kau ada jumpa ke calon bini dari Jepun tu. Hari tuh beria kau canang nak bawak balik marka Jepun satu.” Soal One sambil menyuakan suapan nasi dari menu Rendah Chicken Rice ke dalam mulutnya.

Hampir tersembur keluar Mehoon Tomyam yang dimakan oleh Aqil.

“ Kau ingat aku betul-betul nak try awek Jepun tu ke? Aku main-main je labu Oii. Lagipun mana logik tak sampai seminggu kat sana dah jumpa atau kenal Japanese girl pastu bawa balik Malaysia. Pastu kalau aku bawa balik Malaysia aku nak sumbat mana budak tu? Loker bilik kita?” Sembur Aqil sambil menghirup air teh tariknya. Bertuah punya member, boleh sampai ke situ fikirannya.

“ Hek eleh. Aku ingat kau betul-betul. Tapi kan lawa tak Gegirls kat sana?” Soal kembali One.

“ Not bad lah. Mata sepet kulit putih gebu, comel-comel orangnya. But they are not my standard. Not my taste. Tak lepas nak jadi girlfriend aku kalau tak cantik macam Leftenan Aishah.” Balas Aqil sambil mencuba mengingatkan kembali wajah polos gadis Jepun di reception counter dan wajah milik Leftenan Aishah, pegawai TUDM di kemnya.

“ Kau ni kuat betul racist eh. Lawa apa gadis mata sepet ni.” Balas One menegur sahabatnya yang seolah-olah tidak gemar dengan gadis bermata sepet.

“ Aqil, semua ciptaan Allah SWT ni indah dan cantik-cantik. Jangan sesekali menghina apa yang Allah cipta. Don’t judge the books by its cover. Lagi pun kau ni ada pula nak cari calon isteri berdasarkan paras rupa je. Habis tu akhlaknya, agama dia keperibadian dia kau tak kesah?” Nasihat Saifullah.

“ Kau pun akan tak tahu Si Aqil ni suka wajah Pan-Asia, tak pun muka Arab-Malaysian macam Si Aishah tu.” Tambah One sambil memberi renungan penuh misteri buat Aqil. One tahu bahawa Aqil mempunyai hati dengan Leftenan Aishah namun dia beralah kerana dahulu Aishah dan Saiful mempunyai hubungan istimewa. Kini mereka telah berpisah kerana perbuatan Aishah sendiri yang tidak boleh dimaafkan oleh Saiful. Riak wajah Saifullah tenang sambil menghirup Oldtown Enriched Chocolate miliknya.

“Abang Saiful!!” Panggil seorang gadis lembut menampar gegendang telinga milik tiga jejaka ini.

Serentak tiga mata mengalihkan pandangan ke arah pemilik suara yang memanggil nama Saifullah. Kelihatan wajah polos dan manis seorang gadis yang beruniform juruterbang. Kemas dengan rambut sanggul Dan beruniform juruterbang.

Gadis tersebut tersenyum manis menghampiri meja mereka. One memerhati gadis tersebut menghampiri mereka dengan debaran yang tiba-tiba muncul.

“ Abang buat apa dekat sini.” Soal Balqis manja dengan senyuman manis diukir.

“ Abang pick up member abang baru balik holidays tadi.” Balas Saifullah dengan senyuman.

“ So you guys having a dinner here?” Soal Balqis kembali. Saiful sekadar mengangguk.

“ Can I joined you guys?” Soal juruterbang muda itu sambil silih berganti menatap wajah milik Saifullah dan sahabat-sahabatnya. “ Wow, good looking juga kawan-kawan abang Saiful ni.” Bisik hati Balqis.

“ Sure. Have a sit.” Balas Aqil dengan kuntum senyuman. Balqis apa lagi terus melabuhkan punggung di sebelah Saifullah yang sememangnya kosong.

“ Oh Gosh! I forget about Edora. Can my friend makan sekali?” Kata Balqis dengan Sura manjanya.

“ Qish!!” Tegur Saifullah yang memberi amaran agar menjaga perlakuan nya dihadapan sahabat-sahabatnya.

“ Deura!! Here!!” Panggil Balqis tanpa menghiraukan amaran Saifullah. Tangannya melambai ke arah Edora yang kian perlahan menghampiri meja mereka. Setibanya di hadapan meja Yang Balqis duduk itu. Edora terdiam melihat wajah-wajah yang tidak dikenali turut berada di situ. Bukan kah Balqis hanya mengajak makan malam berdua sahaja. Siapa pula mereka ini. Edora terdiam di situ. Berfikir adakah harus dia duduk atau meminta diri untuk makan di meja lain atau pura-pura berlakon ada emergency matter dekat rumahnya. Fikiran nya bermonolog sendiri.

“ Deura why you’re still standing right there? Macam nak menyanyi lagu Negaraku je. Duduklah sekali.” Pelawa Balqis.

Ridzuan yang memerhati pramugari tersebut segera membantu mendapatkan kerusi kepada nya.

“ Duduklah Miss.” Pelawa Aqil. Ya. Dialah pramugari yang dijumpai di dalam pesawat tadi dan dialah gadis yang berjaya Saiful dan dirinya menyelamatkan nya tiga bulan Yang lalu.

Edora separuh terpaksa duduk juga bersama mereka. Mengapa dia berasa janggal pada ketika ini. Rasa menyesal mula menyelubungi dirinya. Kalau dia tahu bakal berlaku perkara begini lebih baik dia menolak ajakan Balqis.

Saiful yang diam merenung mangkuknya dari tadi sebenarnya menahan sabar melayan kerenah adik sepupunya, Balqis. Dia mengangkat wajahnya lalu matanya tertaut mesra dengan pramugari yang duduk bertentangan dengannya. Dia!!! Gadis yang dia selamat kan tempoh hari. Jantung nya mengepam darah dengan laju apabila melihat wajah milik gadis tersebut. Tautan mata mereka terlerai apabila Balqis menyiku lengan untuk memperkenalkan dirinya kepada kawan-kawan Saiful.

" Introduce lah Qish dekat kawan-kawan abang ni." Bisik Balqis ke telinga Saiful.

Saiful memandang adik sepupunya kecil besar sahaja. Miang Adik nya yang tak pernah berubah sama seperti dahulu.

“ Oh, ni Balqis Amanda, my adik sepupu yang disayangi oleh Ummi dan Baba aku. Merangkap Tuan Puteri dekat rumah aku.” Kata Saifullah. Balqis yang mendengar kata-kata Saifullah segera di tampar bahu lelaki tegap tersebut.

“ Abang ni kan. How dare you called me like that. Can you introduce me nicely to your friend. Malu Qish.” Balas Balqis.

“ It a facts young lady. You’re the princess in our house.” Balas Saifullah tak berperasaan.
Balqis menarik muncung panjang mendengar kata-kata Saifullah.

“ Whatever. I don’t want to talk with you. Ni Edeura. My friend. Sorry Deura. I broke my promise.” Kata Balqis. Edora sekadar tersenyum nipis sambil menundukkan pandangan dari membuat sebarang eye contact seperti sebentar tadi. Mahu boleh meletup jantungnya nanti.

Ketiga-tiga mata memerhati gadis manis dan ayu tersebut. Pramugari tersebut sangat ayu dan jelita. Sepi menemani suasana. Namun hanya Aqil dan Saiful Yang mengenali pramugari itu.

“ Abang cuti ke?”Soal Balqis sambil menopang dagu di meja makan.

“ Basically yes. Lima hari je. Hari ni kira last day cuti. Malam ni dah kena balik kem.” Jawab Saifullah.

Edora memerhati wajah jejaka di hadapannya, seperti pernah berjumpa saja mamat ni.

“ Alhamdulillah, syukur dapat jumpa balik Cik Edeura. Injuries dah okay?” Soal Aqil yang duduk di sebelah kanannya.

Berkerut wajah Edeura mendengar pertanyaan yang dilontarkan oleh jejaka tersebut. Wajah jejaka di sebelahnya dan di hadapannya dipandang silih berganti. Memori tiga bulan lepas kembali memasuki ruangan minda,satu per satu peristiwa silam di KLIA menerjah jendela fikiran nya sehingga wajah-wajah dua orang tentera yang menyelamatkan diri dari bom di badannya sehingga mereka berjaya keluar dari KLIA dan dia pengsan selama dua hari. Tangannya mula menggeletar apabila mengingati kembali apa yang berlaku dahulu. Basah peluh mulai keluar dari tubuh.

“ Cik!! Cik!! Awak okay ke?” Soal Aqil apabila melihat gadis itu tertunduk, menyembunyikan wajahnya dan dia melihat tangannya menggigil laju. Semua mata tertumpu kepada pramugari tersebut.

“ What wrong with Dora?”Tanya Balqis bimbang. Edora mulai sedar dari realiti. Dia memandang satu per satu wajah individu yang memerhati dirinya.

“ Gosh!! Are you crying? What's wrong Dora?” Soal Balqis yang terkejut melihat keadaan Edora yang pipinya mengalir airmata.

Edora terkejut mendengar pertanyaan dari Balqis. Segera tangannya menyeka air matanya yang tersisa di pipi. Hairan semenjak bila dia menangis. Sudah! Dirinya sudah menjadi pusat perhatian semua individu di meja makan ini.

“ Nope. I okay je. Masuk something dalam mata I tadi. Excuse me, I need to use wash room. You guys enjoy your dinner first.” Balas Edora sambil tersenyum dan seterusnya melangkah pergi ke bilik air.

Setelah pemergian pramugari tersebut dari meja makan. Mereka kembali menyambung semula makan makanan mereka. Bahu Aqil berasa sakit akibat tamparan dari One.

“ Kau ni Qil . Apa yang kau cakap dengan stewardess tu sampai menangis dia kau buat?” Soal One.

“ Kau jangan nak tuduh aku bukan-bukan eh. Aku tak buat apa-apa lah.” Jawab Aqil sambil menggaru kepalanya. Dia pun masih berfikir apa salahnya.

“ Kau tanya dia apa? She looked trauma with your question.” Sambung Saifullah. Saifullah memerhati gadis tersebut seperti mengalami panik attack sahaja.

“ Kau tanya pasal her past injury, right?” Soal Saifullah kembali.

Aqil sekadar mengangguk perlahan. Balqis yang tidak mengerti apa-apa,dia hanya mampu mendengar dan memandang wajah para tentera itu satu per satu.

“ Dia mungkin ada kesan sampingan dengan kejadian tiga bulan lepas. Sebab tu bila dia recall balik kejadian 3 bukan lepas, dia jadi traumatic.” Hujah Saifullah. Aqil sekadar mengangguk perlahan.

“ Kejap. Apa maksud korang ni aku tak faham.” Soal One yang dari tadi asyik mendengar begitu juga dengan Balqis.

“ Kau ingat apa berlaku dekat KLIA, tiga bulan lepas. She the girl we save from bomb yang ada dekat badan dia.” Terang Aqil ringkas.

Terlopong mulut One mendengar penjelasan Aqil sebentar tadi. Balqis turut terkejut dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Aqil. Rupa-rupanya pramugari tersebut adalah mangsa tebusan pada kejadian KLIA tiga bulan lepas. Balqis mendengar khabar angin bahawa ada seorang pramugari milik Royal Malaysia Airlines dijadikan tebusan oleh lihat pengganas. Rupa-rupanya Edora adalah orangnya.

“ Lah kecil nya dunia. Jumpa lagi dengan girl tu.” Sambung One yang hanya pernah melihat tebusan yang merupakan seorang pramugari sekali imbas, itupun dia sempat melihat gadis itu dimasukkan ke dalam ambulans.

“ So nama dia Edora.” Suara Saifullah memecahkan sunyi selepas beberapa detik menemani meja makan.
Balqis memandang hairan abang sepupunya itu. Pelik!

“ Qish dah lama kenal dia.” Sambung Saifullah sambil menghirup sisa air minuman nya.

“ Not to Long. Baru je kenal for the first time flight ke Hokkaido kali ni. She very famous stewardess at our company. Semua kru-kru suka bila kerja dengan dia except male crews. In terms of her personaliti also of course her beauty. Cuma she just quiet and shy person lah. Sebab tu Qish mulakan langkah for getting know her. Before Qish kenai dia ramai kru lelaki selalu mengadu yang dia ni cold towards them but bila Qish kenal dia baru-baru ni. Dia very very sweet and also kind hearted woman I have seen. So far lah. Eh cop, why I told you all of this. And why you asked me?” Balas Balqis.

Saifullah sepanjang mengabaikan persoalan yang dilontarkan oleh Balqis. Balqis pula naik angin apa kena dengan abang sepupunya itu. Semenjak abang sepupunya masuk tentera, tingkahlaku dan personaliti dia berubah menjadi lain. Abang nya banyak berahsia dan berdiam diri. Hubungan mereka tidaklah seakrab yang dahulu kala. Dahulu mereka rapat seperti aur dan tebing. Tetapi semenjak ibu saudaranya menyatakan hasrat untuk Saiful bekerja di syarikat penerbangan miliknya bersama dengan Balqis. Jejaka itu langsung menolak mentah-mentah. Saiful malah mengikut ujian kursus asas komando senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu saudaranya. Hanya bapa saudaranya menyokong seratus peratus keputusan dibuat oleh Saiful.

Saya minta maaf sebab tak consistent update my novels. As you all know, i am struggling with major depressive disorder. It not easy to survive for one day. Thank you for reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience