Second Journey of Soulmate Story. " Aku berharap aku hilang dari muka bumi ini" Irene. Irene & Umar

Drama Series 10372

Sinar sayup cahaya lampu Di luar bangunan memasuki ruang bilik. Angin sejuk daripada Penghawa dingin bilik menyelimuti tubuh Kurus, cekung gadis Yang berusia 20an itu. Matanya dibuka, hanya renungan kosong sejurus dirinya membuka matanya. Syiling bilik wad ditenung sehingga mahu tembus renungannya. Badan nya terasa lemah Dan lesu. Bau daripada peralatan hospital Yang cukup dibenci olehnya semenjak kecil telah sebati dengan dirinya.

Mata gadis itu dialihkan ke sudut bilik wad Yang telah dihuninya selama sebulan itu.

Jelas terpapar susuk tubuh kakaknya Yang lengkap berpakaian seragam kerjanya Lena Di sofa Yang terletak Di sudut bilik.

Air matanya bergenang, lama-kelamaan sudah bertakung bak air kolam. Air Mata menitis perlahan. Makin lama, air matanya galak keluar tanpa henti. Dia berusaha untuk menahan diri daripada mengeluarkan sebarang bunyi esakan bagi mengelakkan kakaknya terjaga dari Lena.

Jendela memorinya kembali mengimbau saat dia disahkan oleh doktor Yang mengesahkan dirinya telah menghidap penyakit anemia aplastic setelah melalui pelbagai diagnosis untuk mengetahui penyakit Yang sebenar dihadapinya.

Siapa sangka, gadis bernama Irene ini yang sebelumnya sangat ceria, bercita-cita tinggi Dan sangat happy go lucky Di usia remaja kini terbaring di katil hospital. Oleh kerana, dia disahkan menghidap penyakit anemia aplastic ianya meranapkan cita-citanya sebagai seorang ahli arkeologi Dan dia telah berhenti menyambung pengajian dalam Peringkat Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian (Sejarah) Di UKM.

Dunia nya umpama gelap tanpa sinar cahaya Yang menyerangi apabila mendengar apa Yang telah terjadi dengan sekelip Mata. Kehidupan nya berubah lebih daripada 360 darjah dari kehidupan sebagai seorang pelajar di institut pengajian tinggi. Segala usaha gigihnya hancur kerkepingan.

Anemia aplastic atau definisi yang lebih tepat bagi terma ini adalah “pancytopenia” iaitu kondisi yang melibatkan ketiga-tiga jenis sel darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet yang berkurangan akibat datipada kegagalan fungsi sumsum tulang. Penyakit auto-imun - penyakit ini adalah keadaan dimana sel darah putih menyerang sum-sum tulang badan dengan sendirinya.

Kondisi auto-imun tidak diketahui puncanya namun ianya mungkin disebabkan ketidakseimbangan genetik sel darah putih.

Anemia adalah keadaan dimana seseorang itu kekurangan sel darah merah. Namun begitu, penggunaan terma anemia aplastik adalah kurang tepat untuk menunjukkan sekadar kekurangan sel darah merah. Definisi yang lebih tepat bagi terma ini adalah “pancytopenia” iaitu kondisi yang melibatkan ketiga-tiga jenis sel darah iaitu sel darah merah, sel darah putih dan platelet yang berkurangan akibat daripada kegagalan fungsi sumsum tulang.

Bagi kes Irene antara punca utama berlakunya anemia aplastik adalah Penyakit auto-imun. penyakit ini berlaku kerana keadaan dimana sel darah putih menyerang sum-sum tulang badan dengan sendirinya.

Kondisi auto-imun tidak diketahui puncanya namun ianya mungkin disebabkan ketidakseimbangan genetik sel darah putih. Siapa sangka gejala pening kepala Yang kerap berlaku berserta badan sering lemah semenjak Di bangku sekolah menjadi titik permulaan kepada semua ini.

Jasadnya memang masih hidup namun dirinya umpama sudah mati. Matanya melilau keadaan biliknyaYang gelap. Barangkali sudah tengah Malam. Fikiran nya entah ke mana. Matanya jatuh pada kerusi roda yang elok terletak Di Sisi katilnya.

Irene segera bingkas bangun dari baringnya, walaupun badannya masih lemah Dan berat namun digagahkan jua untuk bangun . Irene berusaha untuk duduk Di atas kerusi roda nya. Dia harus keluar daripada bilik ini.

Dengan susah payah, dirinya berusaha untuk berjaya duduk Di kerusi roda itu. Segala rasa sakitnya dibiarkan begitu sahaja. Setelah 10 minit Irene berusaha untuk melabuhkan punggung Di atas kerusi rodanya. Tangannya sempat menggapai selendeng Di tepi katilnya. Tangannya segera menyorong kerusi roda keluar dari biliknya.

Keadaan Di luar biliknya juga turut suram Dan gelap gelita. Tiada tanda sebarang penghuni. Kerusi rodanya terus didorong menuju ke arah lif.

Beberapa minit kemudian Irene tiba Di bumbung hospital Yang terletak Di Aras paling atas Milik hospital nya itu. Irene terus mendorong kerusi rodanya menghampiri kawasan Yang terletak Di hujung bangunan.

Terpa angin Malam meniup ke arah tubuhnya. Rasa dingin menyentuh tubuhnya, tidak diendahkan. Air matanya terus menerus mengalir Di pipi. Selendeng nya berterbangan ditiup angin Malam, dibiarkan sahaja.

Suara sedang berkelahi Di dalam kepalanya, Kian giat melontarkan pelbagai kata-kata. " Kau tidak berguna." " Lebih baik kau mati." " Kau tak patut rasa bahagia." Mati.... mati...mati..." Suara-suara itu terus bertengkar sesame sendiri Di dalam kepala. Dadanya tiba-tiba menjadi sesak. Nafasnya tidak teratur.

" Aku berharap aku hilang dari muka bumi ini" Bisik hati Kecil Irene.

Hai, assalamualaikum! I'm starting to write again, after I really lose my interest to writing. Sejak arwah Ma meninggal, I dah hilang semangat nak hidup or so anything. I miss my Ma so much. I hope you guys enjoyed new journey and story Yang I try write. Send a lot of love to those who read my story.❤️????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience