Airbus A350-900 ( Royal Malaysia Airlines)
Pesawat Airbus A350-900 milik Royal Malaysia Airlines berada pada ketinggian 36.000 ft di ruang udara.Kini pesawat Airbus itu membawa 286 penumpang termasuk anak kapal menuju ke bumi Seoul, Korea. Menarik nya pesawat Airbus ini menggunakan enjin Roles Royce Trent XWB dengan lebar sayap 64.75 meter, tinggi 17.05 m dan panjang pesawat 66.80 meter. Setelah beberapa jam pesawat Airbus tersebut berlepas, kesemua penumpang sudah diberikan makan tengahari. Kini suasana di dalam Airbus gelap dan kebanyakan penumpang sudah pun berlayar ke alam mimpi manakala para kru sedang menyediakan serta memeriksa bekalan makanan untuk menu makan malam dan seterusnya mereka akan berehat seketika sehingga para penumpang kembali sedar dari tidur. Namun berehat bukan bermakna mereka boleh bersenang lenang. Tidak, mereka harus dalam keadaan siap siaga sekiranya berlaku kecemasan ataupun penumpang memerlukan bantuan. Oleh itu, setiap 15 minit mereka akan memeriksa keadaan penumpang.
Edora ditugaskan di dalam kelas business bersama dengan seorang leading stewardess yang merupakan seorang pramugari senior yang rapat dengan dirinya, iaitu Kak Tina. Mereka berjumpa dan bekerjasama sewaktu pertama kali Edora bertugas sebagai pramugari Royal Malaysia Airlines beberapa tahun yang lalu. Kek Tina lah yang banyak membantunya ketika mula-mula dia menjadi pramugari di syarikat penerbangan tersebut. Edora juga berkerjasama dengan seorang pramugara kacak bernama Amer dan pramugari baru dinaikkan pangkat untuk berkhidmat di Airbus bernama Angela atau lebih mesra dipanggil Angel. Pramugari tersebut mempunyai rupa paras yang sangat menawan dan cantik jelita dek kerana dia merupakan anak kacukan Melayu-jerman.
Kini kesemua mereka memeriksa keadaan makanan malam para penumpang serta mengemas ruangan Galley itu. Amer dan Angel pula telah makan makanan mereka dahulu kemudian barulah giliran Edora dan Kak Tina pula selepas ini.
“ Macam mana Irene punya health condition? Getting better?” Buka suara Kak Tina sambil tangan cekap memeriksa stok makanan.
“ Alhamdulillah, she getting better tapi biasalah Kak Tina kadang-kadang okay kadang-kadang tak. Dora nak tinggal dia untuk flight pun jadi tak sedap hati. Dah lah sorang-sorang kat rumah tu.” Balas Edora.
“ Dora tak nak try bawak hospital swasta ke? You bawa pergi government, it doesn’t shows any improvement kan? Bab duit, Akak insyaallah boleh tolong.” Kata KAK Tina dengan nada risau.
“ Kalau ikutkan hati memang Dora nak bawa dia buat treatment dekat swasta tapi dia yang tak nak. Dia kebelakangan ini macam dah putus asa. Dora yang tengok dia rasa nak je gantikan penderitaan dia.” Balas Edora.
“ Allah. Mana boleh lagu ni. Setiap penyakit ada penawarnya. Jangan putus asa. Insyaallah. Irene akan pulih balik.” Pujuk Kak Tina.
“ Insyaallah Kak. Nanti Dora sampaikan dekat Irene.” Balas Edora mengakhiri perbualan mereka seketika.
“ Dora, sebelum Akak lupa, akak baru teringat, best friend Akak tengah cari calon menantu for his son. You want try to give a try?” Soal KAK Tina sambil tangannya ligat menutup kembali tempat penyimpanan makanan. Edora mulai gelisah. “ Aduhai!! Ni lah masalah betul. Macam mana nak tolak cara baik ni?” Bisik hati Edora.
“ Siapa pula yang Kak Tina jumpa ni?” Kata Edora berbasa basi.
“ Anak best friend Akak. Dulu kami pernah fly sama-sama and kitorang sama sama-sama batch waktu belajar kat Royal Malaysia Airlines Academy and now guess what sekarang dia buat apa?” Cerita Kak Tina beria-ria seperti bercerita tentang kisah dongeng sahaja.
“ Of course lah dah kawin, house wife and leading stewardess macam Akak juga.” Balas Edora sambil meneguk botol mineral.
“ No lah Dear!!! Dia sekarang CEO for Royal Malaysia Airlines!! Dia gantikan position Daddy dia as CEO for our company.” Cerita Kak Tina teruja. “ Dah lama dah tau!! Can you imagine from stewardess to CEO company.” Sambung Kak Tina.
Edora sekadar diam mendengar cerita dari Kak Tina beria-ria bercerita.
“ So you want to try jadi menantu CEO of our company?” Kata Kak Tina sambil mengangkat keningnya.
“ Kak I tak minat golongan kaya.” Kata Edora tak bernada. Tina menghela nafasnya melihat reaksi dingin beku Edora yang seolah-olah tiada perasaan itu.
“ Come on Girl. Past is past. Dah lama pun benda tu berlaku. Takkan sebabnya One guy you don’t want to try new relationship lagi. Fall in love again. Married. Have your own family.” Kata KAK Tina.
Namum pandangan dingin Edora menyatakan segala-galanya. Hati Edora sememangnya tertutup rapat seperti pintu besi penjara yang sukar ditembusi oleh mana-mana manusia pun.
Please give a lot of love and support to my writing
Share this novel