Dunia dunia berbeza.

Drama Series 10377

Pangkalan Utama TUDM Bukit Jugra, Bating, Selangor
Saifullah sedang menfokuskan sasaran di hadapan matanya. Fokus dan konsentrasi yang cukup jitu perlu dimiliki oleh nya pada ketika ini. Blaser R93 Tactical yang digunakan untuk latihan kali ini. Saifullah sedang mengikuti latihan penembak tepat atau kepantasan menembak bersama dengan rakan seperjuangan yang lain. Fokus di hadapannya di sasarkan olehnya lalu picu ditarik dan tembakan dilepaskan. Peluru mengenai sasarannya. Latihan dilakukan terus menerus. Akibat konsentrasi dan fokus terhadap latihan, mereka tidak sedar akan masa berdetik. Peluh membasahi dahi mereka, tidak dihiraukan oleh mereka.

" Mejar Saiful, your skills. Saya cemburu dengan skill menembak awak. Semenjak waktu latihan asas komando lagi." Tegur pemilik suara lelaki yang garau itu.

Saiful yang tadi fokus, terganggu dengan suara yang cukup dikenali nya.

" Mana ada,skill Saya biasa-biasa sahaja belum boleh lawan skills, Tuan lagi." Balas Saifullah sambil bangun lalu memberi tabik hormat kepada pihak atasannya. Leftenan Kolonel TUDM. Leftenan Kolonel Zaidi.

" Ada apa saya perlu bantu, Tuan." Kata Saifullah.
Leftenan kolonel Zaidi tersenyum nipis.

" See in my office. Ada " hadiah" yang perlu awak sediakan." Balas Leftenan Kolonel Zaidi.

" Baik, Tuan!" Balas Saifullah.

" Seruan" telah tiba. Nampaknya punah harapan nya untuk memohon cuti kelak.

Pesawat B737-800

Di atas ruang udara berketinggian 3000ft, Mariya Edora sedang melaksanakan tugas memberikan sarapan kepada para penumpang selepas 2.5 jam berlepas dari Incheon International Airports. Edora ditugaskan di ruang Business, dari satu penumpang ke satu penumpang yang lain, menunaikan tugas sebagai kru penerbangan.

" Do you would like to had coffee or tea, Sir?" Soal Edora sambil memaniskan wajah nya. Tangan memberikan set sarapan yang mengandungi nasi lemak ayam kepada penumpang berwajah pan- Asian tersebut.

" Coffee, please." Balas jejaka tersebut. Terkelu seketika jejaka melihat kejelitaan wajah milik si pramugari yang bershawl biru laut tersebut.

" Here we go. Enjoy your meals." Kata Edora dan menghulurkan cawan mengandungi kopi yang dimintanya. Senyuman tak lekang dari bibir pramugari muda itu.

Setelah semua anak kapal selesai melaksanakan tanggungjawab dan tugas mereka. Mereka kembali ke galley lalu membersihkan ruangan tersebut.

" Di you had any plans, tomorrow?" Tanya Mei Xuan, pramugari berbangsa Cina yang juga merupakan sahabat karib Edora semenjak mereka memulakan latihan sebagai anak kapal di Royal Malaysia Airlines.

" Nope. Probably lepak dekat rumah. I malas nak keluar." Balas Edora sambil tangan ligat melipat tuala.

" Oh my God, you ni bosan lah. Jom lepak, keluar date dengan I. I tak ada flight 3 days in a row." Kata Mei Xuan.

" Haiya, you pergi lah keluar date dengan boyfriend you. Why asked me to date with you?" Balas Edora.

" I tak ada boyfriend lah I ajak you keluar Cik Markonah. Jom lah. I tak boleh duduk rumah lama-lama. Rimas." Rengek Mei Xuan.

" I kan dah suruh cari mana-mana guy. Akan lah Miss Mei Xuan couldn't find any guy?" Kata Edora separuh memerli gadis cina tersebut yang pantang jumpa lelaki kacak, pastinya dia masuk jarum untuk berkenalan.
" Belum sampai seru lagi lah. Jom lah. Okay, semua pembelanjaan, I bayar okay. You just need bring your body je." Pujuk Mei Xuan.

"Okay. Fine. Pick location and informed what place and time we want to meet." Balas Edora

" Let's back to work before Miss Dragon saw us berborak kat sini." Sambung Edora lalu Kakinya melangkah keluar untuk memeriksa keadaan penumpang. Miss Dragon merujuk kepada Ketua Pramugari mereka.

Maaf jika berlaku kekurangan dan salah silap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience