Atas Takdir-Nya

Drama Series 10372

Kem Jugra, banting, Selangor.

Saifullah sedang ligat menggilap kasut bot yang bakal digunakan pada hari esok untuk kembali bertugas kembali. Setelah kembalinya ke kem itu bermakna banyak urusan bakal diuruskan oleh dirinya dan pelbagai latihan bakal dijalani.
One pula sedang menonton drama melalui laptop miliknya manakala Aqil pula sedang enak diulit mimpi. Al maklumlah penat berada dalam penerbangan panjang masih tersisa. Hilmi pula masih belum kelihatan tubuh badan nya. Mungkin terperangkap dalam lalulintas barangkali. Saiful memandang di sekeliling biliknya, dia melihat Aqil tidur dengan nyenyak berteman dengkuran. Nampak begitu penat. Sejurus selepas makan malam dan sesi diseret oleh Balqis untuk membelanjakannya manisan buat adik sepupunya itu, mereka terus meminta diri untuk kembali kem manakala Balqis dan Edora pula bakal pulang ke rumah masing-masing. Saiful melihat kotak yang berisi Lava Cake Chocolate pemberian seseorang sebagai tanda terima kasih. Saiful mengimbas kembali pertemuan dengan pramugari milik Royal Malaysia Airlines pada petang tadi.

Flashback

Saiful mengatur langkah keluar dari sebuah kedai manisan yang menjual kek dan biskut belbagai perisa. Dia memberi membiarkan adik sepupunya memilih sendiri manisan yang hendak dibeli olehnya. Saiful memberikan kad kredit miliknya kepada One mengisyaratkan agar One melayan kerenah Balqis yang sememangnya manja. Saiful dapat melihat One dan Balqis seperti rapat sahaja setelah sesi berkenalan dengan Balqis di Oldtown White Coffee. Langkah Saifullah terhenti apabila melihat susuk tubuh kurus pramugari milik Royal Malaysia Airlines bersandar pada kaca penghadang besi sedang tertunduk merenung lantai mozek KLIA. Balqis beria mengheret pramugari tersebut untuk ke kedai manisan ini walaupun gadis tersebut umpama tiada hati ingin pergi bersama dengannya. Gadis yang bernama Edora semenjak dari makan malam tadi hanya diam bak disumpah batu. Tiada perkataan yang keluar dari mulut nya melainkan jikalau Balqis memberikan persoalan buat dirinya. Langkah Saifullah diatur perlahan menghampiri gadis itu, entah apa yang memasuki tubuhnya namun hatinya ingin mengenali lebih dalam isi hati gadis tersebut. Apa yang disembunyikan oleh gadis tersebut. Apa yang dirasai oleh gadis tersebut. Saiful sekadar mengikut gerak hatinya.

“ Maaf kalau perangai Balqis tu buat Cik tak selesa.” Tegur Saifullah sambil turut menyandarkan badannya pada kaca penghadang. Edora yang tadinya merenung kasut tumit tinggi nya menoleh melihat gerangan yang membuka bicara. Alangkah terkejutnya dirinya melihat susuk tubuh lelaki tegap itu berada di sebelahnya dengan jarak 1 meter darinya.

“ Tak pun. Saya selesa dan suka berkawan dengan Balqis. She very bubbly person I have met in my life. Encik jangan salah faham. Saya memang macam ni orang nya.” Balas Edora. “ Erk apa yang aku cakap ni, sejak bila pulak aku pandai berlemah lembut dengan lelaki ni except my passenger. I hate them right?” Bisik hati Edora sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Saiful mengerutkan dahi mendengar kata-kata Edora yang mengatakan “ Saya macam ni orang nya.” Apakah maksud gadis tersebut.

“ Saya maksudkan ialah saya memang jenis pendiam dan conservative dengan orang baru kenal. Even dengan Balqis pun saya masih belum opened up yet with her. But I Love to know her.” Hujah Edora sambil mencuri melihat wajah jejaka tersebut. Hati dan perasaan Edora menjadi nyaman dan tenang apabila melihat wajah jejaka tersebut.

“ I see. My assumptions about you dah jauh meleset rupanya. I thought all the stewardess will really friendly and flirting type around people. So. I’m totally wrong. I’m sorry for that.” Balas Saifullah sambil menatap wajah milik Edora. Edora sekadar tersenyum pahit mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Saiful. Ya bukan Saiful sahaja mempunyai tanggapan sebegitu terhadap pramugari malah orang sekeliling nya yang tidak mengenali dirinya bakal mencopkan dirinya sebagai seorang yang flirting dan terlebih mesra alam dengan semua orang.

“ No worries. Small matter. Ramai yang ada assumptions macam awak terhadap stewardess macam saya.” Balas Edora sambil menguntum senyum. “ Ya Rabbi!! Are you smiling Dora? What happened to you.” Bisik hati Edora.

Sepi menemani suasana antara mereka. Waktu seakan bergerak perlahan. Edora kembali merenung kasut tumit tinggi nya. Dia berasa seperti berperang dengan diri sendiri. Dia buntu wajarkah dia memberi kan plastik kertas di genggaman tangan milik nya.

“ Do you had any injury? “ Soal jejaka tersebut. Edora tersedar dari lamunan apabila mendengar pertanyaan dari sang jejaka.

“ Alhamdulilah, saya okay. Getting better day by day, insyaallah. Saya yang patut tanya Encik soalan tu. Encik punya injuries dekat perut dah okay?” Soal Edora yang teringat akan sang tentera tersebut mengenai tembakan pada perut nya.

Saiful terdiam mendengar persoalan dari pramugari tersebut. Dia masih mengingati kejadian tembakan tersebut.

“ Alhamdulillah, sikit je pun. Lagipun saya pakai vas kalis peluru. Maybe darah yang awak nampak tersiat sikit kulitnya. Tapi tak ada hal lah. Hal kecik je. Saya dah biasa.” Balas Saifullah.

Edora memalingkan mukanya melihat wajah jejaka tersebut. Apakah yang dimaksudkan dengan dia sudah biasa? Mengapa? Adakah dia pernah mengalami kecederaan yang lebih teruk daripada sebelum ini?

“ Cik betul-betul okay?” Soal Saifullah kembali, kali ini dia merenung wajah milik pramugari dengan penuh tanda tanya. Dia tahu gadis itu menyembunyikan sesuatu dan sedang melalui sesuatu.

“ Saya okay. Encik jangan risau. Saya dah ambil cuti tiga bulan untuk recovery process. Insyaallah saya dah sihat sepenuhnya.” Tipu Edora. Fizikal ya dia sememangnya okay tapi jikalau mental, tidak. Dia mengalami trauma. Saiful tahu gadis itu menipu. Saiful semamangnya dapat membaca gerak geri dan air muka seseorang. Hampir semua anggota pasukan unit khas mempunyai kebolehan membaca reaksi air muka seseorang.

“ Encik!” Tegur Edora. Saiful tergamam melihat gadis itu memberi beg kertas yang mengandungi isi di dalamnya kepada dirinya. Dia melihat gadis tersebut dengan riak tenang.

“ Terima kasih sebab selamat kan nyawa saya tiga bulan lepas. Ini balasan tak seberapa daripada saya untuk encik dan rakan setugas Encik. Tanpa Encik dan rakan-rakan encik saya takkan berdiri di hadapan encik sekarang. Once again thank you very much. I really appreciate it.” Tutur Edora yang kelihatan tenang. Beg kertas pemberian gadis tersebut direnung.

“ Cik. Saya ikhlas tolong Cik, tak harapkan balasan apa-apa pun dari Cik. It was our responsibility to protect all the people who are in dangerous. It our responsibility. Our battlefield.” Balas Saifullah.

“ Saya pun ikhlas memberi kek ini untuk Cik dan rakan setugas encik. Saya harap encik tidak menolak pemberian saya. Saya rasa serba salah.” Jujur Edora melontarkan kata-kata kepada Saiful. Hati Saifullah berdetak laju apabila tautan matanya bertaut mesra dengan pramugari tersebut. Saiful memikirkan sesuatu. Dan dia nekad.

“ Boleh. Saya ambil kek ni tapi dengan satu syarat.” Balas Saiful setelah mendapat akal.
Edora tersentak. “ Apa benda pula mamat ni minta bersyarat bagai. Aku nak bagi kek je pun.” Bentak hati Edora.

“ Apa syarat dia?” Soal Edora kembali.

“ Saya nak kita berkawan secara rasmi mulai hari ini. Tak mau lah berencik bercik bagai. Okay? Assalamualaikum nama saya Ahmad Saifullah, awak boleh panggil Saiful.” Ujar Saifullah sambil meletakkan tangannya di dada kirinya sebagai tanda hormat.

“ Waalaikumussalam. Saya Edora, Mariya Edora. Selamat berkenalan.”Balas Edora walaupun pada awalnya dia ragu-ragu. Tangan kanannya juga diletakkan di dada belah kirinya menanda tanda hormat.

Please give me a lot of support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience