Siapa sangka kecil sahaja dunia ini. Di Taman ini dia bertemu kembali dengan sang jejaka yang telah membuatnya tidak keruan. Edora, Mikayla,Irene sedang berkelah bersama tetamu-tetamu Yang baru sahaja tiba iaitu Balqis, One Dan Saiful. Tetamu Yang entah dari mana, mereka bertemu dalam keadaan begini.
Suasana janggal antara Edora Dan Saiful kerana kedua mereka diam bak tugu kucing. Yang seorang duduk tersipu malu Yang seorang lagi tayang muka tak berperasaan. Mikayla menyinggul lengan Irene untuk menarik perhatian kakaknya untuk mencuit Edora Yang duduk Di sebelahnya. Balqis Pula Yang terlebih mesra alam banyak bertanya dengan Mikayla dan Irene. Balqis bertanya Bagaimanakah kehidupan sebagai pemain badminton, bertanya tentang kek-kek Yang dijual oleh Irene, bagaimana perkembangan terkini mereka. Suka Balqis dapat kenal adik-adik Edora Yang manis, ayu Dan comel.
" Mikayla dengan Irene sama macam kakak korang manis,ayu ada aura lemah lembut gitu. Sejuk Mata memandang macam kakak you guys." Pujuk ikhlas Balqis. Ya dia memang ikhlas. Adik-adik Edora langsung tidak menepek sebarang solekan pada wajah mereka paling pun kelihatan lipbalm di bibir. Natural beauty.
Saling berpandangan Mikayla dan Irene mendengar pujian daripada kawan Kakaknya itu. Kak Balqis ni putus fius ke? Kak Balqis lagi 2 Kali Ganda cantik daripada mereka. Kak Balqis anggun dengan solekan natural dengan rambut perang melepasi paras bahu dibiarkan terurai dikenakan lagi dengan mini dress floral Yang sesuai dengan Kak Balqis. Apabila ditiup angin lagi terserlah kecantikan juruterbang wanita itu.
" Mana Ada la Kak Balqis. Kitorang ni muka awam je lah. Kak Balqis lagi cantik tau. Lagi cantik dari Kak Dora." Balas Mikayla dengan senyum kambing nya.
Edora masih tak berkutik walaupun nama nya diseru.
" Eh no la. Akak tak boleh lawan the most beautiful flight attendants our company airlines. Ramai Yang jealous dengan kakak you guys. Top stewardess.". Puji Balqis beria-ria.
" Semua orang di dunia diciptakan oleh Allah SWT indah-indah berlaka. Wish. Kayla. Tak Ada istilah hodoh atau tak cantik. Ingat Tu. Semua ni ciptaan Allah SWT. Jangan bandingkan rupa paras sesama manusia." Tegur Saiful Yang tidak gemar topik Rupa paras dibandingkan. Siapa Yang cantik di antara manusia. Standard kecantikan seseorang manusia itu bagaimana. Kerana bagi dirinya apa semua manusia dilahirkan cantik. Definisi kecantikan berbeza bagi setiap manusia. Bagi dirinya juga, kecantikan bukanlah sesuatu yang penting kerana Allah SWT tidak pernah memandang umatnya berdasarkan kecantikan paras rupa namun sang pencipta memandang seseorang itu berdasarkan amalan dan takwa umatnya.
Terkulat-kulat semua anak gadis di situ mendengar kata-kata Saiful Yang tadinya diam mendingin tiba-tiba bersuara.
" Ya Pak Ustaz. Kau ni cuba jangan cakap guna intonasi jurulatih askar, terkejut adik-adik Kita ni." Tegur One.
One mengeleng apabila mendengar kata-kata Saiful seperti sedang mengajar para pelatih di kem nya.
" Allah. Maaf la. Abang dah terbiasa dengan lelaki sebab Tu jadi habit kat luar ni." Balas Saiful dengan senyuman. Betul kata-kata One. Adik-adik Edora nanti berfikir bukan-bukan Pula.
" Tak gentleman langsung Abang Saiful ni." Ejek Balqis. Saiful menghantar jelingan ke arah Balqis. Balqis Pula membalas dengan jelir lidah seperti kanak-kanak Kecil.
" Makan la apa yang Ada ni. Ni je Yang mampu kitorang buat untuk picnic, Abang-abang Kak Qish." Ajak Mikayla, memecah sunyi.
" Korang buat semua ni. Pandai nya. Akak nak rasa kek Tu boleh?" Kata Balqis sambil menunjukkan ke arah Kek Coklat melimpah coklatnya.
Mikayla menyerahkan kek itu kepada Balqis. One apa lagi, tanpa segan silu dia menyedok air cocktail buah ke dalam gelas plastik lalu segera meneguknya. Haus Yang amat. Seharian dia mengikut Saiful Dan Balqis "healing" pusing mencari tempat untuk berkelah.
Mereka menghabiskan waktu dengan bertukar-tukar cerita masing-masing. Terutama Balqis dan Mikayla Yang sememangnya peramah.
Saiful Dan Edora masih diam membisu tanpa tiada salah satu daripada mereka berbicara.
" Kalau kakak tak nak kawin dengan Abang Saiful biar Adik je lah kawin dengan Abang Saiful. Boleh kan? Kak Qish ni memang ngam la dengan adik." Selamba badak Mikayla melafazkan kata setelah dia bertukar-tukar cerita dengan Balqis. Sengaja dia mahu mengusik kakaknya Di hadapan Abang Saiful.
Edora Yang enak mengunyah kekacang kegemaranya, tersembur dan tersedak mendengar kata-kata bertuah daripada adiknya itu. Apa lagi, peritlah rasa nya apabila cebisan-cebisan kacang Yang belum siap dikunyah memasuki rongga tekaknya. Irene Yang duduk Di sebelah Edora, segera menghulurkan air Yang Ada di gengamanya kepada kakaknya. Malang nya air itu merupakan air F&N anggur pula diteguk Edora.
Lagi terbatuk kuat dibuatnya. Ya Allah peritnya. Air mineral disuakan Di hadapan wajahnya, diteguk berulang Kali bagi melegakan tekaknya.
Bertuah punya adik-adik, nak bunuh kakak sendiri ke apa? Lagi-lagi budak hingusan itu. Siaplah, bila mereka pulang ke rumah nanti.
" Awak dah okay? Tu lah lain kali, makan jangan berangan Kan dah tersedak." Tegur Saiful Yang sedang memandang tepat ke arah wajah Edora. Edora Yang baru reda rasa sakit nya memandang wajah lelaki itu. Pandangan lelaki itu lagi membuatnya makin malu. Apa benda Yang kau buat ni Dora?
" Akak ni, orang usik sikit dah tersedak macam Tu sekali. Habis kakak pi sembur Abang Saiful dengan kacang -kacang akak kunyah tu. Rilex la. Tak Ada siapa pun nak ambil Abang Saiful Kan, Kak Balqis?" Perli Mikayla.
Membulat Mata Edora mendengar kata-kata adiknya itu. Ya Allah aku tersembur dekat Saiful!!! Malu oii, nak letak mana muka ni. Dia melihat beg kertas Coklat Di sampingnya. Agak-agak aku pakai benda ni, tak lah nampak muka aku dekat depan mamat ni. Astagfirullah apa kau fikir ni Dora? Mukanya kian memanas seperti disiram sebotol minyak cap kapak.
" Saiful. I Minta maaf. I....tak...sengaja.... I...nah ambil ni. Lap muka you ke lap baju you Yang kena sembur Tu." Kata Edora tergagap-gagap lalu menghulurkan sapu tangan miliknya kepada Saiful.
Saiful menyambut huluran sapu tangan milik gadis itu.
" You're the first one Yang berani sembur mamat ni, Dora. I' m impressed. Dia ni memang patut disembur bagi sedar sikit." Kata One Yang menahan gelak daripada terlepas. Ya lah, selama ini ketua nya yang tegas dan berdisiplin disembur kacang oleh seorang gadis. Ini kalau dicanang satu kem, mana tak harunya.
Namun jelingan tajam mata milik Saiful singgah ke arah One. Seriau pula tengok tanda amaran Saiful.
" Okay, enough guys. Dora...Abang Saiful....you guys need settle down between you guys as soon as possible. Sampai bila nak jadi condition macam ni. Awkward tau. Go talk now." Balqis dengan keluhan. Ya lah. Semanjak dari tadi suasana sangatlah janggal. Dia sengaja menceriakan suasana dengan besembang dengan Mikayla bagi mencipta suasana mesra antara mereka. Teringat adik-adik Edora pun kelihatan janggal melihat keadaan ini. Pasti mereka tahu apa Yang terjadi kepada kakak mereka. Gila tak tahu, Abang Saiful dah masuk merisik kakak mereka.
" Yes. Exactly. Kakak you should give Abang Saiful an answer. Tak baik bagi orang tunggu lama. You liked him, honest la dengan Abang." Sambung Mikayla.
Mata Edora Dan Saiful bertaut. Pandangan Mata kedua insan ini redup dan mendamaikan hati kedua-dua hati insan ini.
Salam! Salam Ramadan. Semoga Di bulan Ramadan ini, Kita diberi ganjaran berlipat Kali Ganda atas segala Amal ibadat Kita. Sorry for not being able again , keep writing. I busy dengan appointment doc psy, therapist, kaunselor. Do my best to recovery. I hilang minat menulis for a month. But I will write slowly and I promise to finish this novel, okay. Thanks for reading my novel. May Allah pay all your kindness for give opportunity to write my novel.????????
Share this novel