" Jom?? Pi mana?" - Edora

Drama Series 10372

Bunyi penggera menandakan jam 3 pagi. Mata Edora terasa berat untuk dibuka, namun dia harus bangun untuk bersiap untuk penerbangan ke Heathrow pada pukul 6 pagi nanti. Proses untuk bersiap dari memakai pakaian seragam dan make up mengambil masa Yang lama. Edora masih di posisi baringnya yang sama, tidak ada niat untuk bangun.

Malasnya! Tunggu 5 minit lagi lah, baru bangun. Dia mengalihkan badannya ke belakang untuk sambung tidur semula. Dia mencelikkan matanya sedikit. Dia melihat Ada susuk tubuh seseorang sedang tidur lena Di sebelahnya. Gelap gelita Di ruangan biliknya, membuatkan dirinya tidak tahu apakah susuk tubuh itu. Edora masih mamai, memejam celik matanya.

Mata Edora membulat dan terus menolak tubuh tersebut dengan jeritan. Susuk tubuh tersebut sudah jatuh, mengaduh kesakitan. Suara garau menerpa gegendang telinganya.

" Ya Rabbi. Apasal Dora tolak Abang tiba-tiba ni." Suara garau itu bersuara.

" Abang?" Soal Edora dalam keadaan masih separa sedar.
Ya Allah, suami aku. Aku pi tolak suami aku sendiri. Edora lupa dia sudah berkahwin sebulan Yang lalu. Edora masih kekok Dan tidak terbiasa dengan alam baharunya bersama dengan teman hidupnya. Loh!!! Edora segera memasang lampu meja Di sebelah katilnya lalu menjenguk suami nya Yang elok terduduk Di bawah katil.

Suaminya masih mengurut belakang badannya.

" Abang, Dora Minta maaf. Dora tak sengaja. Dora ingat lembaga mana Yang duduk tumpang tidur sebelah Dora." Kata Edora jujur. Ya, itulah Yang bermain di fiikirannya pada saat itu.

Suaminya mengerutkan wajahnya. Kalau hari-hari jatuh katil sebab kena tolak bini sendiri, lama -lama bermalam Di hospital agaknya.

" Ke situ pula Dora fikir. Tidur tuu tak baca doa sebelum tidur la tuh." Kata Saiful seraya bangun setelah kesakitan nya reda.

Edora sekadar menarik senyum kambing.

" Dora minta maaf Abang." Kata Edora sambil memaut tangan suaminya yang lalu di sisinya.

Saiful terkedu dengan tindakan isterinya itu. Dia menarik senyum lalu mengelus kepala Edora perlahan. Hatinya menjadi tenang setiap Kali melihat wajah Edora. Edora sudah tersipu malu diperlakukan sedemikian.

" Dora nak siap dulu, Hari ni flight kol 6. Abang sambung la tidur. Dora tak kacau dah." Kata Edora lalu segera turun dari katilnya.

" Takpe. Abang nak solat tahajud dulu. Terima kasih sebab kejutkan Abang dengan tendangan sampai Abang bangun." Guru Saiful.

Memuncung mulut Edora mendengar gurauan suaminya itu.

" Jom." Kata Saiful lalu memaut jari jemari Edora.

" Jom?? Pi mana?" Kata Edora pelik.

" Mandi sekali lah. Jom. Kata nak siap pi kerja. Biar Kita Mandi sekali." Jawab Saiful selamba.

" Abang ni. Tak mau lah. EEE...pernah rasa kena backhand tak?" Marah Edora sambil melarikan tangannya dari suaminya. Mengekek Saiful ketawa. Kalau kena backhand dari isterinya tak sesakit kena lempang dengan jurulatih Yang pernah mengajarnya dulu.

" Abang nak ajak solat tahajud sekali la, awaknya. Alang-alang DH bangun ni." Jawab Saiful.

Edora tersenyum lalu mengangguk sebagai tanda setuju. Mereka menyiapkan diri mereka dengan mengambil wudhu dan akhirnya menunaikan solat tahajud bersama sebagai suami isteri. Disebabkan jadual kerja Yang tidak menentu Saiful dan Edora mera jarang dapat menunaikan solat berjemaah bersama. Saiful semahu-mahunya ingin menerapkan solat berjemaah bersama isterinya. Namun disebabkan kerjaya mereka Yang menuntut pengobanan masa menyebabkan mereka jarang bersua muka. Hari ini Edora terbang ke Heathrow manakala Saiful baru kembali bertugas Di kem Jugra semalam. Apabila Edora pulang dari Heathrow, Saiful Akan kembali semula ke kem.
Solat sunat tahajud Yang dimamkan oleh Saiful manakala Edora sebagai makmumnya. Inilah keluarga Kecil Yang diidamkan oleh Edora. Solat -solatnya dimamkan oleh seorang pemimpin Dan ketua keluarganya adalah impiannya sewaktu usia muda sebelum impiannya mati kerana ketidakjujuran seorang lelaki.

Lelaki itu telah mematikan rasa cinta Dan menghalang perasaan jatuh cinta kepada seorang lelaki bertahun lamanya. Namun setelah pertemuan dengan jejaka bernama Saiful, telah berjaya menguggat prinsipnya selama ini. Inilah impian nya untuk memiliki keluarga Kecil Dan hangat Yang tidak pernah dia rasakan selama Edora membesar. Kasih sayang Penuh cinta Dan hangat dari insan bernama lelaki.

Bolehkah solat sunat Tahajud boleh dilakukan secara berjemaah.Solat sunat yang tidak disunatkan berjemaah seperti solat tahajjud, tetapi jika dilakukan juga secara berjemaah maka hukumnya adalah harus. Berkata Imam Nawawi, maksudnya: Telah berkata oleh ashab kami bermula solat sunat itu ada dua bahagi. Satu bahagi disunatkan padanya berjemaah iaitu solat hari raya dan solat gerhana dan solat minta hujan dan seperti itu juga solat tarawih atas pendapat yang paling sahih. Dan satu bahagi lagi yang tidak disunatkan padanya berjemaah akan tetapi jika dikerjakan dengan berjemaah maka sah ia dan iaitulah solat yang selain yang tersebut tadi.

Usai mereka menunaikan solat tahajud, Edora mulai mempersiapkan diri untuk bertugas di awan biru. Saiful Pula duduk Di meja belajarnya. Saiful membaca buku ilmiah nya. Saiful berhenti membaca apabila melihat betapa tertibnya Edora menyiapkan diri dengan pakaian seragam nya, menyolek mukanya Yang tadi mulus Tampa sebarang solekan kini wajah Edora dihias dengan solekan tebal. Edora fokus memakai shawl bersama topi untuk melengkapkan uniform kerjanya. Semua harus kemas.

Jikalau tidak mahunya kena basuh dengan ketua pramugari Yang tegas macam Hitler. Saiful mengangkat punggungnya lalu mengatur langkah ke dapur, dia ingin isterinya mengisi perut sebelum berlepas ke awan biru. Kerjaya isterinya itu sangat beresiko sepertinya, namun dia Serahkan keselamatan isterinya kepada Sang Ilahi. Saiful tidak pernah memaksa isterinya untuk berhenti kerja kerana kini dia bergelar isteri kepada anggota tentera. Yang sewajarnya duduk Di dalam kem Yang disediakan. Edora menyukai Dan minat Akan dunia penerbangan maka biarlah Edora meneruskan kerjayanya. Jika dia ingin berhenti Dan lelah maka dia boleh berhenti. Saiful boleh menanggung mereka berdua dengan gaji Yang dia miliki.

Harum semerbak bau nasi goreng memasuki rongga hiding Edora Yang sudah siap sambil membimbit bagasi kerjanya melalui ruang tamu rumahnya. Edora melihat susuk tubuh badan Saiful dari belakang Yang sedang berada Di ruangan dapur.

" Sedap bau. Tapi pelik makan nasi time kol 5 pagi." Kata Edora sambil duduk Di hadapan pantri dapur.

" Apa nak pelik. Kalau awak nya kena kerja pagi. Kenalah isi perut Tu dulu. Baru Ada tenaga nak layan passenger kesayangan awak Tu. Kata top stewardess of airlines." Kata Saiful sambil meletakkan semangkuk cawan kopi Di hadapan isterinya. Edora tersenyum melihat kopi kesukaannya Di atas meja pantri itu

" Baik la Tuan Saiful. Saya mengurut perintah." Kata Edora sambil melakukan tabik hormat.

" Tabik hormat pun Salah." Gurau Saiful sambil membetulakan siku Dan jari-jari Edora. Masam muka Edora mendengar gurauan suaminya itu.

Edora menyuakan nasi goreng kampung air tangan suaminya.

" Hari ini Irene keluar ward. Abang ambilkan dia ya. Dora nak je MC nak ambil dia tapi ....nanti ...bisiing pula mulut senior-senior asyik MC je." Kata Edora sambil menatap wajah suaminya. Air Mata Edora bergenang namun ditahan agar tidak merosakan solekan pada wajahnya. Irene ditahan was psikitrik Pula Kali ini kerana adiknya itu ingin melakukan percubaan bunuh diri. Itulah sering berlaku pada Irene sepanjang 6 tahun ini. Hospital umpama rumah keduanya. Jikalau ditahan wad pastinya disebabkan penyakit anemia mahupun penyakit mental nya. Saiful memandang anak Mata Yang bergenang Di Mata Edora.

Tangannya mengengam erat tangan milik Edora lalu dielus lembut.

" Dora, jangan risau. Abang Akan handle Kan semua nya, okay. Irene pun adik Abang jugak. Abang dah janji dengan Bapak, Mak dengan sayang juga kan. Lagipun Umi dengan Qish tak sabar nak jumpa Irene. Nak bawa Irene pergi keluar pergi jalan lah. Ummi pun beria nak masak macam-macam. Abang plan nak bawa Irene Tu balik rumah Umi." Jawab Saiful.

Edora tersenyum nipis mendengar perkataan Yang dilontarkan oleh suaminya itu. Sayang betul keluarga mertuanya kepada adik nya itu.

Sungguh dia sangat bersyukur kerana memiliki keluarga mertua Yang melayani keluarganya seperti keluarga sendiri.

Saiful berhenti bercerita apabila melihat isterinya diam merenung cawan kopinya.

" Sayang. Kita lalui sama-sama." Luah Saiful sambil mengelus lembut pipi Edora dengan Penuh kasih.

Edora membalas dengan senyuman buat suaminya.

Alhamdulillah, untuk segalanya.

Please give me a lot of support ????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience