" Saya ikhlas nak jadikan awak sebagai teman hidup Saya kerana Allah. Sudi awak jadi teman hidup Saya, Dora?" - Saiful.

Drama Series 10372

Edora merenung susuk tubuh jejaka tegap berkemeja t-shirt navy blue Yang sedang berdiri tegak di hadapanya. Lelaki itu Berdiri dalam keadaan senang diri Di hadapanya . Sudah seperti berdiri Di dalam pembarisan sahaja lagaknya. Mahu Edora tergelak melihat Saiful Yang berdiri seperti Di denda olehnya sahaja.

" Tuan Saiful, kenapa you berdiri macam tengah kena denda kat dataran kawad ni." Tegur Edora sambil tergelak Kecil melihat lelaki itu.

Saiful termalu sendiri mendengar teguran daripada Edora itu. Dengan segera dia membetulkan posisi berdirinya sambil mengosok tengkoknya dan dia berdiri tegak seperti biasa.

" Tuan Saiful sihat dah ke? Ada cedera waktu kursus kat Aussie?" Buka bicara Edora apabila melihat wajah dingin membeku di hadapanya itu diam membisu tanpa sepatah kata. Edora tidak mahu keadaan janggal menemani mereka setelah kejadian lama sewaktu ketika dahulu.

" Alhamdulillah sihat. Tak Ada cedera kat mana-mana cuma calar balar sikit." Balas Saiful dengan nada umpama menjawab pertanyaan daripada Leftenan Jeneral sahaja. Jantung Saiful umpama mahu terkeluar apabila mendengar suara gadis itu. Tidak pernah dia merasakan degupan jantung Yang begitu laju sebegini walaupun berhadapan musuh dengan senapang di setiap Kali misi nya .

Edora sudah naik hairan mendengar jawapan daripada Saiful. Dia sudah geli hati. Apa lagi Edora ketawa sambil menutup mukanya. Adakah dirinya kini berpangkat besar dalam tentera sehingga lelaki tegap itu menjawab dengan nada protokol rasmi. Saiful merenung pelik melihat Edora Yang ketawa riaangnya. " Eh budak ni apahal gelak tiba-tiba, kepala dia terhantuk dinding ke putus fius sebab banyak sangat injured kat kepala." Gumam Saiful dalam hati.

" Tuan Saiful. Tuan Saiful bukan bercakap dengan anggota Tuan tau. Tuan tengah bercakap dengan Edora. Pasai apa tegang sangat. Cer relax sikit." Tegur Edora sambil menunjukkan eksperasi wajah senyum manisnya. Alahai lagilah berdegup kencang jantung Saiful melihat senyuman Edora. Gadis itu sangat ayu dan manis tanpa calitan solekan tebal. Ketawa gadis itu meluluhkan hatinya.

" Oh. Dah pandai sakat sekarang eh. Lagipun Cik Edora Saya ni memang dah selalu bercakap dengan ton suara lagu ni. Awak Tu yang tak perasan." Dalih Saiful sambil menayangkan muka temboknya. Seorang komando harus bijak mengawal eksperasi muka. Itulah lumrah mereka.

Edora Pula memikirkannya kembali, benarkah lelaki itu bercakap dalam ton suara begitu selama ini. Al maklumlah, kepala dah banyak kali tercedera kadang-kadang dia mudah terlupa. Lihat sahaja insiden baru-baru ini, dia lupa bahawa terdapat penumpang Yang merupakan seorang vegetarian dan tiada langsung makanan berasakan vegetarian untuk diberikan kepada penumpang tersebut. Mujur sahaja ketua pramugara nya mengendali kejadian itu dengan baiknya tanpa sebarang aduan daripada penumpang tersebut. Namun dirinya teruk dicuci oleh ketua pramugara nya dek kerana kesalahanya. Kepala Yang tidak digatal digaru oleh Edora. Benarlah, dia sudah nyanyuk.

" Apa-apa lah. Ni apa benda nak discuss tadi Beria nak cakap sampai tinggal Alia, Zinnirah dengan One Dan Hilmi. Nanti Alia fikir bukan-bukan Pula." Soal Edora sambil merenung wajah komando itu.

Berkerut wajah Saiful mendengar nama Alia disebut oleh Edora pada ketika ini. Apa kena mengena dengan Alia tentang mereka?

" Kenapa Alia nak fikir bukan-bukan?" Soal Saiful sambil cuba membaca riakwajah Edora Yang nipis solekannya berbanding wajahnya Yang tebal dengan solekan sewaktu dia bertemuanya di atas pesawat tempoh hari. Solekan sewaktu dia bertugas sangat tebal seperti model Majalah Uminya Yang sering dibaca olehnya.

" Ya lah. Takut lah dia fikir kita berdua ni ada apa-apa. Nanti dia cemburu ke apa ke. Mana tahu.Saya tak suka kalau orang salah faham nanti." Balas Edora sambil matanya melihat dari jauh kelibat Alia Yang sedang bersama Hilmi. Seronok betul mereka ketawa. Pastinya Hilmi membuat jenaka bapak-bapaknya itu.

Saiful tersenyum sinis mendengar jawapan daripada Edora. Oh rupa-rupanya Edora berfikir Alia mungkin menyukai dirinya. Mustahil Alia jatuh cinta Akan dirinya kerana cinta Alia hanyalah untuk Arwah Abu. Cinta pertama Dan terakhir. Manakala hati Saiful sudah jatuh hati kepada pramugari Yang satu ini.

" Apa Yang nak salah faham nya. Kita berdua ni kan bakal suami isteri. Biarlah orang nak fikir apa pun. Lagipun Kita ni kat tengah public area banyak makhluk lalu lalang. Apa Yang nak Salah faham. Hah Kita berdua ni tengah berdiri dan bersembang je pun." Balas Saiful sambil melihat suasana sekeliling Yang sibuk dengan pegunjung lalu lalang.

Membulat Mata Edora mendengar kata-kata selamba badak Saiful Yang mengatakan mereka bakal suami isteri. Memerah mukanya.

" Awak pernah merasa kena hempuk handbag Dior ni tak? Sejak bila dan kapan Kita ni bakal suami isteri. Awak jangan nak main-main." Marah Edora Yang menyembunyikan rasa dan debaran di dada.

" Handbag belum pernah tapi kayu pokok pernah lah. Tapi betul lah apa. Kita tak tahu, Kita mungkin berjodoh." Kata Saiful selamba.

Memanas wajah Edora mendengar kata-kata daripada Saiful. Jantungnya berdegup kencang.

" Edora. Saya masih menunggu jawapan daripada Edora. Saya nak Dora tahu Yang Saya ikhlas nak jadikan awak sebagai isteri sah Saya. Teman hidup Saya sehingga ke hujung nafas Saya. Kita berdua Akan belajar tentang kehidupan sama-sama. Awak Dan Saya sama-sama membina rumah Yang Indah Di Syurga nanti. Sementara hidup Di dunia iní, Saya nak melindungi, menjaga awak, menjadi imam awak ditiap solat. Saya tak paksa awak. Awak boleh buat istikharah, Minta petunjuk daripada Allah tentang kita. Saya dah buat, Dan Saya dah dapat jawapannya. Saya Akan selalu menunggu awak." Ucap Saiful dengan nada lembut.

Hati Edora berasa tenang mendengar kata-kata separuh lamaran oleh Saiful. Edora merasa hangat Dan tenteram mendengar kata-kata Saiful Kenapa? Hatinya mudah jatuh hati pada Saiful. Di manakah Edora Yang dingin bak salju.

Another chapter. Ambil masa yg lama. Beginilah kalau pesakit MDD. Sekejap rasa nak menulis. sekejap rasa X boleh buat apa apa dalam tempoh masa lama. Maafkan Salah silap Dan kekurangan Saya. Terima Kasich sudi membaca ????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience