Badan Edora berasa letih dan lesu, kepalanya mulai rasa sakit dan dia mencuba untuk mengingati apakah yang sedang dan telah berlaku pada saat ini. Penglihatan matanya yang kabur sebentar tadi perlahan-lahan kembali jelas penglihatan nya. Edora mencuba untuk menghadam apa yang berlaku pada ketika ini. Wajah milik seorang lelaki yang lengkap berpakaian serba hitam dilengkapi dengan senjata serta vas kalis peluru merenung dirinya. Edora segera menghayun kedua tangannya sehingga mengenai tubuh jejaka tersebut.
“ Kau nak apa? Hah?” Jerit kecil Edora.
“ Cik..cik..cik.. Rilex.. Jangan bergerak. Saya dari Angkatan Tentera Udara. Cik bertenang. Kami cuba menyelamatkan Cik. Cik Rilex.” Kata Mejar Saifullah.
Edora hairan dengan pernyataan yang diberikan oleh sang jejaka tersebut. Dia melihat keadaan dirinya yang masih berbalut dengan vas yang dilengkapi bom. Edora kembali Gubra dan resah. Adakah dia akan mati di sini? Dia masih mempunyai banyak impian dan tanggungjawab yang harus dipenuhi. Edora melihat seorang anggota tentera sedang mencuba matikan bom tersebut. Detik kian berdetik. Dia mulai cemas dan tidak tentu hala. Hatinya kian galak mengucapkan dua kalimah syahadah. Air matanya mengalir keluar perlahan. Benarkah ini pengakhiran hidup nya? Dia malah tidak sempat berjumpa kedua ibu bapa di kampung selama 3 bulan lamanya. Dia tidak sempat meluangkan masa bersama adik-adik nya. Dia malah tidak sempat melihat adik nya menjadi pemain badminton 10 Terbaik Dunia.
“ Tuan, saya akan mati ke? Time still tacking. You should go now. You don’t want die with someone liked me.” Kata Edora dengan esakan perlahan.
Terkejut Mejar Saifullah dan Leftenan Aqil mendengar kata-kata yang diluahkan oleh pramugari tersebut. Saiful sekadar tersenyum nipis. “ Sampai ke situ dia boleh fikir.” Bisik hati Saiful sambil cuba menahan ketawa.
“ Cik jangan risau. Awak, saya dan dia akan keluar dalam keadaan selamat. Saya janji. Saya dah tengok dia selesai matikan bom dah lebih 7 tahun. Semua bom dia boleh matikan. Alhamdulillah, kami masih selamat. Cik bertenang. Semuanya akan baik-baik saja.” Balas Saifullah. Namun Air mata Edora masih mengalir keluar, Saifullah melihat tangan milik pramugari tersebut menggeletar ketakutan.
“ Cik, percaya dekat saya. Cik akan selamat. Saya ada dengan Cik. Semuanya dah berakhir. It almost there.” Pujuk Saifullah lagi.
Edora merenung ke wajah milik jejaka tersebut. Hatinya menjadi tenang apabila mendengar kata-kata yang terlafaz dari mulut anggota tentera itu. Sedikit sebanyak membantu dirinya bertenang dan berfikiran rasional kembali. Dia harus mempercayai tentera-tentera tersebut kerana mereka lebih berpakaran dalam bidang ini. Edora cuba melihat sekeliling namun penglihatan terganggu apabila anggota tentera tersebut berbicara dengan dirinya dan tubuh jejaka tersebut menghalang pandangan mata nya.
“ Dah lama dengan Royal Malaysia Airlines?” Tanya Saifullah mengalihkan perhatian gadis tersebut.
“ 3 or 4 years I guess.” Balas Edora sambil melihat seorang anggota tentera yang giat memotong wayar dan kabel yang bersilirat pada tubuhnya. Tidak semena-mena hujatan-hujatan negatif kembali menjenguk mindanya. Saiful yang dapat membaca apa yang difikirkan oleh minda gadis itu, segera mengalihkan perhatian gadis tersebut.
“ Cik, belakang badan Cik dah okay? Dah buat pemeriksaan lanjut?” Kata Saifullah.
Terkejut Edora mendengar pertanyaan yang dilontarkan oleh anggota tentera tersebut. Bagaimana jejaka tersebut tahu dia mengalami kecederaan belakang semalam.
“ Macam mana Tuan tahu saya ada injuries dekat belakang saya?” Soal Edora hairan.
“ Did you not recognize me? We met yesterday. At the mall. You suffering with back pain.” Kata Saifullah.
Memori apa yang berlaku semalam mengetuk jendela fikiran Edora. Betapa kecilnya dunia. Dia tidak dapat mengenali jejaka semalam adalah seorang anggota tentera yang sedang berbicara dengan pada ketika ini. Ya lah mana tidaknya, jejaka semalam berpakaian kemas, segak dan bersih kini dia siap berpakaian serba hitam dengan kelengkapan senjata.
“ Oh. Ya Allah, Tuan rupanya yang tolong saya semalam. Tak sangka kecil je dunia.” Ucap Edora dengan riak tidak percaya.
“ How your injury? Anything serious?” Soal Saifullah kembali.
“ Alhamdulillah, nothing serious. Just doctor ask me to take my rest. But I can’t.” Luah Edora.
Jantung Edora tiba-tiba berdegup laju pada ketika ini. Bukan kerana takut bom tiba-tiba akan meletup tetapi gelisah menatap wajah milik jejaka tersebut.
“ Beast. Done.” Ucap Aqil atau Gagak.
“ Kami keluar sekarang.” Ucap Saifullah memberi maklumbalas kepada rakan-rakan sepasukannya yang lain.
“ Cik ikut saya. Gagak cover dari belakang.” Arah Mejar Saifullah sambil membantu gadis tersebut berdiri kerana pramugari tersebut mengalami kecederaan belakang.
Edora mencuba sedaya upaya untuk bangun dengan bantuan dari anggota tentera tersebut.
“ Cik boleh jalan?” Soal Saifullah. Edora mengangguk perlahan.
“ First row clear.” Ucap Saifullah sebelum mereka berjalan keluar menuju pintu keluar KLIA. Edora berhati-hati mengorak langkah mengekori anggota tentera tersebut. Setelah beberapa langkah kaki diatur. Tubuhnya umpama kejung seketika apabila melihat keadaan sekeliling yang dipenuhi mayat yang berkemungkinan dari mayat para pemberontak dan ada juga mayat penumpang yang pernah diseksa oleh pihak pengganas. Dadanya menjadi sesak tiba-tiba. Aqil yang berada di belakang pramugari tersebut, melihat gadis tersebut tiba-tiba berhenti.
“ Cik, cik okay ke?” Soal Aqil. Namun gadis itu tidak memberi respon namun gadis tersebut terus tetap menatap tubuh-tubuh tidak bernyawa itu sambil dapat dilihat gadis itu ketakutan dan air matanya keluar kembali.
“ Beast!” Panggil Aqil. Saiful segera memberikan respons dengan memalingkan mukanya. Dia melihat pramugari tersebut berdiri ketakutan melihat mayat yang tertiarap di atas lantai.
“ Cik, tengok saya. Take a deep breath. Istighfar. It’s over now. Let’s go back home.” Pujuk Saifullah sambil memandang wajah milik pramugari tersebut.
Suara tentera tersebut merentap halusinasi Edora daripada terus larut mengikut emosi. Edora segera memejamkan matanya lalu beristighfar bagi menenangkan hati nya. Kakinya melangkah mengikuti jejak tentera tersebut.
“ Beast, arah 9 Yasin trying getting up!!” Maklum Shadow melalui alat komunikasi nya.
Mejar Saiful segera berpaling ke arah kirinya lalu mengacukan riffle miliknya dan melindungi Edora. Kelihatan Yasin tersenyum sinis setelah berjaya bangkit. Dia mengacukan senapang nya mengacukan ke arah para tentera dan seorang anak gadis di hadapannya. Kedua-dua senapang riffle milik kedua-dua pihak dilepaskan. Edora melihat wajah milik pemberontak tersebut penuh dengan kebencian dan amarah menembak ke arah mereka. Akal rasional miliknya tidak berfungsi sepenuhnya.
Tubuh milik pemberontak tersebut rebah mencium bumi setelah tembakan tepat mengenai dada kirinya. Apa yang membuat Edora terdiam dan terkejut apabila tembakan yang dilepaskan oleh si pemberontak mengenai susuk tegap milik tentera yang melindungi dirinya.
“ Beast kau okay?” Soal Aqil setelah melihat peluru itu mengenai bahagian perutnya.
“ Aku okay. Proceeds the plan now. Cik ikut saya ya. Insyaallah kita keluar. Everything was end now.” Kata Saifullah tanpa memalingkan mukanya untuk melihat gadis tersebut.
Edora mengikut langkah yang diaturkan oleh lihat tentera yang mengiringi dirinya untuk keluar dari KLIA. Tidak sanggup dirinya melihat keadaan darah, mayat bergelimpangan di lantai KLIA kini. Matanya hanya melihat tubuh tegak milik tentera di hadapannya itu sehingga dirinya tidak sedar mereka berjaya keluar dari perkarangan bangunan tersebut.
“ Alhamdulilah, we safe now, Cik.” Maklum Aqil setelah mereka berada di luar bangunan tersebut. Edora yang tidak sedar mereka sudah berjaya keluar, memandang sekeliling kawasan. Fikiran kini melayang, memori-memori yang berlaku pada hari ini, telayar satu per satu. Umpama mimpi ngeri.
“ Tuan, Tuan…tak..apa…” Bicara Edora sambil menunjukkan perut milik jejaka tersebut. Namun belum sempat dia menghabiskan pertanyaan miliknya. Tubuhnya umpama lemah dan penglihatan menjadi hitam serta merta. Perkataan terakhir yang didengar oleh nya adalah suara berkata “ Cik!! Cik!!”
Maaf lambat tuk published New chapter sebab my depression and kesihatan diri tak mengizinkan. Minat UTK writing tiba2 hilang. Doakan saya dapat kembali menulis.
Share this novel