Edora, Mikayla dan Irene menikmati perkelehan dan picnic day bersama. Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama. Adik nya Mikayla masih dalam proses pemulihan dan masih tersisa cutinya manakala Edora kebetulan off day selama 2 Hari.
Oleh itu, mereka bersetuju untuk berkelah Di kawasan terdekat. Mereka memasak dan menyediakan makanan untuk perkelehan bersama.
Suatu bonding Yang jarang dapat dilakukan bersama adik-adik tersayang. Irene Yang memerlukan sokongan mental dan moral sering dinasihati oleh doktor nya agar lebih kerap menghirup udara segar dan menangkan fikiran. Di saat Edora tidak sibuk, inilah masanya untuk dirinya meluangkan masa untuk adik-adiknya.
Dari selepas Zuhur mereka bertungkus lumus untuk menyiapkan bekalan makanan untuk perkelehan pada petang ini. Di samping menghirup udara segar mereka juga ingin melihat matahari terbenam.
Ramai pengunjung pada ketika ini menikmati waktu mereka masing-masing.
Kanak-kanak berlari bebas, bermain di sana sini. Ketawa riang anak-anak menghiasi suasana di taman ini.
Mikayla sudah mengunyah egg tart Yang dibakar oleh Irene dengan nikmat. Sedap sungguh Irene membakar egg tart itu. Irene sememangnya pandai memasak pelbagai jenis hidangan makanan dan juga membakar manisan berserta desert kerana minatnya dalam bidang pasteri dan kulinari dari kecil.
Irene pula melunjurkan kakinga sambil memejamkan matanya untuk menikmati terpa angin lembut menampar pipinya. Teknik breathing Yang sering diamalkan olehnya dilakukan oleh Irene dan ianyan menjadi lebih berkesan dengan bantuan alam semula jadi. Edora tersenyum melihat Irene Yang kian ceria Dan lebih tenang. Mungkin masa telah mengajar nya banyak perkara sepanjang menjadi pesakit anemia aplastic dan masalah kemurungan. Kuat sungguh adiknya itu. Jikalau dia berada di tempat Irene, belum tentu dia dapat melaluinya.
" Kakak jom kakak beli ais krim kat situ. Teman adik." Pujuk Mikayla dengan muka Penuh berharap agar kakaknya menuruti permintaanya.
" Oii dik oii..makanan Kita pack ninpun banyak, tak berjamah lagi ni. Nak aiskrim pula. Tuh kaki Tu dah sihat sikit. Nak berjalan jee kerja nya." Bebel Edora sambil menyuapkan sandwich kegemaranya ke dalam mulutnya.
" Ala, kakak please...jom la... craving nak makan ni. Lagipun time ni lah adik boleh makan macam-macam nanti balik BAM dah tak boleh. Kena jaga makan. Please!!!!" Renyek Mikayla Yang manja dengan kakak-kakaknya itu.
" Pi je la beli Kakak. Tak payah Risau dengan Irene kat sini. Pandai la jaga diri. Pergi lah bawa budak Kecil ni beli aiskrim. Nanti Kang Malam tidur mengigau nak aiskrim....nak aiskrim...dah la Irene Yang kena tidur sekatil dengan dia ni." Sampuk Irene sambil masih memejamkan matanya.
Mikayla masih menayangkan muka 5 sen kepada Edora.
" Okay. Fine. Jom." Kata Edora sambil bangun dari duduk nya. Melompat gembira Mikayla dengan segera dia bingkas bangun dan berjalan terhenjut-henjut bersama Edora. Tak padan dengan injured masih lagi gigih demi seseuap aiskrim. Kalau ketua jurulatih budak ni tengok anak buahnya dia ni berkelakuan begini tidak kena mengena kena hempuk dengan raket agaknya.
Setibanya di gerai aiskrim mereka memilih aiskrim perisa kesukaan masing-masing. Edora menyukai Strawberry Aiskrim, Mikayla gemar Chocolate Aiskrim Oreo dan Irene dibelinya Aiskrim Vanilla. Irene memang gemar aiskrim perisa Vanilla. Apa Yang disuka tentang Vanilla pun dia tidak tahu. Apa sahaja perisa Vanilla Irene gemar memakannya.
Tersenyum lebar Mikayla melihat pakcik aiskrim sedang menyiapkan pesanan mereka.
Budak ni dekat BAM kena seksa tak bagi makan ke apa. Lain macam lagak gayanya adik bongsunya itu. Apabila balik dari BAM Mikayla mesti meminta pelbagai menu makanan untuk dia makan. Belum masuk pencuci mulut.
" Kak Dora. Adik pi dulu. Nak makan aiskrim dekat buaian Tu jap. Lama sangat tunggu nanti cair." Tingkah adiknya lalu berlari anak menuju ke arah buaian Yang berhampiran kawasan itu.
Belum sempat Edora memarahi adiknya itu, sejurus Edora berpaling, pandangan matanya menjadi gelap. Bau wangian minyak wangi semerbak menusuk hidungnya. " Apasal bau ni macam familiar je?" Bisik hati Edora. Edora masih di posisi membatu di dada tegap lelaki berbalut t-shirt Polo biru dan kemeja putih membalut badannya itu. Lelaki tersebut turut kaku sambil diperhatikan oleh sahabatnya.
" You're fit in his arm. Senang nak peluk. Comel je saiz diorang." Seloroh suara wanita Yang tiba- tiba berseloroh.
Suara wanita itu seperti dikenali oleh Edora. Edora segera menolak tubuh badan lelaki itu. Malu sungguh Edora pada ketika ini. Kau ni Dora pasal apa pi peluk orang Yang tak dikenali dekat public macam ni.
" Saya Minta maaf Cik. Saya tak perasan Cik dekat depan Saya." Buka bicara lelaki itu. Aikk suaranya seperti pernah dia dengar. Tetapi di mana ya.
" Saya Yang patutnya minta maaf sebab main pusing je. Lepas Tu tolak Encik sesuka hati Saya. Tindakan reflect Saya tolak Encik. Minta...maaf yaa." Kata Edora tanpa memandang wajah lelaki itu dek kerana malu Yang amat. Pipinya dapat dirasakan merah Dan hangat pada ketika ini.
" Tak sengaja tapi lama jugak peluk Saya." Luah lelaki itu .Eh mamat ni, miang jugak. Dia fikir dia memang mahu memeluk lelaki itulah? Edora terus berangin mendengar kata-kata lelaki itu. Mukanya diangkat untuk melihat sang gerangan Yang bersuara itu. Terkedu Edora apabila bertentang Mata dengan lelaki itu. Lelaki Yang dirinduinya selama berbulan-bulan lamanya. Lelaki Yang berani mati berjumpa dengan kedua ibu bapanya untuk melamarnya dan mungkin lelaki ini Yang membuatkan dirinya jatuh cinta lagi. Satu nama meluncur laju dari mulutnya.
" Saiful..." Ucap Edora. Mata mereka bertaut dan jantung kedua insan ini berdegup laju apabila mata mereka saling bertamu.
" And both of you perfectly fit each other, Kan, One." Kata Balqis di sisi Saiful sambil tersenyum penuh makna.
Patutlah suara wanita yang bersuara sebentar tadi seperti dikenali nya. Maknanya Balqis dan One menyaksikan drama slot Akasia yang berlaku antara dirinya dan Saiful sebentar tadi.
Malunya pada saat ini hanyalah Tuhan yang tahu.
Assalamualaikum ❤️ I hope you guys enjoyed my novel so far. Thanks for reading my novel so far. I really appreciate your kindness for spend your time to read my novel. May Allah SWT bless your day ❤️????
Share this novel