" Awak memang nak saya ni jadi penonton awak dapat habiskan kopi dalam berapa minit ke?"Saiful

Drama Series 10372

Tiga bulan kemudian,
Edora duduk di atas kerusi yang disediakan oleh pihak Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA sambil menghirup lemonade grapefruit yang dibelinya untuk menyegarkan dirinya Setelah mengharungi penerbangan panjang dari London, UK. Dia sedang menunggu kedatangan seorang individu yang sudah rapat Dan selesa, boleh dikatakan mereka rapat selepas kejadian tiga bulan yang lalu.

Dia masih ingat sewaktu Kali pertama dia membukakan matanya Setelah kejadian rampasan kapal terbang yang berlaku dahulu, Auntie Saffiyah Dan Saiful berada di pandangannya. Sepanjang di hospital, Auntie Saffiyah sentiasa menemani Dan merawatnya seperti anak nya sendiri. Saiful juga Akan datang singgah melawatnya Setelah menjenguk sahabat nya.One yang tercedera ketika misi menyelamat insiden rampasan kapal terbang yang lalu.Saiful juga akan membantu menjenguk Irene ketika mereka mempunyai masa kerana Irene tinggal berseorangan dek kerana Maira sibuk mengikuti BWF World Tour yang diadakan di Eropah.

Semenjak itu, mereka menjadi rapat Dan Edora lebih senang Dan selamat berada di sisi Saiful. Hubungan mereka seperti adik Dan Abang apatah lagi Irene juga, seorang gadis yang sukar membuka mulut Dan sukar untuk didekati turut selesa bersama dengan Saiful Dan rakan-rakan nya.

Edora merenung kosong Jalan bersimen Dan bersinar di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA. Dia menunggu kelibat Saiful yang ingin berjumpa Dan ingin menyatakan sesuatu penting kepadanya sebelum dia bertugas ke Australia untuk mengikuti kursus Dan latihan bersama dengan para Tentera Australia.

Sedang asyik dia menghirup lemonade grapefruit, suara seorang yang dikenalinya menyapa dirinya.

" Assalamualaikum, Dah lama tunggu. Awal awak sampai. Kata 5.30 sekarang baru pukul 5.18, kalau tahu Saya tunggu lagi awal." Tutur Saiful sambil tersenyum memandang pramugari yang kelihatan dari jauh, enak menghirup lemonade.

" Tak Ada jammed, awal lah sampai. Cuba jammed, lambat sampai , nanti Ada orang tu bising sebab tak punctual." Gurau Edora kepada lelaki yang memakai jaket kulit hitam Dan kasut bot hitam di hadapannya. Rambut lelaki itu seperti biasa kemas Dan berambut pendek.

" Hah, pandai eh sekarang nak menjawab. Awak ingat laluan udara tu sama ke dengan laluan Darat? Kalau punctual kan elok. Hormati masa. Jangan buang masa. Awak tahu tak kalau awak dalam Kem kalau lambat dari masa yang ditetapkan awak kena denda, berguling-guling dekat Jalan tar sampai lah awak termuntah." Balas Saiful.

Edora hampir tersedak mendengar kata-kata Saiful. Denda jenis apakah itu. Bunyi seperti menyeksa sahaja. Tak seronok langsung bunyinya.

" Masalah nya Tuan Saiful, awak bukan dalam Kem sekarang awak dekat airport ni hah. Mana yang lain?" Tanya Edora sambil matanya meliar mencari kelibat sahabat-sahabat Saiful yang lain.

" Tak sampai lagi. Kan Saya cakap Saya ni datang awal sebab nak jumpa Cik Edora. Flight pukul 9.00 malam. Sementara tu boleh la Saya borak dengan awak dulu before flight. Awak dah makan jom Saya belanja makan." Kata Saiful sambil memandang Edora. Degupan jantungnya berdegup kencang setiap Kali Saiful memandang wajah Edora.

" Tuan Saiful nak belanja ke?" Kata Edora teruja.

" Ya lah. Nanti Umi Saya bising kalau awak yang belanja Saya nanti." Gurau Saiful.

Edora sedikit memuncung mendengar kata-kata Saiful. Mesti Auntie Saffiyah yang memberikan arahan buat Saiful agar belanja dirinya makan. Kalau tidak mana mahunya Mejar Saifullah mahu belanjanya makan. Tunggu langit runtuh pun belum tentu Si Tuan Mejar ni mahu bersweet dengan dirinya.

" Ek elah, merajuk ke? Saya gurau je lah. Kalau Umi tak suruh pun Saya belanja lah. Jom. Saya Ada benda nak bincang dengan awak." Kata Saiful sambil bangun dari duduknya Dan membuka langkahnya.

" Tak sweet langsung dia ni. Main jalan je, bukan nak pujuk. Dia ingat aku ni anak buah bawah jagaaan dia ke." Bebel Edora perlahan sambil kakinya turut melangkah mengikuti jejak langkah Saiful.

Starbucks Coffee, KLIA.

Dari tadi Saiful masih mendiamkan dirinya. Debar di dada Saiful tidak dapat dibendung lagi. Degup jantungnya umpama dia menjalani ujian Asas payung terjun sewaktu mula-mula menyertai komando. Malah debaran kini lagi teruk dari dahulu Kala.

Edora pula sudah tidak senang duduk dek kerana makhluk di hadapannya itu tidak membuka mulut Dan riak wajah dingin Dan tidak berkutik dari tadi. Bukan main sebentar tadi mereka bergurau senda tiba-tiba sahaja Saiful tidak membuka bicara. Hanya air kopi yang diminum oleh jejaka tersebut berkurang.

" Awak memang nak saya ni jadi penonton awak dapat habiskan kopi dalam berapa minit ke?" Buka bicara Edora yang tidak tahan dengan suasana canggung itu.

" Tadi awak kata nak cakap perkara penting. Apa benda yang penting?" Terus terang Edora.

Saiful pula sudah buntu apa Yang harus dia lakukan untuk berterus Terang dengan gadis itu.

" Awak kenapa diam je ni. Sakit perut ke ? Atau awak nervous nak Naik flight nanti sampai lupa Cara bercakap?" Serang Edora yang hairan dengan sikap jejaka tersebut.

" Awak nak kahwin dengan Saya tak?" Luah kata Saiful yang tiada sedikit emosi Dan bernada.

Terlepas garfu yang dipegang oleh Edora yang digunakan untuk menyuapkan kek nya. Apa yang didengari olehnya itu.

" Apa dia?" Terjerit kecil Edora mendengar kata-kata Saiful. Beberapa pengunjung di berhampiran Mejar mereka memandang ke arah mereka. Edora segera menutup mulutnya.

" Saya nak jadikan awak isteri Saya." Pendek kata Saiful yang reaksi muka tenang Dan tidak beremosi itu.

Mulut Edora ternganga mendengar lamaran daripada Mejar Saifullah di hadapannya.

" Awak terhantuk kepala dekat tiang KLIA ni ke? Atau Hilmi hayun senapang riffle dekat kepala awak time training?" Kata Edora Setelah mendengar lamaran daripada Mejar Saifullah yang secara tiba-tiba itu.

Wajah Saiful masih tidak berubah reaksinya. Masih tenang Dan selamba.

" Tak. Saya sihat. No injuries dekat mana-mana. Akal Dan fikiran Saya waras Dan sedar." Kata Saiful tenang.

Sekali lagi Edora pelik mendengar kata-kata Saiful.

" Okay. Looked. Awak serius ke? Awak.... tahu... tak awak tengah ...cakap apa?" Fikiran Edora menjadi keliru dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Fikirannya bingung Setelah dilamar secara tiba-tiba oleh Saiful.

" Ya. Saya serius. Saya melamar awak untuk jadi isteri Saya yang sah." Kata Saiful.

Kedua insan ini sailing menatap Dan masa umpama terhenti seketika buat mereka. Air liur Edora ditelan tanpa sedar. Apa Yang harus dilakukan pada ketika Dan saat ini.

Happy New Year. I just wanted to shared, I was turned 24 last 4 January. I'm so sorry can't commit dalam hasilkan novelni. my physical and mental masih berjuang melawan penyakit yg masih tidak diketahui puncanya. I hope you guys having a good time

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience