Topi keledar yang di pakai oleh Lily di tanggalkan oleh Ali. Bukan tak boleh tanggalkan sendiri. Saja hendak mengedik dengan suami hot.
Lily ikut sahaja di belakang Ali melihat kawasan rumah yang sudah 95 peratus siap.
“Awak tengok tengok. Esok tinggal pasang pintu dan cat sahaja. Lepas tu boleh beli barang rumah. Ikut awak nak hias macam mana sebab awak yang banyak duduk dekat rumah nanti.” Kata Ali sambil melihat Lily yang sedang berjalan melihat persatu bilik yang ada.
“Betul saya boleh hias ikut suka hati saya.” Punya teruja sampai tangan Ali di ambil dan di angkat sambil matanya bersinar melihat wajah Ali.
“Ye betul.” Ali yang rasa malu apabila di pandang begitu. Yela tak pernah Lily pandang seperti itu sebelum ini.
“Terima kasih Pak Ali.” Kini gengaman tangan Lily menjadi pelukan di lengan. Macam kucing parsi dah Lily melekap di tangan Ali. “Pak Ali ukur tingkap dengan pintu dulu nanti esok boleh terus beli langsir. Saya nak langsir yang tiga layer tau.”
“Ye ikut awak. Saya tak kisah. Tapi bagi lepas tangan dulu. Saya nak ukur tak boleh.” Nak tarik sahaja tangannya tak patut pula. Takut Lily terasa hati.
“Boleh-boleh.” Lily melepaskan tangan Ali. Malu sendiri tak sedar peluk tangan lelaki itu.
Ali sibuk mengukur Lily turut sibuk melihat telefon pintarnya. Apa yang di lihat sangat tekun membuatkan Ali yang mencuri melihat Lily turut penasaran.” Lily menepuk belakang bahu Ali.
“Ye saya.” Ali sahut tanpa melihat Lily.
“Dapur kosong lagi kan. Saya nak macam ni boleh?” Di tunjukkan gambar cabinet dapur. Ini ke yang Lily tengok sampai tak berkelip mata.
“Pak Ali ikut saya sekejap.” Di tarik sahaja Ali untuk bawa ke bahagian dapur. “Sini cabinet atas bawah. Tapi tepi tinggalkan ruang sikit sejengkal. Untuk letak tangga. Lily tak sampai kalau cabinet tinggi sampai atas. Lepas tu sini buat kosong isi peti sejuk. Singki Lily nak singki yang dalam. Kalau basuh tak terpercik nanti. Lepas tu sini kita beli meja bulat kecik dengan kerusi lipat. Petang-petang sambil goreng cekodok boleh duduk sini sambil buka pintu dapur tengok permandangan pokok kelapa sawit. Lepas tu ruang makan dengan dapur letak pintu jepun. Yang paling penting nak warna black or white.”
Ali cuba hadam semua yang Lily katakan tapi dia tidak mampu. “Awak ikut saya nanti cakap dengan orang yang buat cabinet. Banyak sangat apa yang awak cakap saya tak dapat tangkap.”
“Boleh boleh. Yang penting Lily nak macam yang Lily cakap tadi tau. Kalau Pak Ali tak cukup duit bagitahu nanti Lily pau ayah.” Senang betul dapat suami macam Ali. Semua yang dia mahu di ikutkan sahaja.
“Insyallah cukup.”
“Terima kasih. Esok esok cari barang bawa Mia Danish sekali ye. Biar Mia pilih sendiri barang apa dia nak. Danish nanti kita belikan yang sepadan dengan Mia.” Lily lagi sekali memeluk tangan Ali tanpa dia sedar.
“Ye boleh awak.” Sebenarnya Ali sudah terlupa akan kedua anaknya apabila bersama Lily. Kalau Lily tak cakap langsung tak ingat. Anak sendiri pun orang lain yang ingatkan.
“Lagi kan, barang lama Pak Ali, Pak Ali letak mana? Tak nampak pun?” tercari-cari juga perabot lama dan barang electrik yang memang sedia ada sebelum ni.
“Jual, nanti awak carilah yang baru.” Memang Ali sudah fikir, jika rumah baru lebih elok barangnya juga semua baru. Biarlah berhabis duit sedikit yang penting Lily dan anak-anak selesa.
“Membazir la Pak Ali ni. Kan banyak lagi yang boleh guna. TV pun Pak Ali Jual ke?”
“Ye.”
“Bazir, bazir, bazir, bazir!” di pukul lengan Ali bertalu-talu.
Mula-mula Ali biarkan tapi lama-lama terasa perit. Tangan Lily yang memukulnya di pegang. Matanya tepat memandang mata Lily. “Tak apa, memang niat saya nak tukar baru, untuk awak dan anak-anak. Saya nak awak duduk selesa seperti mana awak selesa tinggal dengan ibu ayah awak.” Sangat lembut suara Ali bila bercakap.
Kata-kata Ali sangat menenangkan apabila di dengar. Lily yang marah tadi terus lembut hatinya. “Maafkan saya sebab tak sedar niat Pak Ali yang sebenar.”
“Tak apa saya faham, kita masih baru bersama. Mustahil kita boleh faham antara satu sama lain dalam sekelip mata. Kita ambil masa sebanyak yang boleh untuk kenal satu sama lain.” Lily di peluk dari tepi dan di usap lembut lengan isteri barunya itu.
Lily mengangguk kepala tanda faham dengan kata-kata Ali. Cara Ali menyentuhnya juga telah membuatkan dia semakin berbunga hatinya. Kalau lagi awal tahu begini rasanya berkahwin dengan Ali. Dari mula-mula kena paksa kahwin dia turutkan sahaja.
..
"I to scared your sister," wajah Olivia jelas ketakutan apabila Amar menyuruhnya bercakap dengan Lily.
"Lily okay honey. She not okay with me only. Please," Amar merayu.
Olivia teragak-agak untuk membantu, Tapi melihat wajah suaminya dia menjadi kecian. "If she hit me, I will hit you,"
"Okay deal!" Amar menjadi teruja. "If she become your best friend, I want rewards,"
"What rewards?" kita yang tolong kita yang kena bagi rewards.
"You know what I want," wajah Amar tiba-tiba bertukar miang. Suaranya juga bertukar mengoda. "We search clothes for you to. I want you sexy every night or every time you are with me honey,"
"Okay can!" Olivia menyahut cabaran Amar. berpakaian seksi untuk suami sendiri apa salahnya.
Bukan main gembira Amar apabila Olivia bersetuju. "Jom cari sekarang. Don't forget to give tip how you tease me to Lily,"
"I know honey, you also don't forget. Lily hit me, I hit you,"
"No problems," Amar tersenyum bahagia.
Olivia memandang tangan Amar yang mengengam erat tangannya ketika berjalan. Dia merasa bahagia dan lega setelah fikirannya sentiasa terganggu dengan perasaan Amar padanya. Hari ini dia sangat yakin yang hati dan perasaan Amar hanya miliknya seorang sahaja.
Yakin kerana Amar sendiri yang meminta tolong padanya untuk memberi petua kepada Lily untuk mengoda suami sendiri.
PS : ADA YANG DAH SALAH ANGGAP DENGAN AMAR NI. AMAR CUMA INGIN MEMBANTU ADIKNYA SAHAJA.
Share this novel