"Siapa, Bapak? Orangnya. Nama dia."- Edora

Drama Series 10372

Edora mengunyah kerepek pisang Yang dibuat oleh ibunya petang tadi. Dia dan adik-adik serta ibunya duduk menonton drama slot Samarinda bersama-sama. Kalau diikutkan hatinya, Dia memang tidak minat drama Melayu Yang sering memaparkan plot jalan cerita Yang hampir sama. Dia Dan adik-adik nya lebih gemar menonton drama Korea, Jepun , China atau drama Hollywood berbanding drama Melayu. Edora Dan adik-adik nya pulang ke kampung halaman Di Muar, Johor. Edora mendapat cuti selama tiga hari manakala Mikayla pula tidak menyertai mana-mana petandingan badminton anjuran BWF dek kerana kecederaan pergelangan kakinya setelah berhempas pulas melawan pemain daripada Jepun untuk pertandingan badminton baru-baru ini. Edora membawa pulang kedua adiknya kepangkuan Ibubapanya Setelah lama mereka tidak berjumpa mereka kerana dia sibuk dengan penerbangan.

Mata Edora tertumpu pada pelakon wanita Yang sedang menangis sambil membentak suaminya Yang meminta untuk kahwin baru kerana permintaan Ibubapanya. Semuanya disebabakan kedua mertua wanita itu menginginkan zuriat. Wanita itu sedaya upaya dan cara untuk mendapat Kan zuriat. Namun Tuhan tidak memberikan rezeki buat mereka. Adiknya sedang mengomel sambil mengunyah kerepek pisang Yang penuh Di mulutnya dan kakinya dibiarkan Di atas batal kerana kakinga cedera apabila menonton drama Melayu Yang mengeramkan para penonton. Mikayla seperti sihat sahaja lagaknya, mulut adik bongsunya tidak boleh diam.

Ayah Edora, Pak Yusuf Yang baru memasuki perkarangan ruang tamu Kecil rumah mereka, tersenyum nipis melihat keluarga kecil mereka memenuhi rumahnya. Pak Yusuf baru pulang dari surau Setelah menunaikan solat isyak berjemaah. Biasanya dia dapat melihat kelibat anak-ana perempuan mereka ketika Aidilfitri ataupun memasuki bulan Puasa. Dia faham anak-anak mereka sibuk dengan kerjaya-kerjaya Yang dibina di bandar.

Mungkin juga salah dirinya Yang membesar kan mereka dengan layanan kasar Dan tegas pada waktu Kecil memyebabkan puteri-puterinya kurang akrab dengannya. Pak Yusuf melabuhkan duduk nya Di sebelah anak bongsunya Yang sedang berleter dengan mulut penuh kerepek pisang.

" Bapak baru balik?" Tegur Mikayla sambil membetulkan duduknya menjadi lebih sopan. Suaranya Yang berleter sebentar tadi tiba-tiba menjadi lemah lembut.

Pak Yusuf sekadar mengangguk.

" Kaki adik macam mana? Okay dah?" Soal Bapanya sambil melihat kaki anak gadis nya itu. Habis berbalut.

" Okay je. Nanti esok lusa Okay lah tuh. Injuries biasa je. Lagipun treatment BAM ni tip top." Balas Mikayla sambil menayangkan sengih.

" Kakngah? Macam mana sakit? Makin okay?" Soal Pak Yusuf kepada puteri keduanya Yang Sudah bertahun-tahun menerima rawatan di bandar. Anak keduanya seorang Yang sangat diam dan tidak bnyak bicara atau bercanda. Pak Yusuf jarang melihat senyuman anak keduanya itu. Irene tersenyum dan mengangguk
Menjawab pertanyaan ayahnya.

" Bapak jangan Risau dengan Kakngah. Kat bandar service rawatan dia advances. Insyaallah okay. Bapak tuh kena jaga kesihatan tuh. Makan Ubat darah tinggi on time. Makan tidur cukup." Bebel Irene.

" Hah lagi satu banyakkan dating dengan Mak. Nak pergi mana pergi, pergi jee. Along dengan Adik sponsor." Tambah Dora, Yang tadinya diam.

Ketawa seisi rumah Kecil itu mendengar kata-kata Edora. Mak, Mak Yam mencubit pinggang anak sulungnya itu. Apa lagi mengaduh sakitlah Edora dibuat nya.

" Daripada Mak sibuk dating dengan Bapak kau, guna duit Along baik tak payah. Simpan je duit, buat kahwin nanti." Balas Mk Yam. Edora Yang mengunyah kerepek Pisang separuh hancur, hampir tertelan tanpa sengaja, mujur tidak tersedak.

" Nak kahwin apa? Lambat lagi." Dalih Edora.

Mak Yam Dan Pak Yusuf sekadar bertukar pandangan. Pak Yusuf kesian melihat anak sulungnya Yang banyak membantu Dan berkorban demi adik-adik nya Dan juga dirinya. Ya lah, Edora berkerja Di usia Muda untuk membantu kos perubatan adiknya, membantu menyokong impian Mikayla untuk mengejar cita-cita menjadi pemain badminton professional negara.

Tambahan Pula, membantu kos perubatan dirinya Yang Sudah tidak sihat. Puteri sulungnya banyak berkorban demi keluarga. Dia juga ingin melihat Edora dijaga Dan dilindungi oleh seseorang Yang benar-benar mencintai anak gadis nya itu.

" Kakak. Bapak nak cakap sikit dengan kakak. Bapak tak Mau berbasi-basi. Jadi bapak cakap jujur dengan kakak." Luah Pak Yusuf. Ketiga-tiga anak gadis Pak Yusuf melihat bapa mereka dengan pandangan hairan.

" Apa dia, Bapak. Bapak okay ke?" Soal Edora risau.

" Sebenarnya minggu Lepas Ada seorang lelaki datang jumpa Bapak, tanyakan tentang Kakak. Dia Minta izin Bapak untuk menjaga kakak, melindungi kakak, membimbing kakak, menyayangi kakak Dan keluarga Kita. Dia nak memperisterikan kakak sebagai isteri dia." Ujar Bapak.

Mikayla Dan Irene bertukar pandangan. Manakala Edora terlopong mendengar kata-kata ayahnya. Mangkuk ayun Yang mana tiba-tiba datang jumpa Bapak, Minta izin kahwin bagai. Lelaki Tu putus fius kah?

" Tapi Bapak tak bagi apa-apa kata putus lagi. Sebab semua keputusan dekat tangan kakak. Tapi Bapak tengok orangnya baik. Bila Bapak tengok dia, hati Bapak rasa tenang. Tak apa semua terserah pada kakak." Sambung Bapanya.

" Kakak Yang garang macam ni Ada orang nak? He so brave." Perli adiknya Mikayla.

Edora memberi jelingan maut kepada adik bongsunya itu.

" Excuse me, kakak one of the famous cabin crew okay. Kau sebelum sihat kaki kau Tu. Ajaa akak spin Kan kaki sebelah lagi. Nak merasa ke?" Marah Edora sambil mencampakkan bantal busuknya ketika dia masih Kecil ke arah adiknya. Mikayla sempat mengelak balingan bantal tersebut daripada mengenai mukanya. Namun malangnya bantal busuk itu mendarat di atas pehanya. Geram Pula Mikayla dengan kakaknya itu.

" Kakak. Kami ni tak Mau paksa. Terpulang pada kakak. Lagipun adik-adik Kamu dah besar, pandai jaga diri dah pun. Kamu. Sekarang, fikir untuk diri sendiri." Kata Pak Yusuf.

" Siapa, Bapak? Orangnya. Nama dia." Soal Edora.

" Ahmad Saifullah." Pendek jawapan Bapanya.

Jantung Edora berdetak laju apabila mendengar nama Mejar Saiful disebut oleh Bapanya. Bila masakah Saiful tahu menahu mengenai kewujudan ibubapa nya Di bumi Muar ini. Semenjak bila lelaki itu datang menemui Ibubapanya.

" Abang TUDM Tu datang melamar kakak?" Soal Mikayla seakan tidak percaya.

Kakaknya sendiri pernah mengatakan dia Dan Saiful takkan mungkin bersama lebih sebagai seorang adik Abang. Bila masa Abang Saiful suka dengan kakaknya.

" Adik kenal dia?" Soal Mak Yam.

" Kenal gitu-gitu je Mak. Pernah terserempak dengan dia sekali." Bohong Mikayla sambil sengih-sengih umpama kerang busuk.

Mikayla bertukar pandangan dengan Irene Di sebelahnya. Irene sekadar mengangkat bahu.

" Kakak. Walaupun dia kerja askar TUDM je. Gaji tak Mahal macam kamu atau mana-mana juruterbang Yang kamu kenal. Yang penting bagi menilai seseorang adalah akhlak Dan peribadinya. Mak tengok dia baik budi Bahasa. Mak tengok wajah dia pun jadi tenang." Tambah Mak Yam.
Edora hanya diam membisu Tampa reaksi. Dia sungguh terkejut. Saiful bukan askar biasa Mak. Dia bukan askar biasa. Gumam Edora dalam hatinya.

" Mak, Bapak. Kakak mencari pasangan hidup, akak pun tak kisah Soal gaji dia tinggi atau rendah dari kakak. Kakak bukan kaki cukur. Mak, Bapak. Bagi kakak masa. Kakak fikir dulu." Pendek jawapan Edora. Apa Yang harus dia lakukan? Apa tindakan Yang wajar dia lakukan? Adakah dia sudah bersedia?

????????????❤️

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience