Selangor International Islamic Arts Complex.
Kini Puan Sri Safiyyah, Kak Tina, Saiful dan Edora berada di Selangor International Islamic Arts Complex yang terletak di Selangor. Puan Sri Safiyyah berjaya mengheret Saiful dan Edora sehingga ke sini untuk memberi peluang untuk mereka berdua berkenalan antara satu sama lain. Pada waktu makan tengahari bersama tadi, mereka langsung tidak membuka mulut. Alih-alih dia dan Tina yang sibuk bercerita dan mereka hanya mendengar dan memberi respons apabila perlu. Anak nya Saiful lagi lah macam patung dekat tugu Kuching Sarawak, tidak bergerak langsung untuk berkenalan dengan gadis itu. Puan Sri Saffiyah menjadi geram dengan anak terunanya itu.
Mereka mengambil masa yang lama untuk menerokai dan menghayati setiap perincian interior yang berada di dalam Selangor International Islamic Arts Complex. Edora menjadi terpegun apabila dia mulai memasuki Arts Complex itu.
Selangor International Islamic Arts Complex dibina pada tahun 1990-an, Selangor International Islamic Arts Complex adalah sebuah tarikan yang telah ditubuhkan untuk memartabatkan serta memperkukuhkan lagi dunia kesenian Islam. Kompleks ini terdiri daripada 3 buah galeri iaitu Galeri Al-Qur’an Mushaf Malaysia, Galeri Al-Qur’an Mushaf Nur Fatimah dan Galeri As-Sakinah.
Kompleks ini diuruskan oleh Restu Foundation iaitu sebuah pertubuhan NGO yang diwujudkan pada tahun 1987. Pertubuhan ini adalah yang petama di Malaysia yang menghasilkan mushaf Qur’an bertulisan tangan dan juga berilluminasi.
Sebagai pelawat, pengunjung boleh melihat di depan mata sendiri bagaimana kakitangan dan juga pelajar di sini menghasilkan karya-karya Islamik seperti kaligrafi dan lukisan. Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk melihat bagaimana proses penghasilan dan juga pemeliharaan Qur’an dilakukan .Di samping itu, tarikan lain yang terdapat di sini adalah sudut Rehlah Nabawiyyah (Perjalanan Nabi Muhammad SAW). Galeri ini akan membawa pengunjung menelusuri kehidupan Rasulullah dari saat kelahiran baginda. Salah satu tarikan yang terdapat di pameran ini adalah replika rumah Rasullulah yang lengkap dengan beberapa barangan peribadi baginda.
Puan Sri Safiyyah sudah berkepit dengan Kak Tina pergi meninggalkan Edora dan Saiful di belakang. Puan. Sri Safiyyah dan Kak Tina sememangnya serasi, berjalan bersama pun berpegang tangan. Rancak mereka berbual sampai Saiful dan Edora ditinggalkan mereka. Suasana sepi antara Saiful dan Edora. Kaki melangkah perlahan menapak untuk melihat hasil karya kaligrafi dan lukisan yang dipamerkan.
“ Macam mana.. awak…” Ungkap kedua-dua mereka setelah membisu dengan begitu lama. Mereka berpandangan sesama sendiri dan tersenyum canggung.
“ Ladies first.” Luah Saiful yang memberi peluang untuk Edora bercakap.
“ Macam mana awak boleh ada dekat restoran tadi. Saya tak sangka jumpa awak dekat sini. Seriously I really shocked when I saw your face..” Buka bicara Edora.
“ Hmmm. Nak dipendekkan cerita, Ummi saya paksa saya ikut dia jumpa kawan dia. Mula-mula saya tak nak jumpa or ikut plan dia ni tapi Ummi saya ugut saya yang dia takkan ikhlaskan hati dia untuk saya ikut kursus dekat Ausie nanti hah so here I am. Tapi saya tak sangka awak pula insan yang Ummi saya nak jumpa kan. Awak pula how you end up being here.” Balas Saifullah.
“ Kalau saya pula Kak Tina ajak saya jalan-jalan sebab dia kata bosan hubby and her son’s not at home. Dia kata dia dah buntu tak tau nak buat apa dalam rumah so dia ajak saya go jalan-jalan and kebetulan I was off day today so I ikut je lah dia. But bila keluar dia langsung tak cakap dia nak bawa saya jumpa seseorang. Mahu terkejut beruk saya dia bawa masuk restoran mahal macam tu. Mana nak cekau duit bayar kat restoran tu. As conclusion saya ke a scam dengan Kak Tina. Dia nak kenalkan I dengan anak CEO Royal Malaysia Airlines. And I never thought it was you, Mr. Saiful.” Terang Edora panjang lebar. Saiful sekadar tersenyum mendengar cerita dari Edora.
“ Based on cerita yang saya dengar tadi, awak nampak popular dalam kalangan kru and passengers. Surprising!!” Kata Saiful sambil memandang lukisan kaligrafi Islam. Edora mengangkat keningnya.
“ Habis awak ingat saya ni low class crew ke? Saya ni servis layanan tiptop ya untuk pengetahuan awak.” Balas Edora.
“ Bukan maksud saya macam tu but I means is you looked very different bila kat dunia luar macam sekarang ni. I means most of the crew mulut tak berhenti berbunyi, ada je cerita yang dia nak sembangkan. Friendly tak kena tempat. Tapi Dora lain you seems quite person and ….” Kata Saifullah
“ Cold??” Sambung Edora. Saiful mengalihkan pandangan ke arah Edora yang tiba-tiba bersuara.
“ Yes. It’s me. I really cold person but on board I’m not. I ada trauma to make a friend and get to know people. Past teach me a lot. Do not put so much trust to the people.” Balas Edora. Saiful sekadar diam mendengar cerita dari Edora.
“ So it’s not easy right for me, to make friends with you?” Saiful bertanya sambil badannya menghadap Edora.
Edora membiarkan pentanyaan Saiful dibiar tidak berjawab. Edora meninggalkan Saiful berseorangan di situ.
Susuk tubuh Edora direnung Saiful. Saiful merasakan perasaan aneh terhadap gadis tersebut. Saiful ingin mengenali lebih dalam dengan gadis tersebut. Entah datang dari mana, dia mulai tertarik dengan gadis pramugari tersebut.
I'm still trying to update frequently but my mental state getting worse. Thank you for give a lot of love and support to my story
Share this novel