Beberapa hari kemudian... Damia sudah sihat dari demam.
“Pak Ali nak pergi mana?” Tangan kasar Ali di ambil lalu di hayun ke kiri ke kanan.
Ali memandang diri sendiri. Dia pakai baju pergi ladang tak kan masih tak tahu dia mahu pergi ke mana. “Pergi kerja.” Tetap di jawab pertanyaan Lily. Orang perempuan tanya perlu di jawab ye, walaupun soalan mereka beri kadang kala tidak masuk akal. Wajib jawab jika tidak mahu diri menjadi binasa.
“Ikut,” Lily sudah tersenyum manis. Menanti Ali memberi kebenaran.
“Tak yah lah awak. Hari ni saya nak tolong petik sawit sebab ada pekerja cuti. Nanti bila saya tak tolong petik sawit saya bawa awak.” Bukan itu jawapan yang Lily mahu dengar.
“Ikutlah...” Lily cuba memujuk lagi. “Saya boring dekat rumah. Mia nak pergi sekolah dah. Ayah dah ambik Danish.” Lily tunjuk ke arah Fazrin yang sudah dukung Danish untuk bawa berjalan-jalan mencari sarapan pagi.
Nak tak nak, Ali terpaksa benarkan Lily ikutnya walaupun dia merasa berat hati. Kecian pun ada kalau hari-hari duduk rumah sahaja. “Awak tukar baju buruk, saya tunggu dekat motor.”
“Okay. Pak Ali tunggu tau.” Laju kaki Lily berlari masuk ke dalam bilik.
Ali bawa beg sekolah Damia dan di letakan dalam bakul motor. Kemudian Damia pula di angkat dan di dudukkan di hadapanya. Sekarang hanya perlu tunggu Lily sahaja muncul.
Tidak tunggu lama, Lily sudah terpacak di hadapanya meminta pakaikan helmet.
“Umi,” Damia memanggil Lily agar melihat. Simbol love jari di beri kepada Lily.
Lily turut balas dengan memberikan kiss jari di pipi Damia lalu di buat love mini dengan jarinya.
“Dah awak.” Dalam senyap Ali melihat juga anak isterinya berbalas simbol love. Dia sebagai ketua keluarga semestinya rasa bahagia melihat Lily dan Damia rapat.
Sebaik turun motor Lily menadah muka pada Ali. Ali sudah tahu apa yang perlu di lakukan. Helmet di tanggalkan lalu di letak di dalam bakul motor.
“Awak tengok tepi sahaja. Jangan ikut saya, bahaya.” Ali memperingati Lily lagi sekali. Sudah di ingatkan Lily ketika atas motor tadi, tapi takut Lily tidak dengar kerana rintangan angin ketika di atas motor.
“Saya tolong kutip buah yang gugur je. Boleh kan?” Tidak mahu dengar kata juga Lily ni.
Berkerut-kerut dahi Ali memandang Lily. Nak marah nanti merajuk. Tak bagi pun merajuk. “Ikut awaklah Lily. Masukkan dalam guni ni.” Di hulur guni yang terlipat di dalam bakul motor.
Dengan gembira Lily ambil lalu melangkah ke tempat pokok sawit yang sudah di kait.
“Langkah hati-hati, tengok bawah,” Suara Ali sedikit kuat. Risaukan Lily sebenarnya. Sudahlah Lily tidak pernah buat kerja begini tiba-tiba mahu menolong pula.
Lily kutip biji sawit yang sudah terlerai dari tandan lalu di masukan ke dalam guni. Kerja mudah sekali tapi agak memenatkan sebenarnya.
Guni yang sudah berisi separuh penuh di tarik sahaja Lily ke tempat sawit Di kumpulkan. Nak angkat dia tak kuat.
Kemudian Lily melangkah ke motor Ali parking untuk Mengambil guni yang lain tapi dengan tidak sengaja Lily tersalah langkah lalu terjatuh sebiji seperti buah sawit jatuh.
Lily cuba bangun sendiri tetapi tidak mampu. Matanya sudah berair kerana menahan sakit di kaki yang terseliuh.
Lily ambil keputusan untuk duduk sahaja dahulu untuk tenangkan diri. Buku lali di urut perlahan-lahan. Dia tidak mahu beritahu pada Ali kerana dia ikut Ali kerana mahu menolong bukan lagi untuk menyusahkan Ali.
Ali menukar ke pokok lain, mata sempat melihat Lily yang sedang duduk tidak jauh darinya. Duduk tepi tengok sahaja macam ni kan bagus. Tak adalah nak risau.
Hari hampir jejak ke tengah hari dan buah yang sudah di petik semuanya sudah di angkat masuk ke lori untuk di jual.
Ali melihat sekeliling untuk mencari Lily untuk di bawa pulang. Tidak susah untuk mencari Lily sudah duduk berdekatan dengan motornya.
“Jom balik awak,” Ali menghulur tangan agar senang untuk Lily bangun.
Lily sambut tangan Ali lalu bangun seperti tiada apa-apa berlaku atas dirinya.
“Pak Ali hantar saya balik dulu sebelum ambik Mia.” Lily bersuara ketika Ali memakaikan topi keledar di kepalanya.
“Ye boleh. Dah naik,”
Bahu Ali di cengkam kuat ketika dia mahu menaiki motor hingga menimbulkan salah faham pada Ali. Bukan sengaja mahu cengkam kuat tapi kaki terlalu sakit.
“Awak marah dekat saya ke Lily?” Ali sempat menoleh ke belakang.
“Eh tak, maaf saya tak sengaja terkuat,”
“Baiklah,” Sudah yakin Lily sudah duduk dengan selesa, Ali pandu motor untuk menghantar Lily pulang.
Ketika mahu turun dari motor Lily teragak-agak untuk memijak tanah. Tapi dia terpaksa juga turun tak kan mahu duduk dia atas motor sahaja.
Bahu Ali lagi sekali di cengkam kuat hingga membuatkan Ali menoleh memandang Lily. Ali risau juga jika dia ada buat sesuatu yang buat Lily terasa hati.
Sebaik Lily angkat sahaja kaki kanan untuk melepasi motor dia terus tergolek ke bawah dan menjerit sakit.
Ali yang terkejut cepat-cepat turun untuk menyelamatkan Lily. “Awak kenapa Lily?” Lily yang terbaring di tanah di dudukkan.
“Tak ada pape,” Lily cuba buat seperti biasa, seperti tiada apa-apa yang berlaku. Dia masih mahu sembunyikan sakit di kakinya pada Ali.
Jerit bukan main kuat mustahil tiada apa-apa. Ali yang tidak mempercayai kata Lily mengambil kedua tangan Lily untuk di lihat. Jika ada terluka atau lebam.
“Tak ada apa-apa lah,” Lily tarik tangannya dari di sentuh oleh Ali.
Tapi Ali tetap tidak percaya pada Lily. Wajah Lily kelihatan seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
Kaki kiri Lily di sentuh semerta Lily menjerit. Pantas Ali tarik seluar Lily ke atas untuk melihat. “Bila kena ni?” kelihatan lebam merah di buku lali Lily.
“Tak ada apalah la awak,” Lily menutup semula kakinya tapi di halang oleh Ali.
“Cakap dengan saya, bila kena? Bila awak jatuh!” suara Ali agak keras membuatkan Lily sedikit takut.
“Tadi dekat kebun,” jawab Lily perlahan.
“Kenapa tak beritahu saya!” Nada suara Ali kelihatan marah. Lily di angkat untuk di bawa masuk ke dalam bilik.
“Saya tak nak susahkan awak,” jawab Lily seperti mahu menangis.
Sebaik Lily di dudukkan di buju katil, Ali terus melutut di hadapan Lily. Di belek dan di picit sedikit kaki Lily until melihat jika ada yang patah. “Kalau awak diam, sakit awak ni lagi melarat. Tu lagi menyusahkan.” Nada suara Ali masih tinggi. Dia sebenarnya risau bukan sengaja mahu marahkan Lily.
“Saya jemput Mia dulu, nanti saya urut kaki awak,” Ali terus bangun dan pergi meninggalkan Lily yang hampir ingin menangis.
Sebenarnya ada dua pasang telinga sedang dengar perbalahan kecil antara Ali dan Lily.
“Bie yang suruh Lily ikut Ali, tengok apa dah jadi,” marah Bunga pada Fazrin.
“Bie suruh tolong bukan suruh jatuh sakit,” Fazrin memberi alasan.
“Memang Bie tak suruh jatuh sakit! Tapi Bie tu sengaja cari bala untuk anak sendiri. Dah tahu Lily tak pernah buat kerja kebun suruh juga ikut kenapa!” Marah Bunga, walaupun dia kerap membuli Lily, dia tetap sayang pada satu-satunya anak perempuan yang dia ada.
“Mana Bie tahu nak jadi macam ni, sayang tolong la pujuk Lily Tu,” Fazrin dengar tangisan halus Lily. Tak tahu menangis sebab sakit atau sebab kena tegur dengan Ali tadi.
“Bie yang buat, Bie yang pujuk,” balas Bunga lalu melangkah pergi tinggalkan Fazrin yang masih mengendap Lily.
Fazrin melangkah mengetuk pintu bilik Lily sebelum memunculkan diri di celah pintu yang tidak bertutup rapat. Melihat Lily cuba mengesat air matanya Fazrin melangkah masuk. “Lily janganlah nangis, Ali tak sengaja marah tadi. Dia cuma risaukan Lily.”
“Ye, Lily nak mandi. Ayah keluar lah,” Fazrin di halau secara halus. Dia masih belum puas menangis.
“Yela, ayah tolong Lily pergi toilet,” Fazrin bersiap sedia untuk memimpin Lily ke bilik mandi.
Sebaik pintu tandas di tutup, Fazrin keluar dari bilik Lily. Pada masa yang sama Ali dan Damia baru sampai di rumah.
Damia di turunkan oleh Ali dan sempat di pesan kepada anaknya. “Umi sakit, Mia nak apa-apa minta dekat ayah,” Ali tidak mahu anaknya menganggu Lily.
Sebaik meletakan beg sekolah di dalam bilik Lily, Damia keluar semula dan ke dapur di mana Bunga dan Fazrin sedang menunggu dia untuk makan tengah hari. Memang sudah menjadi rutin bagi Damia. Selepas makan baru mandi. Selepas itu aktiviti bebas boleh dia lakukan jika tiada kerja sekolah.
Ali sebaik turun motor turut masuk ke bilik untuk melihat Lily. Dengar air mencurah di bilik mandi Ali tahu Lily berada di dalam. Dia duduk di bangku meja solek Lily untuk menunggu.
Pintu bilik mandi terbuka dan kelihatan Lily keluar dengan lilitan tuala di badan sahaja. Sebelum ini Lily memakai baju di dalam bilik mandi. Kerana mahu Fazrin keluar dari biliknya dengan segera, dia tidak sempat mengambil baju dahulu.
Kaki Ali pantas melangkah untuk menolong Lily. Air liuh di telan beberapa kali kerana melihat sesuatu yang tidak di duga.
“Tak apa saya boleh jalan sendiri,” Lily menepis tangan Ali. Wajahnya juga tiada senyuman manis seperti selalu.
Ali tidak berganjak. Tetap di pimpin Lily untuk ke katil tapi lagi sekali Lily menepis. “Kan saya cakap saya boleh jalan sendiri!” Kali ini suara Lily agak kuat.
“Cuba awak jangan degil Lily, kalau awak jatuh lagi nanti lagi...”
“Menyusahkan awak!” Lily memotong bicara Ali tanpa sempat di habiskan.
“Bukan menyusahkan Lily tapi lagi sakit.” Ali menyambung ayat yang di potong oleh Lily.
“Selama ni saya hidup sendiri, sakit semua saya tanggung sendiri. Awak tak perlu susahkan diri nak care sangat dékat saya,” Lily merentap tangan yang di pegang oleh Ali hingga terlepas.
Ali juga tidak lagi berkeras untuk menolong Lily. Mungkin silapnya juga kerana meninggikan suara pada Lily tadi hingga membuatkan Lily bersikap dingin dengannya.
Ali hanya melihat Lily melangkah dengan perlahan ke almari pakaian. Dia hanya bersiap siaga jika tiba-tiba Lily terjatuh dia boleh tahan dengan pantas.
Melihat Lily duduk di katil tanpa sebarang masalah, baru Ali melangkah ke bilik mandi pula. Masa untuk dia bersihkan diri.
Saat keluar dia melihat Lily sudah tiada di dalam bilik. Pasti Lily sudah ke meja makan untuk menjamu selera.
Saat sampai Ali melihat Lily sedang menjamu selera tanpa menunggunya seperti sebelum ini. Sebelum ini jika dia tidak suap nasi ke dalam mulut pasti Lily juga tidak suap nasi ke mulutnya.
“Nasi awak,” Ali menghulur pinggan untuk Lily isikan nasi. Lily isi tanpa sebarang bantahan.
Ali cedukan lauk masuk ke pinggannya, melihat lauk di pinggan Lily hampir habis, di cedukkan juga.
Tapi tiada balasan terima kasih manja dari Lily, tiada senyuman yang terhias di wajah Lily seperti selalu. Apa yang dia terima adalah Lily bangun dari duduknya dan ke singki. Lauk yang Ali beri di buang ke dalam tong sampah termasuk juga nasi yang masih ada di pinggan.
Tipu kalau Ali tidak terasa hati. Apa yang mampu dia lakukan hanya pendam di dalam hati. Dia lebih suka Lily merajuk marah dengan mulut yang tidak henti bercakap dengan tangan yang tidak henti menampar manja pada badannya daripada diam begini.
Walaupun seleranya mati, Ali paksa juga telan. Sudah Lily buang makanan, kalau dia buang juga sudah berganda membazir.
NOTED : DA CUTI UPDATE BEBERAPA HARI YE. KEMUNGKINAN LEBIH SEMINGGU. HARAP BAB INI DAPAT BUATKAN SEMUA TERASA DI SAKITI. HUHU... BYE ASSALAMUALAIKUM. JANGAN MARAH YE.
Share this novel