The Restaurant at The Club Saujana Resort, Shah Alam.
Edora memandang sekeliling restoran mewah, dipenuhi oleh pengunjung yang mempunyai kelas tersendiri. Dia mulai resah dan tidak keruan. Edora tidak menyangka Kak Tina membawanya ke restoran mewah sebegini. Kak Tina memberi tahu dirinya bahawa dia ingin meluangkan masa berdua dengan berjalan-jalan di sekitar Shah Alam kerana Kak Tina merasa keseorangan di rumah. Suaminya berada di Sabah kerana mempunyai projek di sana. Anak-anaknya pula sudah terperangkap di asrama penuh. Manakala anak sulungnya pula sedang mengikuti percutian bersama rakan-rakan nya setelah habis SPM. Kak Tina sering berkata dia kesunyian dan berasa kosong ketika berada di rumah. Edora seriau dan fobia apabila mendengar perkataan kesunyian dan kosong dilontarkan oleh seseorang kerana adiknya Marissa Ereen merupakan seorang pesakit mental yang didiagnosis dengan Major Depressive Disorder atau nama popular nya adalah Depression sering merasa kekosongan, kesedihan, kesunyian dan menangis tidak berhenti apabila duduk berseorangan. Malah Marissa pernah melakukan self-harm ketika dibiarkan keseorangan. Oleh itu, Edora mengambil masa cutinya itu untuk meluangkan masa bersama dengan Kak Tina, individu yang dianggap seperti kakak kandungnya itu.
Namun dia merasa hairan apabila mengikuti Kak Tina yang hanya singgah membeli barang dapur di supermarket dan kini mereka berada di restoran mewah sebegini. Dia fikir mereka akan keluar menonton wayang serta berjalan sekitar Shopping Mall seperti biasa yang dilakukan oleh mereka ketika keluar bersama. Dan kini mereka berada di restoran mewah yang mempunyai suasana yang senyap dan kebanyakan mereka seperti golongan VVIP, mana tidaknya kecut perutnya duduk di restoran mewah sebegini.
“ Kak, kenapa kak Tina tak bawa pergi kafe biasa-biasa je. Why you bring us to this expensive place macam ni. Membazir duit je lah kak.” Bisik Edora kerana dia segan untuk berbicara dengan nada suara kebiasaannya kerana suasana restoran yang senyap seperti library.
“ Mana ada membazir Dora, ada orang belanja akan nak tolak pulak rezeki orang bagi. Dora can you be chill. You can talk comfortably, Dear.” Balas Kak Tina. Edora hairan dengan kata-kata Kak Tina.
“ Siapa pula yang berbaik hati sampai belanja makan dekat kedai macam ni Kak Tina.” Balas Edora. Kak Tina hanya mendiamkan diri sambil tersenyum penuh makna.
“ Assalamualaikum, Tina!!” Tegur seorang wanita yang dalam lingkungan 50an, bertudung biru gelap menyapa Kak Tina dengan mesra.
“ Waalaikumussalam, Safiyyah!!! How long since we met!! Rindu!!” Kata Kak Tina sambil bersalaman dan berpelukan mesra. “ Have a seat.” Sambung Kak Tina sambil menunjukkan kerusi di hadapannya. Edora yang masih cuba memahami situasi sebenar, dia segera memaniskan wajah dan menyalami tangan wanita tersebut. Datin Safiyyah tersembunyi lebar melihat anak gadis yang jelita dan ayu itu. Mereka duduk setelah sesi bersalaman.
“ Hah, Saiful. Why are you standing there. Come and seat sebelah Ummi.” Arah Datin Safiyyah yang naik angin melihat anak terunanya yang tidak mahu mengikuti kehendak dirinya.
Saiful yang terdiam mendengar arahan ibunya segera duduk di kerusi sebelah ibunya. Dia memang tidak bersetuju dengan cadangan ibunya namun dia terpaksa mendengar perintah mandatori Umi. Dia lebih terkejut setelah melihat seorang gadis bersalaman dengan ibunya sebentar tadi. Dia merasakan sesuatu yang aneh dengan pertemuan ini. Ini mesti agenda Uminya untuk memperkenal calon menantu nya.
Manakala Edora pula terkejut mendengar suara wanita tersebut mengajak seseorang duduk semeja dengan mereka. “ Aduh apa benda lagi ni. Kak Tina memang sengaja tipu dirinya." See??” Bisik hati Edora.
Dia sudah mula rimas dan tidak selesa apabila individu tersebut seorang lelaki. Matanya merenung alas meja cuba mengawal emosi. Dia tidak mahu mencetuskan telenovela di restoran mewah sebegini.
“ Dora. Ni lah insan yang baik hati nak belanja kita makan hari ni. Puan Sri Safiyyah, do you remember Akak ada cerita pasal my best friends waktu dulu and now she was CEO of our company. Ni Puan Sri Safiyyah Datuk Sri Yunus.” Kata Kak Tina sambil tersenyum bangga.
Edora yang diam membisu dari tadi segera mengalihkan pandangan ke arah susuk tubuh di hadapannya yang merupakan majikan di syarikat penerbangan mereka berkhidmat kini. Matanya segera membulat dan tidak semena-mena dia bangun dari duduknya lalu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat buat wanita tersebut. Kelakuan Edora menarik perhatian Puan Sri Safiyyah dan Saiful yang hanya sibuk membaca menu di atas meja. Saiful mengangkat muka melihat siapakah gerangan gadis tersebut.
“ Selamat berkenalan Puan Sri. I’m so sorry if I was being rude cause I not recognize you at the first place.” Ucap Edora satu lafaz.
Edora memandang wajah majikan nya, tersentak apabila melihat wajah Saifullah berada di sebelah Puan Sri Safiyyah. Saiful turut terkejut dengan apa yang dilihatnya. Edora berada di hadapannya. Namun Saiful bijak mengawal ekspresi muka manakala gadis tersebut terlopong melihat Saiful. Kak Tina yang hairan dengan tingkahlaku Edora segera menarik gadis tersebut untuk duduk kembali. Puan Sri Safiyyah tersenyum sendiri melihat gadis tersebut.
“ Fiya dia ni kalut sikit orang nya. Tapi ni lah Edora our best crew on the boards. She also popular among our regular passenger and crews.” Kata Kak Tina sambil menunjukkan Edora.
“ Oh. She the famous one around our crew. Indeed she so beautiful. Edora no need to panggil Puan Sri kalau kita jumpa dekat luar offices. Panggil je auntie Fiya. Auntie jadi segan pula.” Balas Puan Sri Safiyyah dengan senyuman ikhlas. Ya, gadis itu sungguh jelita dan ayu. Sebelum ini dia hanya mendengar cerita daripada para pekerja di Royal Malaysia Airlines yang bercerita ada seorang kru wanita yang memiliki wajah ayu dan jelita bukan sahaja berwajah cantik malah mempunyai keperibadian yang baik. Malah dia melihat sendiri report kerja pramugari tersebut yang hampir kesemua penumpang berpuas hati akan layanan yang diberikan oleh pramugari tersebut.
Saiful kembali membaca menu yang disediakan. Namun hatinya tertanya-tanya bagaimana Edora berada di hadapannya dan bagaimana Ummi mengetahui tentang Edora.
“ Allahu. Tak ada lawa mana pun Puan Sri…ramai lagi stewardess yang lawa lagi dari saya. Lagi-lagi a new batch yang baru graduates.” Balas Edora yang malu apabila seseorang memujinya.
“ Edora, kan Auntie dah cakap panggil I ni auntie je. Tak mau lah Puan Sri- Puan Sri ni, auntie pun manusia biasa macam you juga.” Kata Datin Safiyyah sambil mencubit pinggang anaknya agar bersikap lebih mesra dengan Tina dan Edora.
“ Baik. Auntie.” Balas Edora.
“ Ini anak Auntie, namanya Ahmad Saifullah. Anak bongsu auntie and he dah 30 tapi manja lagi dengan Uminya lagi.” Kata Puan Sri Safiyyah. Saiful terkejut mendengar kata-kata Uminya yang selamba mengatakan dirinya manja. “ Whoo.. I am Mejar Ahmad Saifullah, Leaders of Bravo Team in TUDM Special Forces. How can she called me manja.” Bentak Saiful.
Edora hampir ketawa kerana Saiful seorang tentera unit khas dikatakan manja. Mulutnya tertutup rapat bagi mengelakkan dirinya tergelak di hadapan tetamu-tetamu itu.
“ Selamat berkenalan, saya Ahmad Saifullah. Boleh panggil apa saja Epul ke Saiful ke Ahmad ke semua boleh ikut keselesaan Auntie.” Saiful memperkenalkan diri nya di hadapan dua orang wanita tersebut.
“ Hah ni lah Umi nak kenalkan dekat Adik, Kak Tina my bestie dari zaman Umi masuk royal Malaysian airlines academy nak jadi stewardess sampai lah lo ni. Kami teman susah senang bersama dari zaman muda dulu. And Edora pula I really want to see you face to face since your name always being hear in our company. That’s why we meet today.” Terang Puan Sri Safiyyah.
Saiful tersenyum nipis kepada Kak Tina yang tersenyum kepada dirinya. “ She being famous among Royal Malaysia Airlines crew. Interesting.” Bisik hati Saiful. “ Tapi Ummi punya alasan tak boleh pakai jugak, nak jumpa Her Friends as an excuse to make me friend with Edora.” Bisik hati Saifullah.
Tanpa sengaja Edora dan Saiful bertentangan mata seketika. Jantung kedua insan ini berdegup kencang. Akhirnya Edora segera melarikan pandangan ke arah lain. Saiful sudah berasa malu yang menyelubungi diri.
“ Do you want me to take yours order, Tuan Saiful?.” Soal pelayan lelaki menghampiri meja mereka.
Terkejut Saiful apabila dia mendengar sapaan pelayan lelaki tersebut. Ya lah mana taknya jantungnya berdegup kencang sebentar tadi umpama baru habis lari sekeliling kem lagaknya, tiba-tiba dia ditegur oleh seseorang secara tiba-tiba.
“ I would like to eat as usual menu that we had here.” Kata Saifullah sambil tersenyum kepada pelayan restaurant tersebut.
“ Okay, Tuan. We will serve it as as possible.” Balas pelayan lelaki tersebut.
Edora sekadar memasang telinga mendengarnya perbualan antara mereka. Ini bermakna lelaki tersebut sudah biasa ke restoran mewah sebegini. Dia meneguk segelas air kosong yang baru dituang oleh pelayan restaurant tersebut. Tekak berada kering secara tiba-tiba. Terkejut! Ya Edora terkejut mengetahui bahawa Mejar Saifullah dari unik Khas TUDM merupakan anak kepada Puan Sri Safiyyah yang merupakan CEO Syarikat Malaysia Royal Airlines. Mata mereka bertaut semula. Maka sesi jantung mengepam darah dengan lajunya umpama sedang melakukan larian marathon. Jantung kedua-dua insan ini berdetak laju.
Recently, I lost my interest in writing again. I don't know why. It requires a lot of time for me able to write again. Thank you for love and give interest for my writing. May Allah SWT bless you guys
Share this novel