Gadis bertudung coklat cair itu mengesat hidungnya Yang berdarah menggunakan sapu tangan miliknya Yang telah menjadi peneman nya semenjak 5 Tahun Yang lalu. Pandangan mata pelanggan Yang keluar masuk ke dalam kedai bakeri dan memandang dirinya Yang sedang berdarah,tidak diendahkan olehnya. Dirinya sudah biasa menjadi bahan tatapan orang ramai Yang memandang dirinya sejak dahulu kalanya lagi. " Ya Allah, pasal apa tak berhenti darah ni keluar?" Rungut Irene.
" Oh God! are you okay, babe?" Soal Kimberly Lim, sahabat karibnya, Yang merupakan pemilik kedai bakeri.
" I'm okay. As usual." Ringkas jawapan Irene sambil menayang senyum kambing nya
" You nii boleh pulak senyum in this situation. You wait here. I pergi ambil ais." Bebel Kim dengan nada cemas lalu berlari memasuki ruang dapur bakeri.
Terdapat beberapa Cara bagi merawat hidung berdarah bagi situasi kecemasan seperti Jangan mendongak untuk hentikan pendarahan kerana ia menyebabkan darah membeku di dalam hidung.
Seterusnya, duduk dengan tegak dan bongkokkan badan ke hadapan.TSelain itu, tekan bahagian hidung untuk 10 minit. Gunakan ais dan letakkan di batang hidung. Di samping itu, Bernafas menggunakan mulut bukan hidung.
Bunyi kuakan dari pintu menandakan Ada penghuni memasuki kedai bakeri itu.
" Damn, here come." Bisik hati Irene.
*****
Semerbak bau harum dan segar daripada roti dan Kek menusuk hidung jejaka berkulit sawa matang itu. Kakinya melangkah ke arah Bread Section bagi mencari Croissant yang menjadi kegemarannya. Melangkah ke arah Croissant Section, rambang Mata Umar untuk memilih. Terdapat Plain Butter Croissant (Croissant au Beurre), Chocolate Croissant (Pain au Chocolat),Chocolate Chip Croissant (Croissant aux Pépites de Chocolat),Raisin Croissant (Pain aux Raising. Kesemuanya adalah kegemarannya.
Sepatutnya dia menjaga pemakanannya namun sekali sekala tidak mengapa mengisi perutnya dengan sesuatu Yang menjadi kegemarannya. Makanan "healing" buatnya setelah setahun tidak makan croissant.
Setelah selesai memilih croissant, Umar beralih ke arah Cake Section Yang terletak berhampiran kaunter.
" Subhanallah, sedap oii Kek depa Jual nii.. Mahu aku bedal semua nii." Bisik hati Umar sejurus memandang pelbagai jenis Kek Yang dipamerkan Di sebalik kaca.
" Kau ni, kalau dibiarkan, mahu kau bungkus satu kedai ni." Tegur Edmund dengan slang Sabahan nya.
" Sekali sekala Ed, dah setahun tak makan. Aku dulu waktu muda-muda , suka gila makan roti Kek nii." Bela diri Umar.
" Kau borong la kedai ni dengan staff -staff kedai ni. Boleh jugak kau jadikan staff kat sini orang rumah kau. Hari-hari makan roti Kek. Jimat masa, kos tak yah pergi kedai bakeri lagi." Perli Edmund sambil Mata melilau mencari manisan Yang ingin dirinya borong untuk dimakan.
Umar menjegilkan matanya. Bertuah punya member. Mulutnya boleh tahan. Kalau Si Ed ni waktu bertugas, sudah lama Dia suruh push up 50 Kali Di dataran tar, Di bawah terik matahari.
" Kau pun 2 Kali Lima je dengan aku. Mencekik jugak Kek tuu. Ada hati nak bahan aku." Balas Umar.
" Aku makan nak merasa jak. Kau makan nak Lepas nafsu. Beza tau." Ejek Edmund.
" Welcome to our bakery, Sir. Can I help you." Sapa lembut suara seorang gadis, Yang merupakan pekerja Di bakeri itu.
Terdiam kedua-dua jejaka Yang tadinya berkelahi tentang Kek. Di hadapan seorang gadis pula.
Aiseh!! Tak matang sungguh bergaduh pasal Kek. Kebudak-budakan betul.
" Boleh saya nak red velvet cake yg ni satu, blueberry cheesecake satu dengan chocolate ripple ice-cream cake satu. One slice each." Balas Edmund kepada pekerja wanita itu. Huish boleh tahan ayu budak ni. Bisik kata hati Edmund Aliong. Namun, Wajah gadis itu kelihatan pucat lesi.
Irene segera mengambil pesan daripada lelaki berbaju kemeja biru laut itu.
" Encik? Nak Yang mana?" Soal Irene kepada sang jejaka yang berdiri Di samping lelaki berkemeja biru laut itu. Jejaka itu Kemas memakai t-shirt polo biru navy dan rambut pendek, Kemas Dan tapi sedang merenung rak kaca Yang tersimpan koleksi kek-kek Di kedai bakeri ini.
" Tolonglah Jangan la nose bleeding lagi time ni. Ada customer Yang kena layan. Lepas customer ni balik, hah klu nak berdarah balik, dipersilakan." Bisik hati Irene Yang tidak keruan.
" Saya nak chocolate mousse cake, two slices, strawberry cakes 2 slice, vanilla-choc cake 2 slice." Balas Umar lantas memandang wajah gadis Yang sedang melayan dirinya. Sedaya upaya dirinya mengawal riak wajah agar kelihatan tenang.
Dada bidang Milik Umar berdebar hebat apabila melihat wajah polos Dan ayu pekerja kedai bakeri itu. Rasa jantungnya berdegup kencang seperti melakukan larian marathon. " Subhanallah, budak ni..." Bisik hati Umar. Jendela memorinya kembali mengimbau kenangan Yang berlalu 5 Tahun Yang lalu.
Umar cukup kenal wajah gadis itu. Dia Yang menyelamatkan gadis itu daripada mengambil nyawanya sendiri Dan Dia lah Yang bertungkus lumus menggendong gadis itu mendapatkan rawatan Selepas tubuh Kecil gadis itu rebah. Ya Allah kecilnya dunia Yang kau ciptakan sehingga dia mampu untuk bertemu kembali dengan gadis ini.
Edmund hairan melihat sahabatnya, Umar merenung gadis Yang kurus dengan lamanya. Apa kena dengan buddy nya itu. Kena sampuk ke apa? Tak pernah dia melihat Umar Yang pemalu dengan perempuan berani memandang anak Dara orang lama-lama. " Kena sampuk hantu kah?" Bisik hati Edmund. Ed menyenggol lenggan sahabatnya Yang ralit memandang wajah anak Dara orang lama-lama itu. Umar segera mengurut leher Dan mengalihkan pandangan matanya.
" Baik. Sekejap ya." Balas Irene sambil tangannya ligat mengambil pesanan -pesanan Yang baru diterima olehnya tadi. Namun malangnya belum sempat dia mengambil Kek red velvet untuk diletakkan ke dalam dulang, sekali lagi hidungnya berdarah.
Terkejut Edmund Dan Umar melihat gadis itu berdarah hidung.
" Awak okay?" Soal Umar cemas apabila melihat wajah polos gadis itu mula berdarah.
" I'm okay. Sorry Sir." Balas Irene sambil mengelap darah Yang mengalir menggunakan sapu tangan miliknya.
" Babe, are you okay? You pergi masuk pantry. Biar I layan this customer." Kata Kimberly Lim Yang baru tiba Di lokasi kejadian. Dia menghulurkan bungkusan ice pack kepada Irene.
Irene sekadar mengangguk lalu beredar dari situ.
" Sorry for happen just now. Can I get your order once again?" Kata Kimberly Lim kepada dua orang jejaka Yang elok Rupa paras Di hadapannya.
Mata Umar masih memandang susuk tubuh gadis melayu Yang mengalami pendarahan hidung Di hadapannya sebentar tadi.
Share this novel