Lubnan
Kumpulan Bravo yang dipimpin oleh Kapten Ahmad Saifullah dengan kekuatan anggota sebanyak 6 orang yang terdiri daripada Leftenan Muhammad Hilmi, Sarjan Udara Abu Zahin, Pegawai Waran 1, Mohd Ridzuan, Pegawai Waran ll Jeremy Ong dan Sarjan Udara Suresh ditugaskan ke kawasan penyembunyian mangsa-mangsa culik yang terdiri daripada sukarelawan-sukarelawan yang memberikan bantuan perubatan dan makanan kepada penduduk tempatan, Lubnan. Mereka diculik oleh pihak kumpulan Hezbollah bagi mengancam pihak kerajaan takut akan ugutan mereka yang ingin menegakkan syiar Syiah di negara tersebut.
Kumpulan Hezbollah adalah merupakan sebuah parti politik Islam dan bermazhab Syiah di Lubnan. Kerajaan Lubnan bergelut dengan pemberontak syiah yang bernama Kumpulan Hezbollah yang mencuba merampas pemerintahan dan menegakkan ajaran Syiah di bumi Lubnan. Keganasan yang dilakukan oleh pihak Syiah ini telah memporak-perandakan Lubnan. Krisis negara mereka kian meruncing setelah Kumpulan Hezbollah hampir menakluki negara tersebut. Pihak United Nation ( UN) di bawah panji PBB mengarahkan negara-negara anggota menghantar tentera mereka membantu negara Lubnan menangani isu Syiah yang kian meruncing.
Pada hari ini sahaja Puak Syiah melancarkan serangan bertubi-tubi di seluruh kawasan menyebabkan para tentera tempatan dan tentera PBB diarahkan menangani masalah ini. Baru sejam lalu bom pihak Hezbollah telah menghentam kawasan utara Lubnan. Kini Team Bravo menjalankan penyusupan ke kawasan musuh bagi menyelamatkan mangsa tebusan yang diculik dan diseksa oleh golongan Syiah. Jeremy selaku penempak tepat berada di kawasan penyembunyian bagi melancarkan serangan. Para anggota tentera lain mengikuti penyusupan ke kawasan musuh.
Kapten Saifullah memandang dan memerhati keadaan sekeliling kawasan musuh dari kawasan penyembunyian. Kawasan penculikan di jaga rapat oleh empat orang pemberontak yang bersenjata senapang.
“ Beast! Dalam sangkar ada enam ekor rubah bersama tiga mutiara dan seekor ayam.” Lapor Jeremy Ong yang handal dan berkebolehan dalam melihat keadaan dalam keadaan jarak jauh kerana dia merupakan seorang sniper.
“ Baik Team. Lancarkan serangan hendap ke kawasan Rubah. Ini adalah misi hidup mati. Misi menyelamatkan tebusan. Hapuskan semua pemberontak. Laksanakan operasi pembersihan.” Arah Kapten Ahmad Saifullah kepada anak-anak buahnya.
Maka mereka berjalan perlahan dan menjalankan penyembunyian daripada dikesan oleh pihak musuh. Selawat dan zikir tidak lekang dari hati Saiful bagi mengurangkan debaran di dada. Mereka mengepung kawasan dari 4 penjuru lalu dengan senyap mereka menyusup masuk ke arah pemberontak bersenjata senapang. Menyusup melalui kawasan tertutup berhampiran rumah yang dijadikan tahanan buat para tebusan. Kapten Saifullah berkemahiran bergerak tanpa mengeluarkan bunyi. Tubuh sasa pemberontak syiah yang memakai serban dan baju serba hitam kian kelihatan di mata Saiful.
Pisau keramat komando di pegang dengan kemas di pegangan Kapten Saifullah. Wajah pemberontak syiah kian jelas di kaca mata Saiful. Beberapa detik kemudian pisau komando miliknya sudah terbenam di daging milik sang pemberontak sambil tangan kiri Ahmad Saifullah menutup rapat mulut sang pemberontak. Tubuh sasa pemberontak syiah tersebut kian rebah perlahan ke bumi. Darah milik pemberontak syiah tersebut mengalir laju di tangan milik Saiful. Pisau komando miliknya ditarik kembali dari tubuh milik pemberontak.
Darah melekat pada tangan Kapten Ahmad Saifullah, dibiarkan sahaja. Kini kaki melangkah perlahan menuju ke rumah kecil yang memerangkap para tebusan. Mata nya mengintai dari celah rumah usangng yang berlubang dan dia melihat kedudukan para tebusan yang diikat ketat di kerusi. Tiga orang wanita diikat pada kerusi dan mata mereka ditutup dengan kain hitam manakala tebusan lelaki kelihatan di belasah oleh pemberontak yang bertubuh sasa. Sakit hati Saiful apabila melihat seorang sukarelawan wanita tiba-tiba diheret ke tengah ditampar sehingga tersungkur.
“ Team, kill them.” Arah Kapten Saifullah melalui alat komunikasi. Kapten Saiful menyelusup masuk ke dalam rumah usang itu secara senyap bagi mengelakkan pergerakan mereka disedari pihak musuh. Dalam beberapa minit kemudian, mereka berjaya memasuki rumah tersebut dan tembakan pertama dilepaskan oleh Kapten Ahmad Saifullah mengenai pemberontak yang menampar muka seorang gadis yang merupakan seorang sukarelawan. Maka berlakulah kejadian pertempuran melibatkan anggota tentera dan juga pihak pemberontak syiah. Jeremy Ong merupakan seorang sniper bertanggungjawab menembak tepat ke arah para pemberontak yang cuba menyerang rakan seperjuangannya. Kapten Saiful menembak tepat ke arah dada milik pemberontak syiah lalu tangannya pantas membuka ikatan tali seorang sukarelawan yang tersungkur di lantai.
“ Cik jangan risau kami dari angkatan tentera Malaysia, kami datang membawa Cik pulang dengan selamat. Cik okay?” Kata Kapten Saifullah sambil membuka ikatan tali di kaki milik sukarelawan tersebut. Sukarelawan yang menggigil ketakutan sekadar mengangguk perlahan.
“ Beast, clear.” Ujar Sarjan Udara Abu Zahin yang selesai membantu terusan lelaki yang teruk dibelasah oleh pihak pemberontak sebentar tadi. Para anggota tentera yang lain juga membantu membebaskan para sukarelawan-sukarelawan yang lain.
Kesemua anggota dalam keadaan berjaga-jaga dan melindungi para tebusan. Kaki mereka melangkah perlahan menuju keluar dari kawasan berbahaya. Belum sempat kaki menapak, bunyi tembakan mengenai dinding rumah usang itu. Ia menyebabkan para anggota mengambil posisi masing-masing untuk melindungi para sukarelawan dan melancarkan serangan balas. Jeremy Ong mencari dari mana datangnya tembakan yang dilepaskan.
“ Lindungi our volunteers no matter what.” Arah Kapten Saifullah.
“ Mereka mengambil posisi berbeza di penyembunyian mereka. Ada yang berlindung di sebalik tembok dinding, ada berselindung di sebalik timbunan jerami dan ada yang berlindung di sebalik tong besi yang besar.
Kian kelihatan sekumpulan lelaki bersenjata senapang berlari ke arah penyembunyian mereka. Namun para anggota tidak gentar malah berani melancarkan serangan balas. Jumlah kumpulan Hezbollah hampiri mereka melebihi 10 orang tidak menggugat kedudukan para anggota tentera di bawah kelolaannya Kapten Ahmad Saifullah. Siri tembakan bertubi-tubi dilepaskan oleh kedua-dua pihak. Kapten Saiful yang berselindung di sebalik tembok dinding bersama dengan sukarelawan wanita yang diselamatkan oleh nya diserang bertalu-talu oleh peluru-peluru yang tidak berhenti. Gadis tersebut pula sudah menutup telinga dan ketakutan. Kapten Saifullah berusaha membalas tembakan kembali. Saiful menanggalkan segera vas kalis peluru nya lalu menyarung vas tersebut pada tubuh sukarelawan tersebut.
“ Shadow, cover aku.” Ujar Saifullah.
“ Baik, Tuan!” balas Shadow sambil reload kembali peluru nya.
“ Cik ikut saya , jangan berhenti berlari sampai dekat kereta SUV kat depan tu.” Kata Saiful memberikan arahan kepada sukarelawan tersebut.
“ Cik tak perlu risau saya ada dengan Cik. Kita lari dalam kiraan 123.” Sambung Saifullah.
Maka dengan kiraan 1,2,3 kedua-dua mereka berlari ke arah kereta SUV yang berhadapan dengan mereka. Secara tidak sengaja tembakan dilepaskan oleh pihak pemberontak meluncur laju ke arah mereka. Kapten Saifullah menolak gadis tersebut agar gadis tersebut tidak terkena tembakan yang meluncur laju ke arah ketika mereka berlari. Tembakan tersebut terkena pada bahagian bahu Kapten Saifullah manakala sukarelawan tersebut selamat di belakang kereta SUV.
Jeremy Ong membantu sedaya upaya dirinya membantu menjalankan tugas sebagai seorang sniper untuk bertarung melawan musuh mereka. Tembakan Jeremy mengenai tepat tiga orang pemberontak syiah yang menyerang Saifullah.
Kapten Saifullah bersembunyi di sebalik tong besi yang besar berdekatan dengan kereta SUV. Dia merasakan darah mengalir keluar dari bahunya. Keperitan dan kesakitan yang mencengkam dirinya pada ketika ini. Namun dia segera kembali ke realiti, dia harus kembali menyerang para pemberontak syiah yang berada di hadapannya itu. Dia kembali mencapai senapang Ruffles yang menjadi teman seperjuangan kini lantas melancarkan serangan balas.
“ Beast, kau okay?” Soal Sarjan Udara Abu Zahin.
“ Beast, makin ramai orang mai dah ni.” Kata Hilmi melalui alat komunikasi mereka.
“ Aku okay. Jangan risau. Kita kena berusaha untuk bertahan sampai bantuan dari tentera lain sampai.” Arah Kapten Saifullah.
Kapten Saiful bersama rakan-rakan seperjuangan yang lain melancarkan serangan balas dan ternyata kecekapan mereka menangani pergelutan ini berjaya menumpaskan pihak pemberontak. Bantuan dari Sniper Jeremy Ong juga banyak membantu menumpaskan para pemberontak. Setelah 20 minit mereka bergelut dengan pemberontak syiah, akhirnya kesemua pemberontak berjaya ditumpaskan. Seorang lelaki sasa yang merupakan satu-satunya ahli kumpulan yang tinggal sedang menyerang mereka. Kecekapan lelaki tersebut menyukarkan proses pembersihan pihak pemberontak. Kapten Saiful berselindung di sebalik kawasan penyembunyian mensasarkan susuk tubuh lelaki tersebut yang berada di arah timur, picu ditarik dan dia tidak ragu melepaskan tembakan ke arah lelaki tersebut maka tumbang lah pemberontak syiah yang terakhir ditumpaskan oleh Bravo Team.
“ Team clear.” Kata Jeremy Ong kepada kesemua rakan seperjuangan.
Team Bravo dan para sukarelawan beransur pergi ke kawasan yang selamat dengan perlahan-lahan bagi langkah berjaga-jaga. Akhirnya mereka selamat tiba di truk yang disediakan oleh pihak UN bersama dengan para anggota UN dari Amerika Syarikat. Team Bravo membantu para sukarelawan menaiki trak. Terpancar riak kelegaan pada wajah setiap anggota kerana satu penyeksaan telah berakhir. Bunyi jeritan Abu Zahin kedengaran.
“ Saiful!!!” Jerit Abu lalu menolak tubuh Saiful.
Bunyi tembakan mengejutkan para anggota kumpulan Bravo, Hilmi,One dan Suresh segera menoleh kebelakang dan dia melihat Abu sudah tumbang menyembah bumi. Saiful pula sudah jatuh terduduk beberapa meter dari Abu Zahin. Mereka kembali mencari sang gerangan yang menembak Abu.
Saiful dalam keadaan terkejut melihat jasad Abu berada di hadapan kian mengalir darah merah. Abu mengisyaratkan matanya ke arah Barat, menandakan seseorang di situ.
“ Team, selamat kan Abu!” Arah Saiful kepada rakan-rakan yang lain.
Senapang Ruffles milik Saiful diangkat dan diselaraskan sehingga aras matanya. Target sudah dikenalpasti Seorang sniper bersembunyi di situ. Picu ditarik lalu dilepaskan ke arah yang disasarkan namun sayangnya pihak pemberontak lebih laju melangkah serangan ke arah Saiful. Sekali lagi tembakan itu mengenai tubuh milik Abu Zahin yang tiba-tiba muncul di hadapan Saiful. Darah merah milik Abu Zahin terpancut keluar dari mulut Abu. Saiful yang terkejut dengan tindakan rakan seperjuangan itu segera menyambut tubuh miliknya.
“ Abu!!!” Jerit Saiful.
“ Team Barat jam 3.” Kata Saiful sambil kembali melaraskan senapang Ruffles milik nya. Target telah lock tanpa ragu tembakan dilepaskan oleh Saiful dalam masa yang sama pihak pemberontak melepaskan tembakan kembali.
Tembakan Saiful berjaya mengenai kepala pemberontak. Namun malangnya tembakan pemberontak juga mengenai dada Saiful. Badan milik Saiful tercampak menyembah tanah.
Pandangan matanya kian kabur, dia melihat wajah milik Abu yang masih bernyawa di hadapannya. Abu Zahin yang dalam saat akhir melawan sakaratul maut, dia tersenyum ke arah Saiful. Dada Saiful berombak kencang, nafas umpama terhenti dan perkara terakhir yang didengar oleh telinga Saiful adalah jeritan Hilmi.
“ Beast!!” Laung Hilmi.
Saiful tidak sedarkan diri dan tumbang di bumi Lubnan. Peluru mengenai dada Saiful dan darah merah membasahi tanah di bumi Lubnan.
May Allah SWT bless you guys who read my story.
Share this novel