Balqis Amanda

Drama Series 10372

Sapporo, Hokkaido, Japan.
Edora sedang menghirup hot chocolate yang dibeli olehnya di sebuah kafe berdekatan dengan Taman Shiroi Koibito. Jepun merupakan salah satu negara yang menarik minat pelancong asing untuk mengembara ke sana dan salah satu lokasi tumpuan jika bercuti ke Jepun adalah Sapphoro. Memang banyak tempat menarik di Sapporo, Hokkaido yang boleh dilawati.Edora dan kru-kru penerbangan yang lain meluangkan masa menjelajah bumi Sapporo, Hokkaido, Japan. Edora berasa lega kerana keseluruhan kru dalam penerbangan kali ini sangat peramah, ceria, merendah diri termasuklah ketua juruterbang dan pembantu juruterbang. Mereka umpama satu keluarga gayanya. Mereka menghabiskan masa melawat lokasi-lokasi percutian yang menarik seperti Taman Odori, JR Towers, Menara TV Sapporo,Arked Membeli Belah Tanukikoji Sapporo, Muzium Seni Hakodate Hokkaido . Penerbangan ke negara Jepun kali ini merupakan penerbangan kali pertama setelah dirinya mengambil cuti tanpa gaji setelah kejadian pengganas di KLIA. Alhamdulillah, di negara Sakura ini dia dapat berasa sedikit healing kerana negara matahari terbit ini sangat indah.
Edora dan para kru berada di Taman Shiroi Koibito. Taman Shiroi Koibito adalah sebuah taman tema yang dibina oleh Ishiya iaitu sebuah syarikat coklat tempatan di Jepun dan merupakan salah satu tumpuan tempat menarik di Hokkaido. Shiroi Koibitoo Cookies adalah keluaran utama bagi syarikat ini yang terdiri daripada dua biskut mentega nipis dan satu lapisan coklat putih di antara biskut tersebut. Taman ini terdiri daripada kedai, kafe dan restoran serta kawasan yang berbayar yang mempamerkan pelbagai coklat. Apa yang menarik disini adalah terdapat beberapa tingkap-tingkap besar yang membolehkan para pelancong untuk melihat proses pengeluaran biskut kilang ini. Kilang ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga 6 petang dengan kadar bayaran masuk adalah sebanyak ¥600 (RM24).

Edora duduk berseorangan di sebuah bangku yang disediakan oleh taman tersebut. Matanya dipejam rapat, menghirup udara segar dan meredakan hati nya. Fikiran nya cuba memadamkan memori lama dan pahit. Permulaan cerita baru dalam kehidupan nya harus dibuka semula.

“ Tenang kan dekat sini. I selalu excited bila dapat layover dekat sini. I feel fresh, peaceful and more happier. Sesuai untuk melepaskan tekanan.” Tegur F.O Balqis.

Edora segera memalingkan muka melihat sang pemilik suara yang menegurnya. First Officer Balqis Amanda, seorang juruterbang wanita yang popular di kalangan kru-kru penerbangan Royal Malaysia Airlines kerana memiliki perwatakan yang ceria, peramah, bijak dan juga cantik jelita. Beauty with Brain bak kata Mei Xuan.

Penerbangan baru kali ini dia berpeluang bersama gadis tersebut dan benarlah buah mulut para kru mengenai F.O Balqis. Balqis selalu cuba mendekati dirinya dan menjadi rakan nya sepanjang mereka di bumi Jepun ini. Namun kadangkala dia tidak selesa apabila gadis itu terus menerus menghampiri dirinya. Mungkin Balqis merupakan seorang extrovert maka Balqis gemar berkawan berbeza dengan dirinya yang lebih introvert.

“ I sebenarnya lama dah nak kenal dengan you tau, Dora. You are our pride of Malaysia Royal Airlines. Nama you memang famous around crew especially pilot. Betul lah diorang kata you memang cantik and manis orangnya. Patutlah ramai minat. Termasuk I.” Kata Balqis.
Terbeliak biji mata Edora apabila mendengar cerita dari Balqis mengenai dirinya.

“ Allahu, I ni biasa-biasa je Qis. I’m still human just like other people. Tak perlulah sampai memuji sampai macam tu. Lagipun Cik Balqis pun apa kurangnya, bukan ke ramai yang beratur dapatkan nombor you.” Balas Edora merendahkan diri nya.

“ Ala, kita ni lain. I ramai minat sebab I ni friendly and lovely around people. You pula, bila you lalu je orang dah tertarik. Your aura and mine totally different.” Keluh Balqis sambil matanya merenung bangunan yang teguh di hadapannya.

“ I pelik you so kind and friendly je dengan I, but why my friend said you not approachable person’s and also very cold. Memandai je dia tu. Nanti kalau jumpa dia, sumbat muka dia dalam bagasi I, memandai je buat cerita pasal orang lain.” Berleter Balqis.

Edora tersenyum tawar mendengar khabar angin tentang dirinya. Rupa-rupanya ada juga gossip yand diselubungi oleh dirinya di dalam kalangan kru-kru lain.

“ Siapa pula cakap I ni cold person? I ni okay lah nak kawan dengan semua orang tapi tu lah I ni bukan jenis tegur orang dulu, orang tegur I first barulah I mula berhuha-huha.” Balas Edora.

“ Well. I think you know him. Tengku Farid. Dia kata susah sangat nak tackle you. Asyik marah 24 hours. Muka mencerut macam kena cirit birit. He said you ni typical girl yang bosan.” Kata Balqis selamba badak.

Air Coklat panas yang dihirup nya turun laju membasahi tekaknya, untung sahaja tidak tersedak dan terhambur keluar dari mulutnya.
Harey punya Farid, selamba sahaja mengutuk dirinya di hadapan kru-kru lain.

“ Alahai, dia tu sengaja je buat cerita pasal I eh. I bukan macam tu lah. I Cuma malas nak layan lelaki. I serik dengan mereka. That’s all.” Bela Edora tanpa sedar.

" What do you mean you serik? Do you had any past memory about guy?" Tanya Balqis menunjukkan wajah penuh minat.

Edora menelan air liur bak pasir. Memori dan kenangan lama menyapa kembali jendela memori.

Maybe saya lambat published chapter baru sebab masalah kesihatan saya alami. Harap memahami. Once again, thank you so much for reading my novel. Enjoy your time

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience