Mersing, Johor.
Tengku Umar Al-Furqan menanggalkan semua kelengkapan Yang dipakai olehnya semasa latihan Yang dijalani pada Hari ini. Peluh Yang membasahi dahi Dan wajahnya, tidak dihiraukan. Air mineral Yang berada Di dalam lokarnya, dicapai. Penat latihan Hari ini tidak boleh dibawa bincang. Umar bersama dengan rakan-rakan seperjuangan Yang lain terlibat dengan latihan ketenteraan melibatkan kerjasama pihak Grup Gerak Khas dan Pasukan Gerakan Khas Amerika Syarikat (U.S SOF) selama 21 Hari.
Grup Gerak Khas (GGK) dan Pasukan Gerakan Khas Amerika Syarikat (U.S SOF) telah menamatkan latihan bersama selama 21 hari di Johor. Latihan melibatkan GGK dan US SOF bermula pada awal Jun dan melibatkan pelbagai aktiviti latihan merangkumi operasi pasukan khas.
Antara latihan yang dijalankan ialah operasi hutan, operasi gunung, peninjauan, operasi amfibia, dan pertempuran taktikal.
Walaupun terdapat perbezaan dalam prosedur, taktik, teknik dan protokol, kedua-dua pasukan mampu bekerjasama melalui perbincangan dan latihan bersama.
Hasil kerjasama antara " special force" kedua belah negara telah berjaya melepasi halangan dan membuktikan tiada yang mustahil apabila pasukan khas bekerjasama.
GGK dan US SOF telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman sepanjang Latihan bersama melibatkan GGK dan US SOF.
Umar segera melabuhkan punggung di atas bangku Yang sememangnya terletak berhampiran dengan lokarnya. Air mineral terus diteguknya.
Leftenan Edmund Aliong Pula telah selamat menanggalkan pakaian nya. Tubuh tegap dan sasa Milik jejaka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu Penuh dengan air peluh. Staf Sarjan Muhammad Ashraf melabuhkan punggung di sebelah Kapten Tengku Umar Al-Furqan sambil mengelap sisa -sisa peluh Di wajahnya.
" Kalau aku duduk sebelah Bini aku ni dalam keadaan peluh macam ni ...mahu dia lari, bau busuk katanya." Buka bicara Acap Yang masih tidak berpakaian itu.
" Kalau aku pun lari tak tahan bau kau apatah lagi Bini kau." Balas Ed selamba. Acap menjegilkan matanya melihat buddy nya Yang bukan main sakan menyakatnya.
" Kau pun 2 Kali Lima je dengan aku. Ada hati nak kata orang. Bau peluh Kau pun sama busuk." Jerkah Acap sambil membaling tuala lap peluhnya ke arah Edmund.
" Bodoh la kau nii, Acap. Kau fikir bau badan kau wangi macam Bunga ros ke? Busuk, gila." Marah Ed setelah berjaya mengelak balingan maut Acap.
" Kau Yang Cari pasal dulu tho. Mendapat la." Bela diri Acap.
Umar sekadar menggelengkan kepalanya apabila melihat kerenah rakan-rakan seperjuangan seperti Kanak-Kanak 5 Tahun. Sorang sudah menjadi bapa budak Dan sorang lagi orang dewasa Yang berjiwa Kanak-Kanak ribena.
" Aku nak pinjam perfume kau, Mar. Perfume aku dah habis, malam aku nak nak balik jumpa bini. Kalau tak, aku kena tidur luar rumah gamaknya." Kata Acap yang sedang mengelap peluh pada bahagian lehernya.
" Guna la, Cap. Kau guna je satu botol tu. Asalkan kau bagi aku satu benda." Balas Umar sambil mengangkat keningnya berulang kali.
" Apa benda, kalau kau minta belanja makan, aku boleh jangan minta belanja baju branded hang aku surrender dulu. Kering duit aku, matt" Perli Acap.
" Kalau baju aku boleh beli sendiri la bro, tak perlu minta hang. Aku nak minta tolong hang supaya berhenti aturkan date - date dengan kaum kerabat hang kat aku lagi." Ujar Umar denagan wajah dingin bekunya.
" Pasai apa, sepupu aku hang tak berkenan ke? Doktor tuu. Hang nii pelit tau dok. Sepupu aku punya high-quality women, sesuai dengan hang. Itu pun tak mau. Aku bagi kenai kat Ed je la. Hang nak Ed?" Bela Acap .
" Aku cakap kau jangan kecik hati. Aku tak suka alpha women. Sepanjang kenai dia, dia domina n dari aku. Lagi satu perangai dia yang aku tak boleh nak terima. Tergedik - gedik bila dengan aku. Rimas thoo. Merenyam bukan main." Ujar Umar dengan muka dingin bekunya.
" Aku pun tak mau Acap. Dia beza agama, tak boleh tak boleh. Mau mommy aku dekat KK tak mengaku aku anak kalau mau bawa orang semenanjung muslim jadi awek. Mommy aku dah lah garang mengalahkan Mejar Adam. Tak mau tak mau." Tolak Ed.
Acap sekadar memanjangkan mukanya.
" Lantak hang lah Kapten Umar. Kalau jadi teruna terlajak aku tak tau. Umur dah 29, next year dah 30. Takut-takut lah Bonda hang carikan calon ikut taste dia, baru tau langit tu tinggi ke rendah." Sembur Acap yang cukup tahu perangai Bonda Umar yang selalu menginginkan Umar berkahwin dan memperkenalkan Umar dengan semua kaum kerabat diraja dari pelosok negara untuk Umar.
Umar sekadar diam membisu mendengar kata-kata Acap.
" Aku pun pelik, kenapa kau tak sangkut dengan mana-mana kerabat diraja yang Bonda kau kenalkan dekat kau. Aku rasa diorang beauty with brain kan. Belajar oversea, career women. Nanti tiada malu mau bawa dinner nanti. Apa yang kau cari sampai high demand." Sambung Ed.
" Akhlak dan agama, bro. Tak guna belajar tinggi, tapi akhlak tak ada. Tak guna lahir dalam Islam tapi hidup bertuhankan "liberalisasi'. " Singkat jawapan Umar.
" Dah mai dah mode ustaz dia. Aku nak pi mandi dulu sebelum ustaz Umar nii nak beruqyah pulak. " Kata Acap lari meninggalkan ruang loker itu.
" Huish baru buka sikit bab agama dah lari, ni belum kalau baca Al Quran, terbakar agaknya nanti." Perli Ed.
" Harey la kah ni Ed. Aku hempuk hang dengan helmet ni , baru tau langit tu tinggi ke rendah." Balas Acap dari kejauhan.
" Hiush boleh dengar pula dia." Kata Ed lalu meneguk air mineralnya.
Umar sekadar menggelengkan kepalanya.
Share this novel