Pertemuan

Drama Series 10372

Saifullah duduk di bangku yang disediakan di pusat beli belah sambil ekor matanya mengekori gerak geri individu yang bernama Yasin, yang memakai pakaian serba hitam dan sedang berbual dengan seseorang individu lain yang memakai pakaian kasual di sebuah kedai menjual kelengkapan motosikal berkuasa tinggi.

“ Target berada di arah Timur bersama dengan sang musang. Pada kedudukan jam 3.” Maklum Saifullah kepada rakan-rakan pasukannya lain.

“ Beast, dari arah Barat, ada rakan target sedang mundar mandir di perkarangan sebuah kedai pakaian wanita berkedudukan arah jam 9.” Lapor Gagak atau dikenali Aqil Naqib memaklumkan kepada Saifullah terdapat kehadiran salah satu anggota kumpulan puak pemberontak.

“ Thor, kau perhatikan sang musang dan jalan kan sesi soal jawab. Information dikumpulkan lepas balik.” Arah Saifullah lalu dengan selamba berjalan mengikut jejak langkah Yasin. Yasin yang tidak menyedari kehadiran dirinya diekori oleh seseorang terus berjalan menghampiri target mereka.
Saifullah membaca gerak tubuh jejaka tersebut dengan riak wajah selamba sambil tangannya memegang secawan kopi hangat. Dia melihat pada tangan Yasin sedang memegang sesuatu alat namun dia gagal untuk mengesan apakah alat tersebut. Alat penjejak kah atau bom?

“ Apa yang dia cuba lakukan?” Bentak hati Saiful.

Langkah nya terhenti apabila derap kaki milik Yasin tiba-tiba terhenti sambil memandang seorang gadis berskirt putih dan berbaju merah di beberapa meter dari jarak dirinya berdiri. Lama Yasin memerhati gadis tersebut sambil tangannya teragak-agak ingin melakukan sesuatu. Saifullah gagal membaca apa yang ingin dilakukan oleh Yasin. Dia lantas duduk di di sebuah bangku panjang yang disediakan oleh sebuah butik pakaian sambil ekor matanya mengekori gerak geri individu tersebut.
Yasin mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor sahabatnya.

“ Hello. Kau sure untuk letak kat alat tu dekat siapa- sahaja pengunjung dekat sini?” Soal Yasin.

“ Sure. Kan Tuan Guru suruh target mana- mana individu dekat pusat beli belah tu. Cepat, Yasin. Kita tak ada masa.” Marah si lelaki di hujung talian.

Yasin segera mengatur langkahnya ke arah gadis berskirt putih itu yang sedang asyik menelefon seseorang. Dia tekad. Nasib kau perempuan! Kau bernasib malang berjumpa aku di tengah jalan ini. Tubuh tegap nya merempuh gadis tersebut lalu tangan nya lincah melekatkan alat pengesan di beg silang gadis tersebut. Tubuhnya terus menerus melangkah tanpa memusingkan badannya. Yasin mendengar laungan gadis tersebut mengaduh serta menjerit memanggil nya.

Saifullah terkejut melihat tindakan Yasin an akhirnya persoalan nya terjawab apabila melihat alat pengesan tersebut berada di beg silang gadis tersebut. Matanya melihat gadis tersebut yang jatuh terduduk di lantai mozek pusat beli belah bertaraf lima bintang. Kelihatan gadis tersebut menahan sakit sambil memegang belakang serta punggungnya. Otaknya berfikir bagaimana mahu menolong gadis tersebut lalu mendapat kan alat pengesan dari beg gadis tersebut tanpa disedari oleh gadis tersebut.
Kakinya diatur laju menuju ke arah gadis tersebut.

“ Beast di sini. Target mencederakan orang awam. Dia menuju ke arah Selatan. Kedudukan jam 6. Aku tolong orang yang cedera. Lion, cover aku.” Arah Saifullah kepada Hilmi, menerusi alat komunikasi yang berada di telinga.
Kaki nya segera diatur ke arah gadis berbaju merah itu.

“ Cik okay ke?” Soal Saifullah.
“ Ya, saya okay. Sakit sikit je. Terima kasih." Balas lembut gadis itu. Namun dapat dilihat wajahnya berkerut menahan sakit. Tangan milik Saifullah mencapai telefon pintar milik gadis tersebut yang jatuh tak jauh dari mereka. Dia mengalihkan perhatian gadis tersebut dengan menghulurkan telefon bimbitnya. Tangan kirinya segera mencabut alat pengesan yang melekat pada beg silang milik gadis tersebut.

Mata mereka bertaut apabila gadis tersebut mengalihkan wajahnya, memandang tepat ke arah wajahnya. Tautan mata mereka terlerai apabila suara seorang gadis memecahkan sunyi antara mereka.

“ Oh my Gosh! Dora are you okay?” Jerit kecil seorang gadis berbangsa Cina yang gelabah menghampiri mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience