Flashback
KLIA 2
Mata-mata para pengunjung KLIA2 terpaku melihat aura pramugari Royal Malaysia Airlines yang sedang berjalan sambil menarik beg itu.
“ Amboi kau senyum sampai ke telinga nampak. Happy semacam. Dari dalam kapal lagi aku tengok kau terlebih mesra dengan passengers nasib baik tak ada yang complain sebab dapat layanan stewardess terlebih mesra alam.” Perli Iris, sahabatnya semenjak hari pertama menjejakkan kaki di Royal Malaysia Airlines Academy untuk mengikuti kursus menjadi pramugari.
“ Kak Daphne pun tak jadi nak taruk kau sebab kau punya layanan tip- top. Ada apa-apa ke?” Sambung Iris sambil menyenggol lengan milik Edora.
“ Of course lah aku happy hari ni, anniversary ke 10 tahun aku dengan Ashraf and he also officially terbang with Malaysia Airlines as pilot. Aku sebagai girlfriend dia of course lah tumpang happy and bangga dengan dia!” Kata Edora teruja.
“ Seriously, 10 years relationship korang? Hebat weii. Macam mana korang kenal eh? Hah bagi tips for long lasting relationship kat aku ni. Bak kata orang jangan kedekut ilmu.” Kata Iris.
“ Kitorang kenal dari zaman sekolah menengah dulu waktu Form 1 and alhamdulillah sampai sekarang. Kiranya dia lah first love aku, first crush aku, dia lah kawan senang susah aku dulu. Aish macam-macam lah kitorang lalui bersama. Kalau nak tips aku rasa we must put a full trust to each other and give all your heart to our partner. Barulah dia dapat rasa apa yang kita rasa. Which is L.O.V.E.” Cerita Edora dengan penuh semangat.
“ Amboi semangat kau ni. Patutlah ramai senior Stewart and pilot nak try Kau. Kau tolak mentah-mentah. Rupanya dah ada buah hati. Kau plan apa nak celebrate 10 anniversary.” Kata Iris.
“ Aku plan nak booking café and we will having a dinner together malam ni. And …..yang lain rahsia!!! Later aku cerita okay?” Kata Edora.
“ Berahsia sangat lah kau ni. Akan lah dengan best friend sendiri pun nak rahsia.” Rajuk Iris sambil memuncungkan bibirnya seperti Donald Duck.
“ Dah-dah asyik cerita pasal aku je. Kau punya Cik Abang apa cerita? Kau mesti nak keluar date juga kan.” Soal Edora yang Mengetahui sahabatnya itu sudah mempunyai teman lelaki, seorang juruterbang di sebuah syarikat penerbangan milik Malaysia Airlines.
“ Nope lah dia kata dia busy, boyfriend aku pun sama nasib macam boyfriend kau, officially terbang dengan Malaysia Airlines, lagipun dia ada 8 sektor untuk hari ni. Maybe malam kot sampai tapi malam pula dia ada dinner dengan Mommy dia.” Rajuk Iris sambil tersenyum pahit.
“ Oh, kau pun faham kan kerja macam kita dalam aviation macam mana, hold on, it means our boyfriend ni entah-entah boyfriend kau dan aku sama batch kot. Boleh lah kita merasa naik pelamin together ya kan?” Kata Edora bersemangat.
Mengekek kedua-dua sahabat ini ketawa.
****
Subang Jaya, Selangor
Edora sedang menyiapkan dirinya sebelum keluar memberikan kejutan buat kekasih hatinya, Ashraf. Edora telah siap memakai dress bercorak floral berwarna merah yang agak ketat mengikut badannya dipadan dengan tudung shawl berwarna merah agak singkat tudungnya dek kerana beleten yang berlapis di lehernya. Kini dia sedang menghiasi wajahnya dengan make up yang dimulai dengan base diikuti meletakkan foundation mengikut tone warna kulit nya yang tidak lah cerah dan tidak lah gelap sehingga ke calitan gincu merah yang menyerlahkan aura nya. Edora sememangnya mempunyai raut wajah yang ayu, manis dan cantik menyebabkan dia antara individu yang diminati dan popular di kalangan kru-kru penerbangan semenjak hari pertama dia menjejakkan kaki ke Royal Malaysia Airlines Academy.
Edora mengimbau kembali kenangan lama sewaktu dia berkenalan dengan seorang lelaki bernama Muhammad Ashraf sewaktu di awal remajanya. Lelaki tersebut adalah insan pertama yang mampu membuat dirinya jatuh cinta pandang pertama. Ashraf antara lelaki yang sentiasa mendengar keluh kesah dirinya mengharungi ujian dalam kehidupan seharian. Ashraf adalah teman setia yang menjadi sandaran bahu mahupun menemani kesukaran yang dialami olehnya. Hari ini genap 10 tahun usia hubungan mereka dan dia berharap jejaka itu mengambil lebih serius hubungan mereka ini sehingga menjadikan hubungan mereka, hubungan yang halal.
Sedang asyik bermonolog sendiri di dalam hati, nada dering telefon bimbitnya berbunyi dan menandakan panggilan masuk. Edora segera melihat siapakah gerangan yang menelefon dirinya. Terpapar di skrin telefon bimbitnya “ Sayang.” Siapa lagi kalau bukan Ashraf. Dengan senyuman tak lekang dari bibir, dia mengangkat panggilan tersebut.
“ Hai, Ash, you dah sampai depan apartments I ke?” Soal Edora teruja.
“ Wooo…. Wooo.. no.. not yet. Erm Bie. First at all, I want to say I’m so sorry. I tak boleh keluar dinner dengan you malam ni. I kena fly pergi KK. Ganti other pilot yang take emergency leave. I’m so sorry. Lusa malam, I ganti dinner tonight, okay. You nak makan dekat hotel mana. I bawa okay?” Luah Ashraf di hujung talian.
Senyuman Edora kian menghilang. Sakit hati dan sedih bercampur baur di hatinya. Di hujung talian,suara Ashraf memanggil manja dirinya.
“ Come on, Bie. You kan tahu how pilot schedule works kan? Plus you pun kerja as part airlines crew. You should understandable. Tak mau lah merajuk macam zaman kita budak-budak lagi.” Kata Ashraf.
Belum reda kesedihan di hati Edora lagi satu tamparan hebat diucapkan oleh kekasihnya itu. Terguris hati mendengar kata-kata oleh Ashraf. Air mata nya bergenang menunggu jatuh.
“ Okaylah Ash. I faham. See you later.” Ringkas kata-kata Edora.
“ Okay. See ya. Good night.” Kata Ashraf lalu memutuskan taliannya.
Edora terduduk di hujung katil sambil merenung wajahnya yang siap berhias buat Ashraf. Ternyata ianya sia-sia. Dia segera membuka kembali shawl yang membelit lehernya. Perut nya pula sudah berbunyi kerana lapar. Apakan daya, nampak gayanya dia hanya boleh memasak dari rumah sahaja.
Belum sempat dia melangkah kaki ke arah keluar dari biliknya. Sekali lagi panggilan masuk. Kaki nya menapak laju untuk menjawab panggilan tersebut. Di dalam hati Edora,dia mengharapkan Ashraf menelefon dirinya kembali untuk meminta maaf atas kelakuan nya yang agak dingin dengannya. Namun sangkaan jauh meleset apabila skrin telefon bimbitnya memaparkan nama “ Ibu”. Edora segera mengangkat telefon bimbitnya.
“ Hello, ibu. Ada apa?” Soal Edora sejurus mendengar suara ibunya.
Wajah Edora kian bertukar reaksi. Dia segera menutup mulutnya apabila mendengar berita buruk dari kampung. Edora terduduk tersungkur di lantai bilik nya. Fikiran menjadi kosong. Apa yang harus ianya lakukan? Air matanya galak mengalir menuruni pipi gebunya. Dia segera menelefon Ashraf buat pertama kalinya, namun panggilannya tidak berjawab. Edora terlupa bahawa Ashraf berada di dalam kapal terbang pada ketika ini. Dia beralih menelefon Iris, teman baiknya namun panggilan tidak terjawab. Apakah Iris sudah tertidur pada jam ketika ini.
Edora buntu dia harus pulang ke kampung segera. Dia tiada pilihan lain. Nama Kak Tina dicarinya lalu dia segera menelefon.
“ Hello, Kak Tina. I need your help.” Laju bicara Edora.
*****
“ Thanks Kak Tina for everything.” Kata Edora sambil sibuk melihat tiket penerbangan pulang ke Melaka pada waktu malam. Kak Tina membantu dirinya mendapatkan tiket penerbangan ke Melaka menaiki pesawat AirAsia. Kak Tina juga membantu mengambilnya di apartment nya dan menghantar nya ke KLIA2 pada waktu kecemasan seperti ini. Edora bergegas pulang dari KL menuju ke Melaka dan seterusnya akan meneruskan perjalanan menuju ke Hospital Sultanah Fatimah,Muar, Johor untuk menemui adiknya yang dikatakan secara tiba-tiba lumpuh kedua-dua kaki dan tidak boleh berjalan sehingga kini. Doktor masih belum memberi kata putus apakah yang terjadi kepada adiknya. Alangkah cemas dan tidak keruan dirinya memikirkan adik nya itu.
“ No problem, Dora lagipun akak pun kejap lagi ada flight pergi Melbourne tengah malam nanti. Alang-alang tu dah sejalan akak hantar awak sekali. Pukul 10 kan flight Dora? Before tu jom makan, awak tak sempat makan lagi kan?” Balas Kak Tina seorang pramugari senior yang baik dan peramah.
“ Tak apa lah Kak, Dora tak ada selera makan.” Ucap Edora sambil matanya berkaca-kaca menunduk melihat lantai.
“ Dora, jom lah makan ye? Kalau you tak nak makan Dora teman Akak makan boleh?” Tanya Kak Tina lalu menggenggam erat tangan milik Edora agar gadis tersebut mengikut gerak llangkahnya.
Kaki mereka melangkah menuju di sebuah kafe berdekatan di KLIA2.
“ Dora dok sini kejap. Akak pergi order kat kaunter ya.” Ujar Kak Tina. Edora dibiarkan duduk di meja makan itu bersendirian. Fikiran nya kini menjadi tenang namun fikiran nya juga masih melayan terbang memikirkan keadaan adiknya yang berada di hospital kini. Sedang asyik bermonolog sendirian matanya memandang dan memerhati pengunjung di kafe yang dia duduki ini. Mata melilau melihat kerenah pengunjung yang rancak bersembang, bermain telefon bimbit dan ada juga menyiapkan kerja ditemani laptop. Matanya tertumpu kepada seorang lelaki beruniform juruterbang milik Malaysia Airlines di belah kirinya. Susuk tubuh lelaki tersebut seperti dia kenali. Juruterbang itu sedang bermesra dengan seorang wanita sambil memegang kedua belah tangannya dikucup dengan penuh manis. Edora terus memerhati gelagat dua orang pasangan kekasih yang melakukan kelakuan kurang sopan di khalayak ramai. Namun ini adalah negeri orang-orang urban, mana mereka kisah sekiranya pasangan kekasih berpelukan, berciuman atau pun melakukan aksi mesra di hadapan orang ramai. Itulah salah satu kejutan Edora ketika di berhijrah ke Kuala Lumpur.
Mata Edora membulat apabila gadis yang melakukan aksi mesra bersama juruterbang di hadapannya adalah Iris, sahabat karibnya. Iris tidak seperti Iris yang dia kenali pada ketika ini, dengan baju menampakkan dadanya dan skirt yang menampakkan pehanya. Berbeza dengan Iris yang dia kenali yang sopan bertudung ketika bertugas bersama-sama sebagai kru ataupun ketika mereka masih lagi menjadi pelatih di Royal Malaysia Airlines Academy. Malah perilaku gadis tersebut bermesra melampaui batas pergaulan sebagai gadis melayu beragama Islam. Jejaka tersebut juga mengelus lembut tangan milik Iris dicium nya. Adakah dia tidak sedar bahawa dia sedang memakai uniform syarikat yang boleh mencemarkan imej syarikat. Namun semakin diperhatikan, semakin dia kenali lelaki tersebut.
Juruterbang itu memalingkan mukanya sebentar lalu bangkit dari kerusinya dan mengatur langkah ke kaunter. Pada ketika itu, hati Edora bagai diremuk-remuk apabila melihat wajah juruterbang tersebut Hatinya menjadi perih seperti dihiris halus. Dadanya menjadi sakit dan berombak kencang. Lelaki yang bermesra dengan Iris adalah Ashraf. Ashraf dan Iris bermesra di hadapan matanya. Matanya sedaya upaya menahan air mata daripada keluar menitis ke pipinya.
Tangannya menggigil mendail nombor telefon milik Ashraf dan di hadapan kaunter dia dapat melihat Ashraf mengangkat telefon bimbitnya.
“ Hello, Bie! Sorry you called tadi I tak dapat angkat sebab tengah briefing dengan Kapten.” Kata Ashraf memberi alasan.
Edora memerhati jejaka di hadapan kaunter itu dengan titisan air mata kian mengalir di pipi.
“ Oh.. now you kat mana?” Ujar Edora dengan nada perlahan.
“ Oh I ada dalam kokpit tunggu passenger masuk nak fly ke KK.” Tipu Ashraf laju tanpa menyedari dirinya sudah dijadikan bahan pemerhatian Edora.
“ You sounded happy cause having a midnight flight tho.” Perli Edora sambil tangannya menggenggam erat.
“ Apa yang you merepek ni my dear, of course lah I happy, i buat kerja I love since I was kids. Flying the airplane you know that.” Kata Aqil sambil mengambil coffee yang telah siap dibancuh oleh barista. Kakinya perlahan melangkah kembali ke mejanya.
“ I know you love flying so much. Ash. Thanks for being part of my life journey for almost 10 years. Thanks for always being there for me almost 10 years. Thanks for the pain you had given to me. Happy Anniversary 10th Anniversary, Ash. And I think we are done today. It over between us tonight.” Tutur Edora dalam menahan esakan kuat kedengaran.
Terkejut wajah Ashraf mendengar kata-kata daripada teman wanitanya itu. Belum sempat dia menanyakan kembali apa yang dia merepek kini. Kaki dia menjadi kejung, tidak mampu melangkah lagi. Matanya membulat melihat susuk tubuh Edora duduk di meja sambil memerhatikan dirinya. Bagaimana Edora boleh berada di sini?
“ Let's end your game here, Ash. We broke up now.” Tutur Edora sambil merenung wajah Ashraf bagai mahu menelan sang jejaka tersebut. Tangannya segera mematikan perbualan dan kaki melangkah keluar daripada kafe tersebut. Ashraf masih terkejut dan terkedu.
Please give a lot of support to my story. Your support truly meant a lot for me. Insyallah I will try update lagi. Enjoy your readings and have a good day. Selamat menjalani 10 malam terakhir di Bulan Ramadhan
Share this novel