Throwback
Alunan lagu jazz menyapa gegendang telinganya. Earphone dikemas kembali, volume dikuatkan. Menghilangkan bising Di KLIA. Hoodie nya menutup kepalanya. Matanya meliar, memerhati berduyun manusia Di KLIA. Dia menunggu Uminya Yang sibuk dengan kerjanya setelah Uminya mengambilnya dari UPNM. Sudah lama dia tidak pulang ke rumah kerana tuntutan sebagai penuntut Di UPNM Yang memerlukan dedikasi Dan komited Yang tinggi. Kebanyakkan masanya sibuk dengan kursus, kuliah, latihan Dan pelbagai lagi aktiviti. Badan disandar Kan Di dinding KLIA itu.
Saiful menghela nafas panjang sambil matanya melilau melihat manusia Yang lalu lalang Di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke rumah. Umi kalau sudah masuk bab kerja, sudah tentu khusyuk sehingga lupa waktu berjalan. Sedang leka bermonolag sendirian, mata Saiful tertangkap melihat insiden di mana seorang tulang cuci di usia 60 an sedang bergelut mengangkat barangan Dan alat perbersihan Yang jatuh sewaktu membersihkan kawasan lantai. Manusia Yang lalu lalang sekadar memerhati wanita tua itu gelabah membersihkan Dan mengangkat peralatannya. Punggung Saiful segera diangkat lalu langkah diatur menuju je arah wanita tua itu. Namun niatnya terbantut kerana dia melihat seorang pramugari muda Yang membantu tukang cuci tersebut. Pramugari tersebut membantu tukang cuci tersebut dengan senyuman tanpa menghiraukan pandangan orang lalu lalang Di sekeliling nya.
Saiful terkedu melihat tingkah pramugari tersebut. Masih Ada seorang pramugari Yang menunjukkan perilaku Yang baik sementara Ada beberapa pramugari Yang lalu lalang Di kawasan tersebut sekadar menjeling sekilas Di kawasan kejadian.
Mata Saiful terus melekat pada pramugari Yang berhijab Dan mempunyai senyuman Yang menenangkan itu mengutip peralatan pembersihan Yang berteraburan Di atas lantai sehingga pramugari itu menghantar senyuman ikhlas kepada tukang cuci itu Yang beredar setelah selesai membersihkan kawasan lantai itu.
Pramugari tersebut mula berlari anak dengan kasut tumit tinggi sambil tangannya kalut memakai tanda nama nya.
Masa seolah-olah berjalan perlahan pada ketika itu. Pandangan matanya terus mengekori susuk tubuh pramugari tersebut sehingga lah secara tiba-tiba pramugari tersebut tersadung kakinya sendiri, tindakan refleks Saiful memegang lengan pramugari tersebut. Mujur lah tidak dia tidak terjatuh mencium lantai KLIA. Mata mereka bertaut seketika.
" Terima kasih, Encik." Kata Edora dengan nafas lega.
Saiful sekadar menganggu Dan senyum nipis.
" Hati-hati, Miss bila berjalan. Biar lambat asal selamat." Kata Saiful.
Edora sudah menggaru kepalanya Yang tidak gatal. Tersenyum janggal apabila ditegur oleh orang awam itu. Mujur lah pakcik ni menolong Edora dari menjadi bahan tontonan para penonton Di KLIA itu.
Edora mula cemas apabila melihat jam sudah tiba Di angka 3.30 petang. Uwaa!!! dia telah terlambat pada Hari pertamanya berkerja sebagai kru penerbangan. Jadual penerbangan nya ke Kota Kinabalu Akan berlepas jam 5 petang namun setiap kru haruslah berada Di dalam pesawat awal bagi membuat persiapan untuk menyambut tetamu. Edora perlu ke HQ dahulu Dan seterusnya ke sesi briefing dengan para kru Yang bakal berkerja dengannya.
" Terima kasih, Encik. Saya Minta diri dulu." Kata Edora sambil berlari meninggalkan lelaki Yang berpakaian Serbs hitam itu.
Saiful sekadar memandang susuk tubuh Kecil pramugari itu Yang masih berlari-lari sehingga hilang dari pandangan matanya.
Mahu berhenti jantungnya apabila bahunya disentuh seseorang.
" Allahu. Terkejut Saiful, Umi ni." Ujar Saiful sambil mengurut dadanya.
" La. Akan umi cuit sikit dah takut. Kata bakal tentera. Yang Kami dok pandang pekerja Umi Tu lama-lama, kenapa?" Kata Umi.
Muka Saiful mula memanas apabila mendengar perkataan Yang dilontarkan oleh Uminya. itu. Waduh!! kantoi dengan Umi sendiri.
Share this novel