“ Sniper di kedudukan jam 3, berada di level 3, di sebuah kedai makan Jepun. Ada 30 orang jumlah musang. Dan semua mereka di level satu.” Kata Jeremy ataupun Shadow yang bersembunyi di sebalik kawasan yang sukar untuk ditemui dan di ruang yang sempit dan gelap. Lapor Shadow kepada kesemua rakan sepasukannya menerusi alat komunikasi mereka.
“ Baik. Laksanakan operasi pembersihan. Saat ini keselamatan tebusan-tebusan keutamaan team. Jangan biarkan satu pun dari tebusan terkena tembakan. Operasi Pengusupan bermula. Shadow hapuskan sniper dan cover kami.” Arah Mejar Ahmad Saifullah.
“ Baik, Tuan.” Sahut kesemua mereka.
Team Bravo memulakan operasi penyusupan untuk menyelamatkan para pengunjung di KLIA.
“ Beast. Ada bom buatan di dalam berhampiran sebuah kaunter tempat seorang pramugari bersembunyi.” Kata Shadow mendadak. “ Di kedudukan jam 6 utara.” Sambungannya.
“ Gagak. Hapuskan bom. The rest stick to our plan.” Arah Mejar Saifullah.
Saiful memerhatikan dari jarak agak jauh dan dia melihat kesemua para tebusan duduk bercangkung beramai-ramai sambil diawasi oleh 3 orang bersenjatakan senapang. Ketua kumpulan tersebut berdiri angkuh sambil merenung wajah setiap dari tebusan.
“ Kau orang tengok dengan nasib golongan kau orang, bila-bila masa ada di tangan kami. Betapa hinanya. Allah memihak kepada kami. Allah merestui perjuangan kami. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah. Kau orang bila-bila masa jasad kalian akan hancur berkecai. Tapi belum terlambat lagi kalau kau orang sertai perjuangan kami. Masuk ke dalam gerakan kami, kau akan keluar dari tempat ini dengan selamat.” Ucap Ketua mereka Professor Hanafiah Mahmud.
“ Siapa berminat?” Kata nya lagi. Kesemua tebusan terdiam mendengar kata-kata Yang dilontarkan oleh pihak pengganas itu.
“Kamu ingat ini, kami tak berani bertindak? Yasin! Takbir!” Arah Professor Dr Hanafiah Mahmud. Yasin mendedahkan sebiji bom yang giat mengira waktu. Menjerit para tebusan.
“ Kalau kamu semua mahu jasad kalian dalam keadaan baik dan keluar dari tempat ni hidup-hidup. Mari ikut perjuangan kami. Kalau kalian tak mau. Terserah kalian. Kalian yang memilih untuk mati dalam keadaan jasad hancur berkecai. Aku kira sampai 10 saat, siapa yang mahu bersama kami. Mari ke sini.” Arah Professor Dr Hanafiah.
“ Why you forced us to follow your religion? Our country are one of the democratic county. People in Malaysia has a right to choose what kind of our religion we want. Islam has never forced people to embrace Islam. What you do does not directly correspond to the struggle and da’wah that Rasulullah practiced. This is not Islam teach us!” Lantang bersuara Kapten Abu Bakar yang merupakan Kapten milik Syarikat penerbangan Royal Malaysia Airlines dan merupakan ketua juruterbang bagi penerbangan ke Sydney, Australia bersama dengan Edora.
Mencerun mata Professor Hanafiah Mahmud memandang Kapten Abu yang berani dan lantang bersuara itu.
“ Kapten! Apa kapten buat ni. You will make all of us in dangerous.” Tegur Edora yang duduk bercangkung di sebelahnya.
“ Kau cabar aku ya. Kau belum kenal aku siapa.” Balas Prof Dr. Hanafiah sambil dia merentap tangan milik seorang salah penumpang wanita yang sarat mengandung lalu dia memaksa wanita tersebut memakai vas yang dilengkapi bom yang setia mengira detik yang bakal meletup lebih kurang 15 minit.
“ Sekarang kau dah tengok apa yang terjadi? Kau orang hanya ada masa 15 minit dari sekarang. Kalau kau orang nak nyawa kau selamat. Kalau kau memilih untuk duduk di sini maka sini lah kubur dan bertanda kau macam perempuan ini.” Kata Prof Dr Hanafiah sambil menarik rambut wanita tersebut. Wanita tersebut memohon agar dilepaskan sambil menangis teresak esak.
“ Encik tolong lepaskan saya. Kesian kan lah anak saya.” Mohon wanita tersebut.
Prof. Dr. Hanafiah sekadar tersenyum sinis lalu ketawa bak orang gila mendengar kata-kata wanita tersebut.
“ Okay. Baik. Ada sesiapa mahu ambil alih tempat betina ni? Dialukan, sila-sila.” Kata nya sambil mencekak pinggang.
“ See? Mana ada yang sudi ganti kan tempat kau. Kau sekarang ada dua pilihan sama ada masuk dan ikut perjuangan aku atau kau dan anak kau mati tak bertanda dekat sini.” Kata lelaki tersebut lalu tangannya menilik vas yang dilengkapi bom. Pemandangan terganggu apabila melihat seorang gadis mengangkat tangannya lalu mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin bertukar tempat dengan wanita yang sedang mengandung itu.
“ Lepaskan dia dan saya akan gantikan tempat dia.” Kata Edora dengan lantangnya. Prof Dr Hanafiah tersenyum sinis lalu mengisyaratkan anak buahnya mengheret wanita yang beruniform pramugari itu.
Edora menyamakan langkah nya mengikut langkah si pemberontak yang mengheret badannya ke arah ketua puak mereka. Setelah tiba ke lokasi tersebut dia dipaksa memakai vas yang mengandungi bom yang galak menghitung detik. Manakala wanita yang mengandung itu terpaksa mengikut kumpulan manusia yang giat beratur untuk mengikuti perjuangan pro-islam di suatu sudut.
“ Kau tak menyesal dengan keputusan kau buat ni? Pilih untuk mati tak bertanda dan berkubur begitu sahaja di sini?” Soal Yasin yang mengikat tali bagi kedua tanagn milik pramugari tersebut.
“ Aku tak pernah menyesal. Aku lebih rela mati dalam keadaan jasad tak dikenali daripada mati murtad tanpa diterima Allah.” Bisik Edora.
“ Sayang muka lawa tapi otak tak ada. Kalau aku jadi kau. Kau ikut je apa yang Tok Guru arahkan. Confirm mati dalam keadaan baik dan boleh terus masuk Syurga. So sad I can’t know you more.” Balas Yasin sambil menunjal kepala milik Edora.
Edora menghantar pemandangan maut ke arah jejaka tersebut. Susuk tubuh jejaka tersebut kian menghilang dari pemandangan. Bunyi tembakan dilepaskan dan mengenai tubuh milik ahli-ahli kumpulan pemberontak satu per satu.
Pemandangan Edora kali terakhir adalah melihat
Tubuh salah satu anggota pemberontak di hadapannya rebah menyembah bumi.
Any comment and ideas boleh comment. Actually I dah hilang rasa UTK menulis cause of my depression. But I hope I can continue to writing again and finish the whole story.
Share this novel