Mejar Saiful membasuh wajahnya berulang Kali Di dalam laboratory. Wajahnya diraup kembali dengan bilasan air Dan dia memandang cermin Di hadapan nya. Wajahnya basah dengan air. Dia teringat akan mimpi Yang dialami nya tadi. Wajah berlumuran darah milik Abu masih kelas di penglihatannya. Zinnirah, anak kepada Abu bermain-main Di fikirannya. Begitu juga dengan Alia, isteri kepada Abu. Kedua insan itu ditinggalkan susuk tubuh seorang imam yang baik kerana kesilapanya. Tangannya kembali mencuci mukanya buat kali terakhir lalu, dia meyeka mukanya dengan tisu berhampiran.
Kakinya melangkah keluar dari laboratory Dan hasratnya ingin kembali menuju ke arah tempat duduknya, namun fikirannya kembali teringat akan peristiwa Di mana, dirinya mengenggam pergelangan tangan Edora. Sejurus mata nya terbuka, kelihatan wajah Edora, wajah gadis itu berada di depan matanya. Dalam Samar kegelapan, Saiful dapat membaca riak wajah cemas pramugari itu.
Sewaktu dia melintasi kawasan galley, dia terdengar perbualan antara pramugari -pramugari Yang berada Di kawasan galley. Langkahnya terhenti, mendengar perbualan antara mereka. Suara Yang cukup dikenalinya menerpa gegendang telinganya.
" I don't want any excuses from you, you dah lama berkhidmat dengan this airlines, you ada record Yang bersih and the best crew among others cabin crew beberapa tahun lamanya but what happened to you now, boleh lupa pasal menu one of passenger Yang vegetarian and we don't have any vegetarian food on the board. You dah kenapa? Benda kecil macam tu boleh buat silap. I tahu you ni bakal menantu CEO airlines Kita tapi tak bermakna you boleh kecilkan tugas-tugas macam ni." Marah Deanne,Ketua pramugari Yang bertugas kepada Edora.
" Madam. I'm truly sorry. I know it was my fault . I never ever made same mistake again. Tapi Madam tak perlu kata macam tu dekat Saya. I bukan calon menantu CEO. Mana Madam dpat rumours about me?" Balas Edora.
" Hello semua crew dalam airlines kita tahu pasal you rapat dengan our CEO. Tu maksudnya apa? Bukan ke you tengah try nak jadi menantu dia ke? Lepas ni you tak payah susah-susah jadi stewardess boleh terus climbing higher position kan. " Perli Madam Deanne Lim.
Edora terkesima mendengar kata-kata daripada Ketua pramugari nya. Tidak dia sangka terdapat khabar angin Yang tidak baik mengenai dirinya.
" Madam, you are wrong. I memang kenal Puan Sri Saffiyah tapi I tak Ada niat pun nak menjadi menantu dia. So, don't jump into conclusion liked that. I will make sure I will do my best to service our passenger Lepas ni. I'm truly sorry for not fulfill your expectations." Kata Edora sambil menundukkan kepalanya sebagai tanda meminta maaf.
" Okay. But you had bad records. Prove it. Sambung kerja you." Balas Madam Deanne sambil berlalu pergi. Edora sekadar diam tak berkutik seketika. Mahu sahaja dia menangis di situ namun dia segera menarik nafas panjang dan dia segera mengemas ruangan galley. Menyusun semula bekalan makanan dengan rapi. Di samping itu, dia membancuh teh halia untuk diberikan kepada penumpang yang cukup dikenali nya. Rasa risau mengetuk hatinya, namun segera dirinya menarik nafas untuk menghilangkan rasa risau di dalam dirinya.
Mejar Saiful mendengar kesemua perbualannya. Dia tidak suka dengan kata-kata yang dilontarkan oleh pramugari berkulit putih itu. Dia memendam rasa bersalah terhadap gadis itu menerima tempias kerana keakraban dirinya bersama Umi. Saiful menapak perlahan untuk kembali ke tempat duduknya namun belum sempat kaki melangkah, namanya dipanggil oleh seorang pramugari.
" Tuan. This is hot tea halia untuk Tuan. Saya Cuba bancuh coffee but I think tea lagi better untuk tenangkan Tuan. Hope you can try and like it." Tegur Edora sambil menghulukan secawan teh kepadanya.
Mejar Saiful memandang cawan itu lalu matanya Dan Mata milik Edora bertaut seketika, kata-kata tak dapat diluahkan Setelah kejadian lamaran Di KLIA tempoh Hari. Mereka sekadar bertukar senyuman nipis.
Thanks for waiting
Share this novel