" Aku minta maaf, Abu"- Saiful.

Drama Series 10372

6 bulan selepas tragedi di Lubnan

Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah.
Hilmi masih setia menemani sahabat nya yang masih membaca Surah Yassin buat sahabat seperjuangan hidup mati mereka di dalam medan tempur mahupun di luar medan tempur. Sahabat yang sudah dianggap seperti abang buat mereka. Kejadian melawan pemberontak syiah di Lubnan menumpaskan seorang perajurit negara yang berjiwa mulia iaitu Sarjan Udara Abu Zahin Bin Abu Bakar. Abu disahkannya meninggal dunia setelah kehilangan banyak arah akibat terkena tembakan pada bahagian dada dan perutnya.

Payung dipegang erat olehnya, hujan renyai membasahi tanah perkuburan. Di sinilah berkubur jasad milik Abu Zahin, buddy mereka yang sentiasa susah senang bersama.
Suara merdu dan hiba menemani suasana, Hilmi melihat wajah milik sahabat nya yang muram serta menahan kesakitan. Wajahnya mendung serta badannya yang sasa dan tegap kian surut menjadi kurus. Saiful menjadi seorang individu yang tidak dikenali nya selepas pulang ke tanah air. Saiful yang berada di sebelahnya menjadi individu yang berbeza.

Saiful berada dalam keadaan kritikal setelah tumbang dek terkena tembakan enam bulan yang lalu. Dia berada dalam keadaan koma selama 6 bulan dan alhamdulillah sudah beransur pulih. Selam tiga bulan dimasukkan ke hospital, rakan seperjuangan, rakan-rakan di TUDM, umi dan baba Saiful setia menemani Saiful, mereka akan membaca Surah Yassin untuk kesembuhan dan mendoakan Saiful untuk kembali pulih sepenuhnya. Balu kepada Abu iaitu Alia turut datang menziarahi jikalau dia mempunyai waktu lapang. Namun seseorang menghairankan Hilmi adalah Aishah. Kelibat atau batang hidung Aishah langsung tidak kelihatan sepanjang Saiful dimasukkan ke hospital. Apabila diselidiki keberadaan Aishah, gadis itu ada sahaja di Kem TUDM, menjalankan tugas seperti biasa. Hairan kerana gadis itu ceria langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih. Adakah Aishah tidak tahu tentang Saiful? Namun Nurin sahabat karib, Aishah menyatakan Aishah sudah tahu keadaan sebenar Saiful kerana satu kem membicarakan tentang Kapten Saifullah.

Setelah berbulan lamanya Saiful terlantar di katil hospital, hari ini Hilmi menemani Saiful menziarahi kubur milik Abu di mana jasadnya disemadikan. Saiful tidak berkesempatan melihat jasad Abu buat kali terakhir kerana dia masih dalam koma dan berjuang untuk hidup. Saiful mengalami kecederaan yang serius serta kehilangan banyak darah yang menyebabkan dia tidak sedarkan diri.

Saiful merenung kosong batu nisan milik Abu, air matanya tidak keluar dari matanya namun hatinya umpama disiat-siat menjadi cebisan-cebisan daging yang halus. Abu terkorban kerana kekhilafan diri sendiri, menyelamatkan diri nya. Tangannya memegang erat batu nisan milik Abu. Umpama baru semalam dia berkenalan dengan Abu Zahin sewaktu latihan khusus asas komando, dirasakan baru semalam mereka memulakan misi bersama-sama dan dirasa kan baru semalam mimpi ngerinya berlaku. Kini jasad Abu berada di dalam tanah ini.

“ Aku minta maaf, Buu. Aku gagal menjadi pemimpin yang baik, gagal melindungi kau. Kenapa kau berkorban untuk aku. Hajat dan impian kau menjadi bapa yang baik terkubur disebabkan aku. Maafkan aku, Abu.” Bisik hati Saiful sambil matanya merenung tanah yang menyimpan jasad sahabatnya.

“ Jom, kita balik, Full. Kita jumpa Alia. Dia mesti dah sampai tunggu kita.” Pujuk Hilmi sambil mengusap lembut bahu Saiful. Namun kata-kata Hilmi umpama angin yang berlalu. Saiful masih tenggelam dek perasaan hiba.

" Aku tahu Full tak mudah untuk hang, aku, Jeremy, Suresh, One, Alia untuk terima keadaan dan realiti yang Abu dah dijemput Ilahi. Tapi siapa kita nok melawan takdir Allah SWT. Hidup mati kita siapa yang tahu. Hang pun tau, kerja kita resiko lagu mana? Dari Awai kita decide masuk tentera kita dah tau resiko kita ambil lagu mana. Kita pun tau dalam tiap misi tidak menjanjikan kita balik dengan selamat, tak menjanjikan jasad kita disempurnakan dengan sebaiknya, tapi yang pasti niat kita Fii Sabilillah. Sekarang aku tau Abu dah ada di tempat yang lebih baik, di sisi Allah SWT. Insyaallah kita akan disatukan kembali di alam lain nanti Full. Sekarang kita yang masih hidup, kita kena laksanakan tanggungjawab yang masih tersisa buat kita." Kata Hilmi meluahkan rasa hati.

Saiful mengangguk perlahan, menandakan dia setuju dengan pendapat Hilmi. Hujan kelihatan seperti tidak mahu berhenti. Matanya dipejamkan dan nafas ditarik.

" Jom kita jumpa Alia, she the one who are suffered the most among us. Abu pun mesti nak kita ada di sisi Alia dan Zinnirah." Kata Saiful.

Hilmi tersenyum pahit, Hilmi membantu sahabat nya untuk bangun dari duduk dan seterusnya membantu Saiful berjalan.

Saiful sekadar diam membisu dan matanya masih melekat pada batu nisan milik Abu. Hujan renyai yang mencurah ke bumi, tidak diendahkan oleh Saiful. Matanya dipejam rapat, mencuba mencari kembali kekuatan.
“ Aku minta maaf Abu.” Bisik hati Saiful.

Assalamualaikum!! Bismillah! I'm so sorry cause I can't consistent with writing this novel

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience