KLIA

Drama Series 10372

Edora menarik beg bagasi menuju ke ruang tamunya. Dia duduk di atas kerusi meja makan miliknya sambil tangannya sibuk memakai jam tangan serta pin dan tanda nama miliknya pada dadanya. Matanya dialihkan melihat televisyen yang terpampang di ruang tamu. Berita mengenai kejadian tembakan rambang yang berlaku di pusat beli-belah yang dikunjungi nya bersama Mei Xuan.

Edora mengucapkan syukur tidak terhingga kerana dia dan Mei Xuan telah beredar awal dari pusat beli-belah tersebut kerana mereka bergegas ke klinik berhampiran akibat dirinya terjelepuk atas lantai pusat beli-belah tersebut.

" People nowadays so scary tho. What are they thinking about?" Luah Irene di kerusi hadapan nya sambil mulutnya mengunyah cornflakes bersama dengan susu.

Wajah pucat milik Irene ditatap Edora sehingga dia merasakan jatuh kasihan akan adiknya yang sedang bertarung nyawa melawan pelbagai penyakit fizikal dan mental.

" Hmm. People sick nowadays.I had met a lot of people on the board who are crazy too you know." Balas Edora selamba.

" I really don't understand why are they hurting people yang langsung tak bersalah. Otak dan akal letak dekat kepala lutut ke." Adu Irene.

" Akhir zaman Kak, macam- macam perkara akan terjadi." Balas Aira sambil melabuhkan punggung di kerusi sebelah Irene.

" Kakak are sure you can go work today? Pinggang okay ke? Boleh ke buat kerja?" Soal Irene bertalu talu.

" Irene, tak payahlah risau okay? Kakak okay dah ni. Lagi pun kakak malas nak ambil MC. Nanti kena ganti balik. You guys tahu tak kalau kena ganti flight, Kakak kena fly pi Madras. Tak nak Kakak, kena flight Madras." Balas Edora sambil membayangkan kenangan hitam terbang untuk ke Madras yang begitu mengerikan.

Bukan sahaja dia yang tidak menyukai penerbangan ke negara tersebut namun boleh dikatakan setiap kru penerbangan tidak menggemari sekiranya mereka ditugaskan ke Madras,India.

Kedengaran bunyi hon menandakan van yang ditugaskan untuk menjemput kru-kru penerbangan bertugas pada kali ini telah tiba.

" Dah lah. Kakak pergi dulu. Irene,Aira jaga rumah. Kunci pintu. Lock betul-betul malam sebelum tidur. Jangan buka pintu kalau orang tak kenal. Irene jaga tidur, makan ubat on time. Jangan duduk sorang-sorang. Kalau ada apa-apa terus pergi hospital." Bebel Edora sambil berjalan menuju keluar dari rumah.

" Kau adik, jaga Kak Irene elok-elok, jangan susah dia. Dia tak sihat tu. Jangan asyik mengadap laptop and tablet memanjang. Assignment buat. Jangan last minit baru terhegeh-hegeh nak buat. Kau jangan nak merayap pergi mana-mana." Sambung Edora kembali sambil menyarungkan kasut tumit tinggi nya.

" Okay kakak. Kitorang tahu. Take care." Balas Irene sambil melambai tangan kepada kakaknya.
Matanya tak lekang memandang kakak sulungnya yang telah hilang memasuki perut van. Mengapa hatinya tidak berasa sedap dan sedikit berdebar pada ketika ini.

Edora menarik beg bagasi hitam miliknya dan berjalan beriringan bersama-sama dengan kru-kru penerbangan yang lain bersama dalam penerbangan ke Sydney Australia kali ini. Kuala Lumpur International Airport, KLIA kini penuh dengan para penumpang dan kru-kru penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan lain.

Senyuman tak lekang dari bibir kesemua kru Royal Malaysia Airlines ini. KLIA dipenuhi dengan para penumpang yang tiba dan berlepas menuju ke destinasi yang dituju. Pelbagai ragam dapat dilihat pada ketika ini. Masing-masing sibuk dengan urusan mereka tersendiri.

“ Belakang you okay ke?” Tanya Tia, salah satu kru penerbangan ke Sydney Australia merangkap sahabat baiknya yang dia berkenalan semenjak sesi temuduga syarikat penerbangan Royal Malaysia Airlines beberapa tahun lalu.

“ Okay sikit la. Not bad.” Balas Edora sambil megah jalan teratur dan kemas kali. Jikalau jalan mereka bersepah, habislah dia akan “ dibasuh” oleh Ketua Pramugari mereka yang bernama Azura yang berada di belakang mereka pada ketika ini.

“ I terkejut gila time Mei Xuan tell me. You injured semalam. Sampai Ausie later. I want know the whole story okay.” Balas Tia.

Edora sekadar mengangguk dan tersenyum nipis menjawab persoalan sahabatnya. Secara tiba-tiba bunyi berdas-das tembakan entah dari arah mana berkumandang di KLIA. Bertempiaran lari para pengunjung yang berada di KLIA pada ketika ini. Bunyi teriakan dari pelbagai sudut dan arah menampar gegendang telinga milik Edora. Kumpulan kru penerbangan miliknya juga menjerit apabila melihat dengan mata mereka sendiri terdapat pengunjung tercedera akibat terkena tembakan yang entah dari arah mana dan siapakah di perlaku yang sedang menembak. Sebagai seorang pramugari atau kru penerbangan amanah dan tanggungjawab ita mereka adalah menjaga keselamatan para penumpang. Itulah prinsip mereka sebagai seorang pramugari tanpa mengira syarikat penerbangan manakah mereka berkhidmat. Kelihatan pramugari serta pramugara dari pelbagai syarikat penerbangan lain kini memberikan arahan dan membantu para penumpang menyembunyikan diri. Bunyi tembakan yang tak henti-henti bergema dan berkumandang di KLIA. Edora segera membantu seorang wanita yang duduk ketakutan sambil mencangkung di tengah-tengah laluan. Dibantu dan memapah wanita tersebut menuju ke suatu kaunter lalu mengarahkan wanita tersebut bersembunyi di bawah kaunter tersebut.
Belum sempat dia kembali membantu penumpang yang lain dan masih berlari mencari tempat perlindungan beberapa penumpang terkena tembakan pada bahagian lengan, kaki dan juga beberapa bahagian badan yang lain. Tembakan tersebut mengakibatkan mereka terjatuh di lantai kerana tiada upaya untuk bangun. Secara tiba-tiba muncul lelaki-lelaki misteri yang bersenjatakan senapang Thompson M1921 dan memakai bandana berslogankan Allahu Akbar dalam tulisan jawi di kepala mereka. Kelihatan tubuh tegap salah seorang daripada mereka sedang mengheret jasad seorang lelaki yang merupakan seorang pegawai imigresen, meronta-ronta untuk melepaskan diri.

“ Kamu semua dengar sini. Kalau korang tak dengar apa yang aku cakap dan melawan kami. Nasib korang akan jadi seperti dia.” Kata lelaki bertubuh sasa itu lalu mengajukan pistol nya ke arah pegawai imigresen yang sudah tercedera parah. Picu ditarik dan tembakan dilepaskan ke arah dada milik pegawai imigresen tersebut. Tubuhnya terkulai layu terbaring di lantai.

Edora menekup mulutnya dari menahan pilu dan kesakitan apabila melihat tubuh badan pegawai imigresen tersebut sudah berlumuran darah.

“ Walau mana kau orang bersembunyi, baik kau orang keluar. Kalau tak lagi teruk kau orang kena. Aku kira sampai 5. Kalau nak hidup lama, keluar sekarang.” Laung lelaki itu.

“ Tak percaya? Aku ada sniper yang boleh tembak kau orang walau kat mana kau orang bersembunyi. Baik kau orang keluar.” Sambung lelaki tersebut.

“ Oh. Degil! Takbir!” Jerit lelaki tegap.
Bunyi tembakan mengenai sasaran di mana seorang penumpang wanita menjadi mangsa tembakan yang dilepaskan oleh sniper tersebut. Darah memancut keluar dari mulut wanita tersebut. Edora menyaksikan kejadian tembakan tersebut

Mungkin ini pengakhiran hidup nya?

Enjoy your reading

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience