" Aku serah kat Allah, Mii."- Saiful

Drama Series 10372

Mejar Saiful selesai menunaikan solat fardhu Subuh bersama dengan para anggota tentera Yang lain di Pangkalan Udara Labuan Di Kota Belud. Sudah dua minggu dia dan para anggota PASKAU sudah berkampung di bumi Sabah ini.

Mereka menjalani latihan dinamakan " Eksesais Ababil" bagi menguji keupayaaan peralatan persenjataaan Dan kesiagaan aset aset TUDM. Pesawat- pesawat pejuang helikopter serta para anggota PASKAU Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berkampung di Pangkalan Udara Labuan bagi menjayakan Eksesais ini.
Pesawat-pesawat pejuang dan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan melaksanakan latihan dinamakan “Eksesais Ababil” bermula Isnin ini hingga Ahad minggu hadapan bagi menguji keupayaan peralatan persenjataan dan kesiagaan aset-asetnya.

Eksesais Ababil ini akan bertempat di Pangkalan Udara Labuan dan Kota Belud, melibatkan ruang udara Borneo serta perairan sekitarnya. Kemungkinan Laut China Selatan meliputi ruang udara di Beting Patinggi Ali, yang pemilikannya dipertikaikan oleh China.
Eksesais yang diadakan selama dua minggu ini bertujuan untuk menilai kecekapan juruterbang-juruterbang TUDM, anggota-anggota Pasukan Khas TUDM (PASKAU) serta pasukan sokongan logistik dalam melaksanakan tanggungjawab bagi melindungi kedaulatan negara. Memandangkan eksesais selama dua minggu itu akan turut melibatkan ruang udara Borneo dan perairan sekitarnya terutamanya termasuk kemungkinan Beting Patinggi Ali, maka eksesais ini amat baik supaya ia menjadi “ia menjadi satu amaran” atau “show of force TUDM” kepada mana-mana pihak tentang kemampuannya sekiranya kedaulatan perairan dan ruang udara negara di Laut China Selatan itu dicabar atau dipertikai. Inilah kehebatan pasukan keselamatan negara kita.

Sepanjang latihan dijalankan, pesawat-pesawat pejuang dan helikopter TUDM akan melaksanakan penerbangan rendah dan membuat penerbangan taktikal bagi latihan demonstrasi keupayaan khas tersebut.
Latihan ini diadakan oleh TUDM bagi memastikan keupayaan dan kesiapsiagaan pasukan sentiasa berada di tahap yang terbaik khususnya di dalam melindungi kedaulatan ruang udara negara.Kenyataan TUDM itu menambah bahawa Eksesais Ababil itu bertujuan untuk menguji keupayaan peralatan persenjataan serta kesiagaan aset-aset TUDM bagi menjamin keberkesanan di dalam pelaksanaan tugas operasi bersama.

Mejar Saiful meluangkan masa untuk membaca Al- Quran seketika. Walau sesibuk mana setiap manusia, Kita hendaklah meluangkan masa untuk membaca Al-Quran, mempunyai masa bersama dengan sang pencipta, mempunyai masa untuk mengisi rohani. Itulah prinsip Mejar Saiful setelah sekian lama. Terutama bagi kerjaya sebagai anggota tentera Yang menuntut pengobanan kepada agama, bangsa dan negara. Belum tentu pada setiap misi dan latihan Yang dilakukan mereka akan pulang dengan selamat. Cukupkah amalanya dijadikan peneman ketika Di alam Barzakh kelak.Cukupkah amalan Yang dikumpulkan selama ini sebagai asabab dirinya memasuki Syurga Allah SWT.

Bacaan ayat Al-Quran dibaca dengan tertib dan kini dirinya menyerahkan sepenuhnya kepada Allah. Saat ini dia merasakan Allah sedang berbicara dengannya. Tafsiran ayat Al-Quran dibaca dan cuba difahami oleh Saiful. Jiwanya menjadi tenang dan Mejar Saiful tidak pernah merasakan setenang ini pada saat ini. Waktu Yang diisi dengan sesungguhnya dengan melafazkan latunan ayat suci Al-Quran.

Himi Yang selesai membaca Al-Quran menunggu sahabatnya selesai dengan bacaanya. Raut wajah ketuanya Yang kelihatan tenang dan damai turut menangkan jiwanya. Hilmi melihat ketuanya Yang sedang berbicara dengan Sang pemilik nyawa mereka. Mejar Saiful sememangnya fokus kalau sudah masuk bab pengisian rohani. Badan Hilmi dibiarkan dilunjurkan. Penat badan bukan kepalang lagi. Waktu tidur yang tidak cukup ditambah penat latihan Dan kerja. Sudah berapa hari bertapa di negeri bawah bayu bagi melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka. Mana Ada istilah cuti bagi anggota tentera seperti mereka. Jikalau diberi cuti sekalipun dalam sekelip mata mereka akan dipanggil untuk melaksanakan misi sulit kembali. Tapi mereka tidak pernah merungut kerana ini apa yang diamanahkan kepada mereka, menjaga keselamatan dan kedaulatan negara tercinta. Tidak sedar Hilmi dengan kehadiran Saiful Yang sudah menarik silanya dek kerana terlampau berfikir apa Yang bakal menanti mereka hari ini sehingga Saiful sudah duduk di sebelahnya, dia tidak sedar.

" Marka nama Nur Ain Tu orang mana?" Bisik suara Saiful menerpa gegendang telinga Hilmi. Melatah Hilmi dibuatnya. Entah sejak bila Saiful sudah berada di sampingnya.

" Hang ni, tak reti bagi salam? Aku tengok hang sembahyang,ngaji tapi tak reti bagi salam? Nur Ain mana? Tu hah Nur Ain adik bongsu aku Yang baru darjah enam Tu ke, hang nak try?" Bebel Hilmi dengan nada perlahan.

" Mi. Kau jangan la buat U-turn pula. Aku tanya Nur Ain, nurse dekat Kampung kau tu? Kau ingat aku tak tahu, kau dah ada Mata air? Lagi satu nama adik hang Tu Nur Aini. Hang jangan nak drama." Luah Saiful. Mata Hilmi terbeliak mendengar jawapan Yang keluar dari mulut Saiful. Harey betul. Lagu mana Si Beast boleh tahu aku dah Ada marka?

Mejar Saiful berkali-kali mengangkat keningnya, menanti jawapan dari sahabat karibnya itu.

" Hang ni kerja senyap-senyap dengan CSI ke apa? Takut aku sampai benda Yang aku tak bagitau siapa-siapa hang boleh tau. Hang pakai ilmu apa? Makin hebat hang ni." Kata Hilmi sambil mengangkat punggungnya untuk bangun melarikan diri dari Saiful.

Saiful Yang sudah masak dengan perangai Hilmi turut bangun mengatur langkah keluar dari ruang solat.

" Setakat kau, Mi.. semua rahsia kau Ada celah ketiak aku ni. Sebab Tu kau tak yah nak rahsia-rahsia apa-apa dari aku. Aku lagi kenal kau lama dari Nur Ain Tu. Tak payah konar Sana sini. Cepat cerita." Bebel panjang Saiful. Hilmi Pula tak senang duduk mendengar kata-kata Saiful. Akal dan idea bernas telah muncul di fikiran Hilmi, bagaimana mahu melarikan topik perbualan mereka.

" Hang nak tau apa? Kau dah tau aku dengan misi Tu tengah mengenali hati budi, cukupkah Tu. Hang Tu apa citer dengan Edora? Bila dapat merasa nasi minyak hang. Hang jangan lupa aku pengapit kau." Helah Hilmi.
Kini giliran Saiful pula gelisah. Tangan masih meligat mengikat kasut boot hitamnya. Tiba-tiba Saiful rasa dia menjadi lembap mengikat tali boot. Padahal setakat mengikat tali boot, tanganya sangat tangkas. Hilmi sudah menahan gelak. Itulah mahu kenakan dia lagi.

" Senyap tuu. Kena reject lagi ke? Apa ke payah mat komando macam kau nak tackle stewardesses awan biru." Perli Hilmi Yang sudah siap mengikat Tali boot nya.

Hilmi memandang Saiful Yang masih duduk mengikat Tali boot nya.

" Aku serah kat Allah, Mii." Pendek jawapan dari Saiful . Saiful masih tidak khabar berita mahupun jawapan dari sang gadis walaupun hatinya berdebar menunggu jawapan pasti. Malah kedua ibubapa gadis itu turut tidak memberikan jawapan walaupun dia kerap menelefon, bertanya khabar.

" Kalau dia tak mau. Apa susah? Cik Aishah sayang Kan Ada." Jawapan laju meluncur dari mulut Hilmi. Belum sempat Saiful mengangkat kepalanya melihat Hilmi.

Bayang budak itu dah menghilang. Bertuah punya kawan. Sengaja Hilmi ingin menaikkan darahnya pagi-pagi buta ini. Sudah dia sedia maklum bahawa dia tidak menyukai nama Aishah menjadi topik perbualan antara mereka. Si Hilmi ni mesti sudah bersengkongkol dengan Aqil untuk menyakitkan hatinya.

Satu kem Di Jugra bahawa dia sudah tawar hati dan tidak gemar dengan Aishah. Kini dia sedar hatinya dicuri oleh Edora. Seorang pramugari Yang pernah diselamatkan olehnya pada suatu ketika dahulu.

Langkah diatur kemas oleh Mejar Saiful untuk pergi bersarapan sebelum memulakan latihan mereka hari ini. Apakah cabaran dan latihan menanti mereka sepasukan pada hari ini.

Terima kasih Yang sudi membaca????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience