"Ya Rabbi, kurusnya budak ni. Tak makan ke" - Umar Al-Furqan

Drama Series 10372

Tubuh tegapnya disandar pada dinding bangunan hospital. Angin sejuk malam yang bertiup, menenangkan jiwanya pada ketika ini.

Penatnya bukan kepalang lagi. Topinya dibetulkan bagi menghalang rambutnya berterbangan ditiup angin.

Matanya ditutup rapat. Dibiarkan sahaja angin menemaninya pada saat ini.

Ketenangan setelah Hari Yang Penuh mencemaskan dilaluinya pada Hari ini.

Matanya dibuka perlahan, sinaran lampu-lampu di luar bangunan hospital menjadi pemandangannya kini. Sudah lewat malam, Umar memandang sekilas jam tanggannya Yang kini menunjukkan jam 11.30 malam.

Telinganya menangkap bunyi esakan perlahan Milik suara seorang wanita. Aikk!! Sudah Ada peneman pulak.

Waktu-waktu macam ni lah benda ni nak muncul. Ayat kerusi Dibaca oleh lelaki tegap berbaju hitam itu.

Namun esakan itu masih tidak hilang dari pendengarannya. Umar mula mengeluh. Badannya sudah lah penat. Mental ya juga kini sedang penat, itu agaknya makhluk halus menganggunya pada ketika ini.

Umar bingkas bangun, mahu segera beredar dari situ. Kalau dibiar duduk Di situ lama-lama, risau Cik Pon atau kaum seumpamanya dengannya mula memunculkan diri Pula. Sudah jadi satu masalah.

Rosak rancangannya untuk healing. Kakinya mulai mengorak langkah, mahu segera beredar. Langkahnya terhenti apabila matanya melihat seorang gadis berada Di kerusi roda duduk berseorang sambil menempiaskan tangisan Di hujung kawasan bangunan.

Niatnya untuk beredar, ditunda seketika. Matanya memerhati gadis Yang lengkap berpakaian hospital itu. Nampaknya bukan dirinya sahaja Yang sedang healing, masih Ada insan lain juga Yang sedang menempiaskan kelelahannya Di atas bumbung hospital itu.

Kakinya segera melangkah meninggalkan gadis itu. Satu per satu anak tangga dituruni nya. Malas mahu Naik lif. Lama mahu menunggu.

Namun bayang susuk tubuh gadis itu berlayar Di fikiran nya. Esakan perlahan gadis itu umpama menahan Rasa sakit Yang mendalam. Umar menghentikan langkahnya. " Dah kenapa dengan aku?" Jantungnya berdegup kencang. Tangannya memegang dada belah kirinya.

Bayang susuk tubuh gadis tadi masih Di kaca Fikiran nya. Entah apa Yang merasukinya, kakinya kembali menapak kembali ke atas bumbung hospital itu.

Setibanya Di bumbung hospital, matanya tertangkap susuk tubuh gadis itu, betul- betul berdiri Di hujung bangunan. Membulat matanya, jantungnya Kian mengepam laju darah ke seluruh badannya.

Umar segera memecut ke arah gadis itu. Lambat sesaat dirinya bakal melihat seorang gadis kehilangan nyawanya. Tanpa sempat untuk berfikir Umar segera menarik tubuh kerus gadis itu. Tubuh gadis itu dirangkul dari belakang.

Terbaring kedua-dua tubuh itu Di lantai. Belum sempat bangun, gadis itu telah bangun Dan menolak tubuh tegapnya itu. Gadis itu seperti sudah hilang kewarasan akal pada ketika ini.

Umar segera menggapai lengan gadis itu. " Ya Rabbi, kurusnya budak ni. Tak makan ke" Bisik hati Umar sejurus mengenggam kemas lengan gadis itu. Disebabkan tindakan refleks Umar mengenggam lengan Irene, menyebabkan Irene terduduk kembali dan tanpa sengaja selendeng nya terbang daripada membaluti kepalanya.

Namun Irene tidak mengendehkan lagi apa Yang terjadi kepada dirinya. Kepalanya penat, badannya penat, mentalnya penat. Kewarasan akal Fikiran nya telah hilang.

" Damn, she looks so beautiful." Getus hati Kecil Umar apabila melihat selendeng gadis Yang membaluti kepalanya Terbang kerana ditiup angin kencang.

" Lepas la... Biakan aku...." Kata gadis itu dengan tangisan. Irene berusaha melepaskan diri daripada lelaki Yang entah muncul dari mana itu. Manusia gila mana Yang Cuba masuk campur urusan peribadi nya pada ketika ini.

Umar kembali sedar apabila melihat gadis itu tidak keruan. Bergelut gadis itu cuba melepaskan diri daripada genggaman eratnya. Namun khudrat gadis itu mana boleh menandingi khudrat Umar sebagai seorang lelaki.

Dengan tangisan, darah mulai mengalir dari tangan gadis itu kerana gadis itu bergelut dengan dirinya. Tangan gadis itu masih ditampal dengan jarum IV drip. Darah Yang mulai mengalir disebabkan oleh gadis itu berlawan dengannya dan akhirnya darah mulai mengalir. " Sah!! Budak ni patient hospital ini." Getus hati Umar.

" Dikk. Tenang. Dik. Istighfar." Pujuk Umar sambil masih mengenggam erat kedua-dua lengan Kurus gadis itu.

" Kau.. tak...faham ....Lepas...Lepas ... Aku nak mati..." Jerit Irene dengan tangisan.

" It's okay, awak nak Jerit, Jerit...nak menangis..menangis... Tenang... Tenang... Saya Ada...Allah Ada... Tenang..Awak Ada Allah...awak Ada Saya sekarang... Semua akan berakhir.." Kata Umar sambil matanya Cuba mencari anak Mata Milik gadis itu Dan tangannya masih mengenggam erat kedua-dua lengan gadis itu. Dia perlu menyedarkan kembali kesedaran gadis itu. Kembali ke realiti.

" Awak Ada Saya. Menangis sekuat -kuatnya. Awak manusia, Kita boleh menangis bila Kita rasa penat... Lepaskan semuanya... Saya Ada..." Kata Umar Cuba memujuk gadis itu.

Tangisan gadis itu terus pecah menjadi lebih kuat. Irene kini tidak melawan, hanya tangisan makin pecah. Entah mengapa hatinya menjadi lega mendengar kata-kata lelaki itu.

"Terima kasih sebab awak masih bertahan sampai sekarang. Awak bertahan sampai sekarang, Walau tak ada orang berterima kasih pada awak, Saya nak berterima kasih pada awak sebab masih bertahan sampai pada saat ini. Terima kasih sebab awak masih hidup dan bernafas Di depan Saya." Pujuk Umar lalu tangannya menggapai sapu tangannya Di saku koceknya lalu mengelap air Mata gadis itu. Tangannya melihat tangan gadis itu Yang masih mengalir darah. " Tak rasa sakit ke, budak ni?" Soal Umar Di dalam hati.

Irene terdiam mendengar kata-kata Yang dilontarkan oleh lelaki itu. Matanya berkaca dengan air Mata dialihkan ke arah wajah lelaki itu. Lelaki itu merenung dirinya dengan Penuh belas kasihan.

Lelaki berpakaian serba hitam Dan bertopi hitam. Seketika Mata mereka tertaut. Hembusan angin menjadi peneman mereka pada ketika ini. Penglihatan Irene menjadi tiba-tiba kabur. Wajah lelaki itu Kian menghilang dari pandangan matanya. Irene merasakan badannya kian melemah. Dadanya menjadi sesak Dan sukar untuk bernafas. Hanya Tuhan Yang tahu berapa sukarnya Irene untuk bernafas pada ketika itu. Peluh membasahi dahinya.

" Awak, kenapa ni?" Soal Umar, apabila melihat gadis itu mengalami sesak nafas. Tak keruan dirinya melihat gadis itu. Dia tidak pernah melihat orang mengalami sesak nafas seperti itu.

Pada akhirnya, jasad Irene terkulai layu. Umar menyambut tubuh Kurus gadis itu.

Perkataan terakhir Yang didengar oleh Irene kedengaran sayup-sayup. Tidak dapat dia pastikan apa Yang dikatakan oleh lelaki itu.

Still looking for ideas ????????

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience