First Journey of Soulmate If we never met (Edora & Saiful Story)

Drama Series 10372

Mariya Edora Ahmad, seorang pramugari syarikat penerbangan swasta milik Malaysia Royal Airlines. Edora memiliki rupa paras yang menawan menjadikan dirinya antara kru penerbangan yang disukai dan digilai oleh ramai pramugara mahupun juruterbang di syarikat penerbangan Royal Malaysia Airlines. Menjadi seorang pramugari bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Namun dalam mencari cinta sejati, Edora mendambakan susuk tubuh seorang jejaka yang boleh menjadi pelindung serta pembimbing yang baik buat dirinya. Suatu peristiwa dan tragedi mengubah cerita cinta yang tidak pernah dilalui oleh Edeura. Dalam suatu peristiwa di mana dia sedang dalam perjalanan menuju untuk bertugas ke Sydney, Australia di mana Lapangan Terbang Antarabangsa, KLIA dijadikan kawasan tawanan oleh pihak pengganas yang melepaskan tembakan bertalu-talu di lapangan terbang antarabangsa. Peristiwa tersebut meragut petugas keselamatan dan para penumpang di lapangan terbang tersebut. Ramai penumpang dan juga anak kapal menjadikan mereka sebagai tebusan. Pihak pengganas mengugut untuk meletupkan keseluruhan lapangan terbang antarabangsa tersebut jika kengganan para tebusan dan pengunjung di lapangan terbang tidak mematuhi kepatuhan arahan yang diberikan oleh mereka. Tugas seorang kabin krew adalah menjaga keselamatan para penumpang agar sentiasa dalam keadaan selamat. Edora sedaya upaya untuk bertindak dengan tenang untuk memastikan keselamatan para penumpang.
Pengganas bergerak secara agresif apabila mulai mencederakan salah satu penumpang dek kerana kedegilan salah satu Kapten yang enggan patuh akan arahan yang diberikan oleh mereka. Edora dijadikan sebagai tebusan menggantikan penumpang yang tercedera tersebut. Pihak pengganas mengugut untuk melepaskan tembakan kepada Edora sekiranya Kapten tidak mengikut arahan mereka.
Mejar Ahmad Saifullah, salah satu anggota khas pasukan udara atau dikenali sebagai PASKAU diberikan tugasan berat agar melaksanakan misi menyelamatkan tebusan di lapangan terbang tersebut. Di sinilah bermulanya detik pertemuan pertama antara Mariya Edora dan Mejar Ahmad Saifullah.

Apakah Kesudahan kisah mereka berdua?

Please give A lot of love and support. May Allah ease all your journey to who read this. Amin Ya Rabbal Alamin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience