Kuala Lumpur International Airport (KLIA)
Edora menunggu kopi yang dipesan olehnya mengunakan mesin kopi yang terdapat di HQ. Edora mengheret bagasinya menuju ke arah meja kaca untuk membuat short briefing sebelum bermula meeting bersama kru-kru penerbangan Kali ini. Edora sememangnya tiba awal di HQ sebelum kru-kru penerbangan lain tiba setiap Kali bertugas kerana dia perlu bersedia awal di setiap penerbangan.
Edora akan menyemak nama-nama kru yang bakal terbang dengannya sekaligus membuat nota-nota kecil sebagai persiapa sekiranya Ketua Pramugari atau pramugara melakukan ujian kepada dirinya meskipun sudah lebih Lima tahun dia berkhidmat dengan Royal Malaysia Airlines, dia tetap melakukan persedian rapi sebelum bertugas. Edora mencatatkan beberapa nota pada buku nota kecil miliknya
Kemudian dia mencapai kertas putih yang mengandungi senarai nama kru yang bertugas ke Osaka, Jepun. Edora membaca nama-nama kru yang dimulai dengan nama Kapten.
" Kapten Lok Kiew Yew. Second First Officer Muhammad..Ashraf.." Edora membaca perlahan nama yang cukup dia kenali. Hatinya tiba-tiba menjadi perih melihat nama Ash tercatat di senarai nama kru Hari ini. Kenangan memeritkan yang terjadi berlayar kembali di jendela memori sekaligus menghiris hatinya. Tiba-tiba sebungkus beg kertas coklat elok terletak di mejanya. Edora memalingkan wajahnya untuk melihat siapakah gerangan yang duduk di kerusi sebelahnya.
" Morning, Edora. You mesti belum breakfast. I belikan your favorite croissant bread and hot choc yang you selalu minum dari sekolah dulu." Tegur Ash yang sudah duduk di bangku sebelahnya Dan dia juga mengeluarkan buku nota kecilnya untuk membuat catatan.
" I dah breakfast ke atau belum. That's not your business. I bukan budak-budak sampai makan minum Ada orang nak jaga. And one more thing, I kan dah cakap dengan you from our last meeting I don't want terbabit dengan you apa-apa pun."Balas Edora sambil menolak bungkusan beg kertas coklat.
" You should eat. Kalau tak you gastric. You kan dari dulu gastric selalu kalau stress and tak makan. It's for your own good. Kalau you gastric how you want to treat our passenger. I cakap as friends." Kata Ashraf. Hati Edora terusik dengan kata-kata daripada Ashraf yang masih mengetahui tentang dirinya walau sekian lama tidak berhubung. Namun pantas Edora manidakkan perasaan nya itu.
" Who's your friend? You dengar sini ye F.O Ashraf, jangan sebab you dah tolong I and Tia Hari tu daripada buaya darat teragung Hari tu, you ingat you get free ticket to be nice and friendly with me. Know your limit." Kata Edora.
Ashraf segera memegang erat pergelangan tangan Edora.
" Dora, I know I had made a big mistake in the past. I know you're hurt so much what I had done to you. But it was the past right. I tahu you seorang yang lembut hati and pemaaf. I'm so sorry for hurting you. Can we be friends again?I'm sorry. Let's we start again, shall we?" Kata Ash dengan nada lembut.
Edora merentap tangannya dari pegangan lelaki itu.
" F.O AshO remind you once again. Know your limit!!! We're done!" Ugut Edora dingin Lalu Dan mengangkat punggung nya Lalu mengatur arah ke arah ruangan menunggu lain.
Niat Ashraf untuk menghentikan langkah gadis itu terhenti apabila Kapten Lok datang menyapa dirinya.
Nampaknya gadis itu masih marah akan dirinya. Sesungguhnya, Ashraf menyesali apa yang berlaku dahulu, Dan dia ingin Cuba membaiki kembali hubungan antara dirinya dan Edora. Sesungguhnya dia menyedari gadis itu satu dalam sejuta Dan sukar baginya untuk mencari gadis lain persis Edora lagi. Itulah sebab utama dia bertukar syarikat penerbangan untuk berkhidmat sebagai juruterbang. Dia berhijrah dari Malaysia Airlines ke Royal Malaysia Airlines.
Matanya terus mencuri pandang wajah gadis yang pernah dia cintai suatu kala dahulu sepanjang sesi short briefing dijalankan, wajah gadis itu masih tiada perubahan masih jelita seperti dahulu. Edora tersenyum mesra dengan rakan-rakan setugasnya yang lain. Senyuman yang amat dirindui oleh dirinya. Senyuman yang bukan buat dirinya lagi. Ashraf berjanji pada dirinya bahawa Edora bakal menjadi miliknya lagi walauapapun terjadi.
Salam!! I hope you're having a good week.
Share this novel