Airbus A380 Royal Malaysia Airlines.
" Dora!! Boleh tak you in charge kat bahagian business class. Hanna dia rasa nak Pitam so I suruh dia rest dekat crew bunk. Tak cukup orang nak layan passenger. Can you help her?" Kata Ketua pramugari, Deanne Lim.
" Okay. No problems." Jawab Edora yang baru selesai memberikan layanan kepada penumpang di bahagian ekonomi.
Edora mengatur langkah ke arah bahagian kelas business. Edora sentiasa tersenyum mesra apabila bertembung mata dengan penumpang semasa perjalananya menuju ke arah business class. Setibanya dia pada bahagian business, dapat dilihat para penumpang sedang mengemas beg dan barangan peribadi mereka di atas kabin dan ada juga Yang sudah duduk Di kerusi mereka.
Edora segera memulakan tugas nya dengan membantu para penumpang yang memerlukan bantuan untuk mengangkat beg mereka. Selepas itu, dia membantu rakan setugasnya mengedarkan " welcome drink" berupa air jus beserta headphone dan cenderahati milik syarikat Royal Malaysia Airlines kepada para penumpang. Edora melayan kesemua penumpang dengan penuh ceria Dan mesra tanpa mengira kaum, usia dan warganegara. Senyuman mesra sentiasa dipamerkan buat para penumpang.
" Welcome to Royal Malaysia Airlines,Sir. Here the welcome juice. Headphone for protect your ear from loud engine sound when we are take off and our little souvenirs." Ujar Edora kepada penumpang yang berhoodie serba hitam Dan topi.
Sejurus itu Mata mereka bertaut seketika. Badan Edora umpama terkena renjatan elektrik melihat raut wajah lelaki yang sudah lama tak bersua muka. Jantung nya mulai berdegup kencang. Badannya tidak bisa bergerak seinci pun. Lidah kelu umpama lidah nya diikat.
" Apa dia buat kat sini. Jatuh dari langit ke apa? Ke dia ada mission ke kat dalam flight ni lagi? Aduh, ada terrorist ke, penjenayah ke kat dalam flight ni?" Gumam Edora di dalam hati.
Saiful Pula terkejut dengan pertemuan yang mengejut antara mereka pada ketika ini. Sudah sekian lama wajah itu tidak ditatap, kini muncul di hadapan matanya. Setelah Kali terakhir bersua muka di KLIA suatu ketika dahulu. Otak nya masih memproses apa Yang harus dilakukan. Nak buat-buat terkejut ke atau menegur gadis itu dengan mesra seperti tiada apa Yang berlaku antara mereka?
" Eh Dora. Tak sangka boleh jumpa kat sini. Dora in charge dekat dalam flight ni. Beruntung kami. " Tegur One Yang duduk di sebelah Mejar Saiful. Lelaki itu memakai baju t-shirt hitam bersama dengan topi, menutup wajah. Namun senyuman mesra One masih dapat dilihat oleh Edora.
" Eh. Haah. Tak sangka boleh jumpa time macam ni." Balas Edora setelah lama mulut terkunci rapat , tangannya segera menghulurkan jus beserta headphone dan souvenir kepada One.
" Enjoy your flight.' Kata Edora lalu tersenyum nipis menutup rasa yang dirasai. Dia segera meneruskan tugasnya kepada penumpang selanjutnya. Maka drama Yang sama berulang apabila giliran Hilmi dan Jeremy pula Yang harus dilayani oleh Edora. Edora dapat meraskan ekor mata ketua pramugari nya sedang memerhatikan dirinya.
Mejar Saiful berlagak tenang walaupun hatinya dilanda seribu rasa. Ekor matanya memandang pramugari itu.
" Untung flight balik Malaysia, dapat jumpa Dora. Pastu dia Pula layan Kita as cabin crew. Aku dengar dia the best crew kan." Ujar One Yang seronok unboxing souvenir Yang baru sahaja diterimanya sebentar tadi.
Saiful tersedar dari lamunan apabila mendengar kata-kata One. Hanya diam sebagai balasan sebagai respons kepada kata-kata One. Edora Yang sudah beberapa meter jauh darinya, hanya mampu dilihat dari jauh. Gadis itu cekap dalam menjalankan tugasnya. Gadis itu mesra melayani para penumpang dan senyuman mesra sentiasa diukir oleh gadis itu.
Please be patient to wait my writing.
Share this novel