Kem Segenting, PD
Mejar Ahmad Saifullah Dan Team Bravo yang lain sedang mengikuti raptai pembarisan sempena Majlis Sambutan Angkatan Tentera ke-89 yang bakal berlangsung pada lusa. Sudah dua hari mereka berkampung di Kem Segenting bagi mengikuti latihan pembarisan yang disetai oleh para pegawai Serta anggota lain-lain pangkat yang terdiri daripada para anggota dan para pegawai Tentera Darat, Tentera Udara Serta Tentera Laut. Grup Grak Khas, PASKAL Serta PASKAU juga tidak ketinggalan mengikuti demonstrasi Dan pembarisan pada hari tersebut.
Perbarisan pada pagi tersebut akan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Yusof Bin Zulhelmi TUDM. Beliau bakal menerima tabik hormat diikuti terbang lintas hormat empat (4) buah pesawat helikopter ATM yang membawa bendera ATM, TDM, TLDM dan TUDM yang diketuai oleh Kapten Khairul Ridhuan bin Ramlee TUDM seterusnya memeriksa perbarisan.
Konsep perbarisan pada tahun ini adalah berkonsepkan perbarisan tempur statik yang melibatkan ketiga-tiga perkhidmatan ATM iaitu Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Sebanyak 12 Detasmen dengan penglibatan 51 pegawai dan 907 anggota lain-lain pangkat berada dalam komposisi 6 Detasmen TDM serta masing-masing 3 Detasmen dari TLDM dan TUDM. Tiga (3) Detasmen Wanita mewakili setiap perkhidmatan ATM dari keseluruhan Detasmen turut menjayakan perbarisan kali ini. Dalam pada itu terdapat juga penglibatan beberapa aset ATM diperagakan di Padang Kawad Dataran PTD.
Setelah seharian mengikuti raptai pembarisan sempena Majlis Sambutan Angkatan Tentera Malaysia. Akhirnya kesemua pegawai serta anggota Tentera lain kembali berehat selama sejam sebelum kembali melakukan raptai penuh Sambutan. Raptai harus dilakukan tanpa kesilapan sama persis Hari kejadia sebenar kerana acara dihadiri oleh Pemerintah Atasan anggkatan Tentera Malaysia Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato' Sri Hj Yusof Bin Zulhelmi TUDM Dan juga para dif-dif Kohormat yang lain. Bapanya Tan Sri Khalid dan ibunya Puan Sri Saffiyah juga turut akan hadir menyaksikan Majlis Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia.
Dahi yang dipenuhi peluh dibiarkan begitu sahaja oleh Mejar Saifullah. Mulut sahabat-sahabat nya yang sedang bergurau senda dibiarkan masuk ke telinganya. Derap kasut bot mereka memenuhi Jalan tar tersebut. Hilmi pula mulutnya seperti burung belatuk Ada sahaja bahan untuk mengusik rakan-rakan sepasukan yang lain.
" Jeremy, aku tengok hang dah lain lo ni. Hang perasan dok?" Mukadimah Hilmi Setelah dia selesai membahan Suresh.
" Ada. Aku Makin hensem. Kenapa? Jealous?" Balas Jeremy sambil menyelak rambut nya yang Ada seperti tiada. Rakan-rakan sepasukan yang lain sudah tergelak.
" Eh eh perasan juga hang ni. Aku nak kata kulit hang Makin tan. Dah Rupa kulit orang melayu. Aku ingat waktu mula-mula hang join prajurit muda dulu. Kulit hang masih suci gebu bak beruang kutub. Lo ni dah Rupa beruang madu." Kata Hilmi sambil mengibas tangannya sebagai kipas.
" Ha ah. Betul tu, sampai Sarjan Mode Kita heran, hari-hari dia bagi SI apek ni berjemur kulit dia begitu je tak berubah. Lo ni dah tanned gile." Tokok than One.
Saiful mendengar cerita tentang Jeremy, terhibur seketika. Ya Mana tidak nya setiap Hari kena sidai di bawah terik mentari dari pagi hingga petang, latihan berlari siang malam, kulit Jeremy masih cerah pada ketika dia masih baru menyertai anggkatan Tentera. Para pelatih menggelarkan Jeremy dengan gelaran Polar Bear. Walaupun kelihatan tenang Dan bersahaja namun Jeremy bertukar menjadi helang yang tepat menyasarkan sasaran.
" Ceyh. Aku lagi suka kulitaku tan. Baru nampak maskulin. Takkan korang tak tahu girl right now suka lelaki maskulin." Balas Jeremy.
" Banyak lah hang punya maskulin. Tapi awek satu pun tak sangkut. Ape citer. Cuba habak Mai." Kata Hilmi.
" Haah nak dekat dengan perempuan pun malu macam perempuan Ada hati kata nak jadi maskulin adik Kita ni." Kata One yang menuju kepada Jeremy yang antara anggota termuda antara mereka.
" Bukan lah. Aku ada Tau orang suka and try kawan tapi. Aku cuma tak mahu Ada relationship. Susah lah kalau in relationship. Banyak hati kena jaga. Lagipun I still young man. No need to hurry. Lagipun tugas Kita lagi penting. Nanti dah 30 lebih lah baru fikir. Sekarang enjoy dulu." Kata Jeremy.
" Masalahnya. Sempat ke umur kau sampai 30. Remember one bullet for one target. One bullet tu pasti bukan milik kau ke?" Selamba Suresh membalas.
" Astagfirullah. Mulut hang ni kan. Cuba positive sikit. Aku campak hang Kat Laut dekat Port Dickson ni Kang sia-sia." Balas Aqil pula sambil menepuk bahu Suresh yang lancang mulutnya. Tapi hakikatnya itulah cara mereka bergurau.
" Suresh, Jeremy ni kan our best sniper in TUDM. Takkan mudah tumbang. Best recruit kot." Balas One sekadar mensedapkan hati masing-masing walhal mereka tahu, resiko kerjaya sebagai anggota Tentera.
" Make sure Kita tak malukan nama PASKAU." Mejar Saifullah menyampuk perbualan mereka.
" Itu bukan apa yang Sarjan Mode pesan dekat Kita waktu mula-mula Kita join." Sambung Saiful dengan nada dingin nya.
" Haish. Hang ni buat terkejut aku je. Aku ingat jurulatih Mana lah tadi. Cuba bila bercakap pakai intonasi sedap sikit. Ni kalau mak mertua pramugari hang dengaq. Confirm kena reject." Gurau Hilmi.
" Stewardess Mana? Yang Kita selamatkan dulu eh?" Kata Jeremy beria-ia.
Belum sempat mereka menyambung perbualan, bunyi deringan telefon daripada telefon bimbit Mejar Saifullah menganggu perbualan mereka sepasukan.
" Komando!! Mejar Saifullah melapor." Balas Mejar Saifullah yang telah mengangkat telefon pintar miliknya.
" Baik, Tuan!!" Balas Mejar Saifullah Setelah mendengar arahah daripada pihak atasan. Telefon nya dimatikan segera.
" Komando! Kita ada tugas." Pendek arahan Mejar Ahmad Saifullah kepada anak-anak buahnya.
" Tuan!!" Balas kesemua mereka.
Salam!! Disclaimer!! Nama- nama tokoh yg ditulis dalam penulisan says adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan sama Ada yg hidup atau mati. Selamat Membaca!!!
Share this novel