" Kakak kalau nak suruh àdik ganti tempat kakak sempat lagi ni. Adik okay je nak kawin dengan Abang Saiful."- Mikayla

Drama Series 10372

Edora melihat pantulan cermin Di hadapannya. Wajahnya Yang siap dihiasi dengan solekan ala natural ditatapnya. Nafas ditarik dalam-dalam dan dihembus perlahan. Gugup gemuruh di dada perlu diredakan segera sebelum dia hilang kawalan. Mahunya disebabkan gemuruhnya, dia buat drama Akasia nanti. Namun debar Di dada tidak juga hilang jua. Dia mulai bngun dari duduk Dan berjalan bermundar-mandir Di dalam biliknya. Mikayla dan Irene Yang berada Di berhampiran katil sekadar memandang hairan kakaknya Yang sudah siap dengan solekan Dan baju kurung songket biru tua itu.

" Kakak kalau nak suruh àdik ganti tempat kakak sempat lagi ni. Adik okay je nak kawin dengan Abang Saiful." Usik Mikayla Yang sibuk membetulkan tudungnya.

Belum sempat mengelak bantal busuk hinggàp di kepala Mikayla. Mikayla pula mahu serang balas kakaknya namun dihentikan oleh Irene yang selalu menjadi orang tengah antara mereka apabila mereka bergaduh.

" Apa la. Kakak ni. Penat adik buat awning tudung suruh menjadi, sedap-sedap baling bantal kat orang." Marah Mikayla sambil menghempaskan kembali punggungnya Di atas katil.

Dia membetulkan kembali tudungnya dengan muncung Yang memanjang.

" Siapa suruh bagi idea pelik-pelik time macam ni. Orang nervous tahu tak. Bukan nak tolong bagi cadangan untuk legakan hati orang tapi bagi idea bukan-bukan Pula." Bebel Edora.

" Kakak apa kata kakak duduk diam pastu selawat, istighfar pastu buat breathing techniques Yang Irene ajar Kakak." Sampuk Irene sambil mendorong sendiri kerusi rodanya ke arah hadapan cermin Dan mengisyaratkan kakaknya untuk kembali duduk.

Irene Pula menjadi pakar psikologi pada saat ini padahal dia adalah pesakit mental Yang masih memerlukan rawatan dari psikitrik. Edora mengatur langkah ke arah adik keduanya itu lalu melabuhkan duduk Di bangku meja soleknya.

" Kakak, duduk elok-elok Kang senget benget baju kurung kakak ni. Penat kitorang siapkan kakak." Pujuk Irene lalu mengosok perlahan bahu kakaknya.

" Kakak punya nervous lain macam eh? Kalah macam waktu kakak nervous nak pi interview jadi stewardess dulu. Cuba rileks sikit. Selawat banyak-banyak." Kata Irene lalu menepuk lembut peha kakaknya.

Edora tersenyum nipis mendengar teguran adiknya itu.

" Kakak thank you for everything. I want you to know you deserve to be happy. You deserve to be loved with someone who loves you. Kakak berhak untuk Ada kehidupan Yang bahagia. I'm so happy when you will live with someone who can love you and protect you." Luah Irene sambil mengengam erat tangan kakaknya. Kakaknya
telah banyak berkorban untuk dirinya yang sakit. Kini dia ingin melihat senyuman kebahagiaan kakaknya bersama susuk lelaki Yang bakal menemani, menjaga, melindungi Dan mencintai kakaknya itu.

Tiba-tiba tubuh Edora dipeluk dengan kasih oleh Irene dan Mikayla. Hampir menitis air Mata Edora dengan perlukan hangat dari adik-adik nya itu.

" We always with you, Kakak. We love you so much." Ucap Mikayla .

Edora tersenyum bahagia pada saat ini. baru sebentar tadi adiknya itu marah-marah dengannya. Kini dia sedang memeluk tubuhnya erat lalu melontarkan kata-kata sayang buat dirinya.

" Ya Rabbi, budak-budak ni. Penat I siapkan your sis. Kenapa pergi peluk kakak you guys macam teddy bear. Lepas-lepas. Buat drama Aqasia Pula." Kata Tia Yang baru memasuki bilik mereka.

Ya lah, si Edora ini tak mahu mak andam membantu menyiapkan dirinya. Edora semahu-mahunya acara diadakan secara sederhana dan kecil -kecilan. Oleh itu, dia sebagai rakan karibnya membantu mencari busana Dan mengias wajah Edora dengan sendiri.

" Ala Kak Tia ni kacau je la. Baru nak masuk plot pertengahan drama dah kacau." Kata Mikayla sambil tangannya menyapu sisa air matanya Di pipi.

" Apa drama-drama , Kita dah nak bertolak pergi Masjid ni tau. Ni tengok ni habis veil your sis ni. Hah you Dora, nasib baik tak menangis, kalau tak macam mana nak touch up? Simpan plot pertengahan drama korang Lepas kakak you guys nikah nanti." Bebel Tia sambil merapikan veil dan tudung milik Edora. Gelak ketawa memenuhi ruang bilik ini.

" So are you ready Puan to be?" Soal Tia sambil mengangkat keningnya menanti jawapan dari Edora.

" Gila tak ready. Kalau dia tak ready biar I yang ganti tempat dia." Celah Mikayla dengan senyuman nakalnya.

Edora mencubit pinggang adiknya yang merenyam itu. Nakal! Sekali sekala kalau hempuk budak ni dengan bagasi beg baru tahu. Mengekek ketawa Tia dan Irene melihat Edora disakat oleh adiknya itu.

" Jom!!! Nanti gubra Pula bakal hubby Kak Dora bila bakal wifey dia tak sampi-sampai masjid lagi. Dah jom..." Kata Tia sambil menggamit semua anak dara Di situ untuk bergerak.

Jikalau lambat nanti, dibebel Tok Kadi Nanti. Tak pasal upacara akad nikah pagi ini menjadi panjang.

❤️ Enjoy the reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience