BL 13

Family Series 60975

Damia yang tidak tahu apa-apa seronok bermain sendiri. Seperti dunia ini dia yang punya.

 

Lily pula yang sudah siap berpakaian lengkap menangis teresak-esak di samping Bunga yang cuba memujuk.

 

“Ibu sakit... ish... ish...” putingnya sakit berdenyut-denyut kerana di gigit oleh Danish. Rasa seperti hendak terputus sahaja.

 

Atir yang turut duduk di ruang tengah rumah orang tuanya tidak tahu mahu pilih mana satu. Gelak atau kecian dekat Lily.

 

“Ibu dah sapu ubat, sekejap lagi tak sakit dah.” Bunga cuba memujuk walaupun tahu sampai esok sakit itu masih tidak akan hilang.

 

Bunga turut kecian melihat anaknya yang sudah hilang dara di dada kerana telah rasmikan oleh Danish.

 

Ali hanya duduk menunduk sambil memangkuk Danish. Dia tahu Danish agak nakal. Tapi tidak sangka sampai begini jadinya. Lagi satu apa yang membuatkan Ali tidak berani mengangkat wajahnya kerana dia secara tidak sengaja melihat separuh tubuh Lily yang tidak beralaskan apa-apa.

 

Fazrin pula seperti termenung jauh. Kepalanya ligat memikirkan sesuatu. Ali yang menunduk di pandang kemudian anaknya yang tidak henti menangis pula di lihat.

 

“Macam ni sahaja. Pak Rin nak Ali kawin dengan Lily.”

 

“No!!” Tangisan Lily tertukar jeritan.

 

Bunga memandang suaminya. Tidak faham apa yang suaminya cuba lakukan. Bukan anaknya buat bukan-bukan dengan Ali sampai perlu berkahwin.

 

“Jangan bangkang keputusan ayah!” Fazrin bercakap dengan tegas. Dia jarang sekali bersikap tegas dalam semua perkara. Tapi bila dia sudah bertegas tiada sesiapa berani membantah.

 

“Ali! Kamu melihat sesuatu bukan milik kamu. Anak kamu sendiri sentuh dan cederakan anak Pak Rin. Jangan sesekali kamu hendak lepas tangan!” Ali pula di tegur dengan tegas. “Maruah Lily tercemar sebab kamu anak beranak.”

 

“Maafkan saya. Saya tak sengaja Pak Rin. Maafkan anak saya Lily.” Ali bercakap dengan wajah yang masih menunduk.

 

“Pak Rin tak akan maafkan selagi kamu tak setuju kawin dengan Lily. Anak kamu pun boleh cari orang lain untuk jaga!” Ugut Fazrin.

 

Ali sudah cuak. Anaknya di hantar ke tempat lain dia masih okay. Tapi tidak di maafkan itu yang membuatkan Ali berfikir panjang.

 

Fazrin sudah goyang kaki menanti jawapan dari Ali. Dia mengharapkan jawapan Ali bersetuju dengan cadangannya.

 

“Boleh bagi saya masa untuk fikir tak?”

 

Kaki Fazrin terus berhenti bergoyang. “Masa kamu tengok ada kamu fikir dulu tak?!” marah Fazrin pada Ali.

 

Ali geling kepala. Memang dia tidak fikir kerana semuanya berlaku secara mengejut. Dia sendiri tak dapat mengelak.

 

“Ayah fikir apa ni? Lily bukan buat apa-apa pun dengan Pak Ali. Lagipun Lily nak kawin dengan Amar dah!” Lily membantah keputusan Fazrin.

 

“Kamu ingat Abang kamu nak ke dengan kamu lagi kalau dia tahu lelaki lain dah tengok tubuh kamu yang tidak berpakaian.” Fazrin lagi sekali bersuara agak tegas.

 

“Abang tak tahu jadi jangan bagitahu.” Pergaduhan mulut Lily dan Fazrin seperti tiada hentinya.

 

“Lily, Ibu tak ajar kurang ajar dengan Ayah!” Bunga pula masuk campur. Sebaik Lily berkata hendak berkahwin dengan Amar, baru Bunga faham kenapa suaminya berkeras mahu Lily berkahwin dengan Ali. “Kamu tanggungjawab ayah! Jangan sesekali melawan apa yang ayah tentukan untuk kamu.”

 

“Kau Ali! Kau tak bersetuju dengan aku, kau boleh berambus dari rumah aku. Termasuk anak kau sekali. Jangan muncul depan aku lagi. Sampai aku mati aku tak maafkan kau!” Kemarahan Fazrin sudah sampai ke puncak.

 

“Ye... Saya ikut apa yang Pak Rin nak.” Dengar tiada kemaafan untuknya Ali semerta bersetuju dengan kehendak Fazrin. Bersetuju dalam keadaan terpaksa.

 

Selepas mendapat persetujuan Ali, Fazrin yang yang berwajah bengis semerta tersenyum. Selesai satu masalah. Mudah betul gertak budak Ali ini.

 

“Kalau macam tu, ikut ayah keluar.” Terus lembut suara Fazrin tidak seperti tadi. Dia juga sudah menukar bahasa diri menjadi ayah kepada Ali.

 

“Atir ambik Danish. Jagakan sekejap.” Pantas Atir menurut perintah. Danish di pangku Ali di ambil dan di dudukkan bersama akaknya.

 

Sambil berjalan ke luar rumah Fazrin tidak henti memeluk badan Ali dari tepi. Bersyukur sangat Ali bersetuju.

 

“Tak perlu hantaran tinggi, cukup mas kawin Ali beri. Ayah nak permudahkan urusan kamu berdua. Majlis Lily dengan Amar tukar jadi Majlis kamu dengan Lily. 7 minggu dari sekarang. Kad kawin tukar nama kamu sahaja jadi tak perlu risau pasal itu. Kamu datang akad sahaja. Lagi satu, anak ayah tu kuat cemburu, kuat merajuk jadi harap Ali bersabar ye dengan dua tu.”

 

Sepanjang Fazrin berkata, Ali hanya mengangguk kepala sahaja. Tidak masuk langsung apa yang Fazrin katakan padanya. Semua kata Fazrin bagaikan angin lalu.  Cuak juga Ali apabila Fazrin tiba-tiba bertukar watak 100 peratus.

 

Lily pula sudah masuk ke dalam biliknya menangis semahu yang boleh. Terasa dunianya akan gelap tidak lama lagi. Dia tidak faham kenapa Ayahnya berkeras mahu dia berkahwin dengan Ali. Lily pasti jika di ceritakan kepada Amar pasti Abangnya itu akan memahami situasi yang berlaku. Dan Amar tidak akan membatalkan perkahwinannya.

 

Telefon pintar di ambil. Nombor Amar di dail tetapi tidak berjawab. Berkali-kali Lily cuba hubungi tetapi tiada jawapan.

 

Apa Amar buat agaknya ye. Jom zoom ke tempat Amar.

 

 

Amar berada di atas Olivia dengan badan yang tidak mempunyai seutas benang. Sedang menempuh syurga duniawi yang ke berapa, dia sendiri tidak mampu kira. Lelaki kata tidak mahu, cintakan seorang sahaja tapi bila di goda di depan mata habis juga di bedal semuanya. Sanggup ambil cuti berkerja untuk melunaskan nafkah batinnya itu.

 

 

Bunga masuk ke bilik Lily untuk memujuk. Kelihatan Lily sedang berpeluk bantal menangis di atas katil. “Lily janganlah sedih. Pasti ada sebab Ayah buat keputusan begini.”

 

Badan Lily di bawa masuk ke dalam pelukan. “Lagipun Ali tu baik Lily. Lily tengok dulu macam mana arwah Aisyah, Ali jaga. Ibu pun cemburu dengan arwah Aisyah. Sampai ke dalam kubur Ali sambut isteri dia. Kalau Lily jadi isteri dia pasti Lily pun akan di layan sama macam arwah Aisyah.” Bunga berikan ayat lembut untuk memujuk anaknya itu.

 

“Tapi kenapa sampai nak kena kawin Ibu... Lily tak faham. Lily bukan buat salah pun.” Lily menangis teresak-esak di dalam pelukan Bunga.

 

Fazrin yang berada di luar bilik Lily dengar dengan jelas tangisan anaknya itu. Dia turut merasa sedih. Tidak pernah sekali pun dia melukakan perasan anak gadisnya itu. Tapi sekarang dia terpaksa buat semua ini.

 

Setelah puas memujuk dan dapat menenangkan Lily seketika, Bunga keluar dari bilik anaknya itu. Dia dia sambut dengan wajah risau Fazrin.

 

“Lily macam mana?”

 

“Masih menangis tapi tak teruk macam tadi.”

 

Fazrin sedikit lega. “Bie berlakon tadi tak nampak pelik kan. Menjadi kan?” Topik lain pula yang mereka bincangkan.

 

“Bie memang terbaik! Kira masalah kita selesai la kan.” Bunga tahu saja Fazrin naik hantu tadi hanyalah buat-buat . Mana pernah suaminya naik angin pada keluarga sendiri. Sekarang tidak perlu lagi dia dan Fazrin memikirkan cara untuk beritahu Lily yang Amar sudah berkahwin.

 

“Hampir selesai. Mereka kawin 100 percent selesai.” Jawab Fazrin sedikit lega. Sekarang hanya perlu beritahu pada Amar yang Lily akan berkahwin dengan orang lain.

Noted from DA : Sorry lama tak update. DA agak busy kemudian kena demam pula. Alhamdulilah sekarang sudah sihat. Selamat membaca kepada semua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience