Mariya Edora, seorang gadis yang berusia 24 tahun. Edora memiliki paras rupa yang menawan, jelita dan ayu. Kelebihan memiliki rupa paras yang menawan, dimanfaatkan sepenuhnya oleh gadis ini dengan menyertai Malaysia Royal Airlines sebagai seorang pramugari. Dia mulakan kariernya sebagai seorang pramugari seawal usia 20 tahun setelah selesai menamatkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam bidang Kejuruteraan Komputer.
Edora merapikan lipatan tudung shawl terletak elok di atas kepala miliknya. Selepas merapikan shawl miliknya. Dia mencapai tanda nama miliknya lalu disematkan di dada kirinya. Edora memeriksa penampilan dirinya sebelum melangkah keluar untuk mengikuti penerbangan ke Seoul, Korea pada kali ini.
Kaki diayun menuju keluar dari bilik lalu melangkah ke arah dapurnya. Kelihatan Arissa atau Marissa Ereen sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi buat mereka adik beradik. Edora dengan nada gembira mengapa adiknya.
" Assalamualaikum, Good morning my baby." Jerit perlahan Edora lalu dirangkul kemas pinggang milik Arissa.
" Morning, kakak. Are you had a good dream?" Soal Marissa sambil tangan menyapu kaya ke atas roti bakar.
" Yes, of course lah. I dream I meet Kim Taehyung in my last dream. Jangan jealous." Gurau Edora sambil melabuhkan punggung di atas kerusi di meja makan. Dia boleh lah bersantai sebentar kerana mempunyai baki masa sebelum van yang disediakan oleh pihak syarikat penerbangan Malaysia Royal Airlines tiba untuk menjemput kru-kru penerbangan tiba di perkarangan rumah. Boleh lah dia berborak sebentar dengan adiknya.
" So. what your plans today?" Soal Edora
" I don't know, yang penting Kakngh, kena pick up adik dari BAM petang nanti. Kang merajuk tak nak balik setahun kalau lupa ambil dia." Balas Arissa.
Maira Eithar, adik kepada Mariya Edora dan Marissa Ereen yang merupakan salah seorang pemain badminton negara yang baru sahaja berusia 20 tahun. Sudah enam bulan Maira ataupun lebih mesra dipanggil Ai, tidak pulang ke rumah akibat kesibukan jadual nya bertanding di luar negara. Hari ini Aira akan pulang ke rumah setelah sekian lama tidak pulang ke rumah.
" Alah, sayang lah Akak kena pi Seoul hari ni. Kalau tak boleh lah jumpa Adik. Rindu nak cubit pipi pau Adik tu." Omel Edora sambil mengunyah roti bakar nya.
" Dah kendur dah kot pipinya sebab tak ada selera makan kat overseas tu hah. Hari-hari call mengadu makanan tak sedap lah, tak lalu makan, rasa diri macam arnab lah sebab hari-hari makan sayur je." Cerita Ereen kepada kakak sulungnya.
Edora sekadar menggeleng kepalanya perlahan mendengar cerita tentang adiknya. Dia melihat jam tangan miliknya untuk melihat waktu. Dia mempunyai baki beberapa minit sebelum van tiba. Edora mengambil keputusan untuk keluar awal dari rumahnya.
" Okaylah, Akak pi dulu. Jumpa Selasa nanti." Kata Edora sambil mengatur langkahnya ke arah pintu rumahnya.
Ereen turut mengekori kakaknya dan menghantar Edora ke arah pintu masuk rumahnya. Setibanya di pintu rumah mereka. Ereen menghulur tangan milik nya untuk mengalami kakak sulungnya.
Ereen menghantar kakaknya dengan renungan kosong, daripada sang kakaknya menyarungkan kasut sehingga lah Edora hilang di dalam perut van.
Share this novel