" Hadiah."

Drama Series 10372

Mejar Ahmad Saifullah mengetuk perlahan pintu pejabat milik Leftenan Kolonel Zaidi dan apabila dia mendengar isyarat suara milik ketuanya menyuruhnya masuk, barulah dirinya sendiri masuk ke ruangan pejabat Leftenan Kolonel Zaidi.

" Tuan!" Ucap Mejar Saifullah sambil memberi tabik hormat kepada ketuanya.

" Duduk, Mejar." Kata Leftenan Kolonel Zaidi lalu mengisyaratkan anak buahnya untuk duduk di kerusi di hadapan mejanya.

" Saya rasa awak tahu kenapa saya panggil awak. Tak perlu saya bermukadimah bukan." Soal Leftenan Kolonel Zaidi.

Saifullah sekadar mengangguk menandakan dia tahu.

" Menurut informasi pihak atasan, terdapat satu Gerakan Pro-Agama yang diberi nama Ajaran Agama Hanafi yang diketuai oleh Profesor Dr. Hanafiah Mahmud. Kumpulan atau gerakan ini telah bertapak selama lebih 6 tahun secara bersembunyi-sembunyi. Baru-baru kita sendiri telah dikhabarkan bahawa sebuah masjid di ibu negara diberi ancaman bom oleh pihak gerakan ini. Oleh itu, pihak ATM, mengambil alih tugasan ini dipimpini oleh pihak Tentera Darat memberi arahan agar menghantar kumpulan-kumpulan elit terbaik milik ATM yang merangkumi GGK, Paskal dan PASKAU. Menurut risikan Professor Dr Hanafiah telah menghantar orang-orang kuatnya untuk mengenalpasti lokasi strategik untuk membuat aktiviti pengganas di tempat awam. Dan kita diarahkan oleh pihak risikan untuk mengekori dan memerhati lelaki ini, namanya Ustaz Yassin, yang merupakan orang kanan Professor Dr Hanafiah. Orang kepercayaan Professor Hanafiah. Sumber ada menyatakan Yassin merupakan bekas polis telah beberapa kali kelihatan di KLIA2. Berkemungkinan besar mereka akan membuat ancaman di KLIA2. Saya mahu awak dan team bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal terjadi. Menurut sumber, Ustaz Yassin ini masih menandakan lokasi-lokasi yang strategik untuk melaksanakan kegiatan ancaman pengeboman. Ingat sentiasa bersedia. Buat saat ini, kita diarahkan membuat risikan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Ustaz Yassin ini." Terang Leftenan Kolonel Zaidi sambil jarinya masih menunjukkan wajah pemilik Ustaz Yassin yang menjadi sasaran mereka.

" Berapa lama kami ada masa?" Soal Mejar Saifullah dengan nada bekunya.

" 48 hours and back to the camp." Balas Leftenan Kolonel Zaidi.

" Baik, Tuan!" Lantang suara milik Mejar Saifullah, lalu dia bangkit dari duduknya.

" Remember, Saiful. Dia bukan orang sembarangan. Bekas PDRM. He knows." Tegas Leftenan Kolonel Zaidi.

Mejar Saifullah sekadar mengangguk dan tersenyum nipis.

I do not had any idea right now

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience