BL 17

Family Series 60975

“Ibu siapa tu?” Lily terpegung melihat lelaki yang lalu hadapanya. Tidak berkelip matanya melihat. So.. hot! Pertama kali dia melihat lelaki sekacak itu.

 

“Dia pakai baju warna apa? Duduk dekat mana?” Bunga buat-buat tanya. Biar Lily jawap sendiri pertanyaannya.

 

 

Baju putih sepertinya. Lily sudah terngaga mulutnya. Duduk di kusion untuk pengantin lelaki.

 

“Tu ayah!” Damia menunjuk ke arah Ali.

 

“Oh! My! God! IBU! Ni Abang Ali bukan Pak Ali” Lily bersuara agak kuat hingga semua melihat ke arahnya. Termasuk Ali.

 

 

“Ish! Kalau nak terkejut pun jangan kuat sangat.” Bunga berbisik pada Lily. Malu pula rasa.

 

“Erm... Ermm...” Tok kadi membetulkan suara. “Semua sedia ke?”

 

“Dah Tok.” Jawab Fazrin mewakili Lily.

 

“Pengantin perempuan nama Bunga Lily binti Muhammad Fazrin. Betul ke?” Tok Kadi memandang Lily.

 

Lily mengangguk kepala.

 

“Betul ye bakal suami kamu. Syed Muhammad Nur Ali Alyahya bin Syed Hamzah Alyahya.” Tok Kadi bertanya lagi sekali.

 

Lily mencari jawapan dengan memandang Fazrin. Dia bukan tahu pun siapa nama Ali yang sebenar. Kalau betul Ali di depannya ini keturunan Syed. Patutlah handsome macam Pak Arab.

 

“Betul nama kamu Syed Muhammad Nur Ali Alyahya.” Tok Kadi bertanya kepada Ali apabila tidak mendapat jawapan dari Lily.

 

“Betul Tok.” Jawab Ali.

 

“Betul ni bakal suami kamu?” Tok kadi bertanya lagi sekali pada Lily.

 

“Betul.” Jawab Lily perlahan.

 

“Okay. Bagi dekat pengantin perempuan untuk cek betul tak?” Borang nikah di hulurkan kepada Fazrin. “Tengok nama dan nombor kad pengenalan.”

 

Fazrin berikan borang nikah kepada Lily. Semasa Lily memeriksa nama dan nombor kad pengenalannya, sempat dia melihat ejaan nama Ali dan nombor kad pengenalan lelaki itu. Terbeliak sekejap Lily apabila perbezaan dia dan Ali hanyalah 6 tahun. Ali hanya tua dua sahaja dengan Amar.  Mati-mati dia ingatkan lelaki itu hanya muda beberapa tahun sahaja dari ayahnya. Patutlah Ali kelihatan sangat muda sekarang ini.

 

Kemudian Ali pula membuat pemeriksaan atas nama dan kad pengenalannya. Seperti Lily, Ali turut melihat nombor kad pengenalan gadis itu untuk ketahui berapakah umur sebenar bakal isterinya.

 

Ali sedikit lega apabila ketahui beza umur dia dan Lily tidak begitu banyak. Dia risau jika orang kampung mula bergosip mengenai mereka berdua jika mempunyai jarak umur yang jauh. Dia sudah biasa dengan mulut orang kampung tapi tidak bagi Lily. Risau juga kalau ada orang kampung kena serang dengan gadis itu.

 

Fazrin sendiri yang menikahkan anak gadisnya. Dengan sekali lafaz Lily menjadi milik Ali. Orang yang paling sedih ketika itu adalah Amar. Sepatutnya dia yang berada di tempat Ali. Tapi sebaliknya yang berlaku.

 

Olivia yang setia di sisi Amar hanya mampu melihat suaminya itu menangis. Dia tahu cinta Amar pada Lily sangat mendalam. Dia turut rasa kecewa kerana suaminya menangis kerana perempuan lain.

 

“Sabarlah Abang.” Atir cuba memujuk. “Kalau sudah tertulis jodoh Abang bukan dengan Lily. Abang kejar bagaimana pun tetap bukan milik abang. Abang ada akak Via sekarang. Abang jaga baik-baik. Jangan nanti menyesal kemudian hari.” Atir nampak wajah Olivia turut sedih. Sedih melihat Amar berduka kerana Lily. Kalau dia berada di tempat Olivia pun, dia akan turut rasa cemburu.

 

Amar melihat wajah Olivia. Kelihatan sedih di raut wajah Olivia. Tetapi isterinya itu tetap tersenyum padanya. “I’m sorry.”

 

Olivia hanya mengangguk kepala. Tangan Olivia, Amar ambil dan di gengam erat. Betul kata Atir. Masa depannya sekarang adalah Olivia. Dia perlu mencari kebahagian bersama Olivia. Sama seperti Amar melihat Lily dan Ali di atas pelamin.

 

Amar melihat adiknya itu sungguh gembira. Mudah sekali Lily dapat mengubat hati dan perasaannya. Sepatutnya dia juga perlu menjadi seperti Lily. Dia juga sudah mempunyai pengubat hati yang sentiasa setia berada di sisinya.

 

Saat bergambar selepas akad nikah, Lily dengan selamber sahaja merangkul lengan Ali. Badan Ali turut di tarik untuk lebih dekat dengannya. “Pak Ali jangan lupa senyum manis. Lily nak gambar kawin Lily cantik.” Lily berbisik dengan tegas.

 

“Ye.” Ali turutkan sahaja kehendak isteri barunya itu. Sebenarnya Ali turut kerana lebih takut dengan Lily.

 

Senyuman Lily sangat lebar dan ikhlas. Dia juga terasa bangga sekejap kerana memiliki suami yang tampan. Nama Amar semerta hilang di dalam hatinya. Kini tertanam nama baru. Iaitu ALI.

 

 

Selesai kesemua Majlis kesyukuran yang di anjurkan oleh Fazrin dan Bunga. Ali teragak-agak untuk masuk ke bilik Lily. Dia melihat sekeliling rumah. Sudah sunyi sepi. Pasti orang lain turut merasa letih sepertinya. Dan mereka semua sedang berehat di bilik masing-masing.

 

Hendak tidak hendak. Terpaksa juga Ali masuk ke bilik Lily. Badannya juga sudah lekit minta di bersihkan. Sebaik masuk Ali di hidangkan dengan wajah bersih Lily yang sedang menyimpul rambut ikalnya.

 

Mata Ali pantas di alihkan sebaik Lily memandangnya. Tapi bak kata pepatah. Pura-pura mencari ayam, ekor mata di anak orang.

 

Ali curi-curi melihat Lily. Orangnya cantik. Dapat Ali duga rambut Lily sejenis ikal mayang kerana bulu mata Lily cantik melentik. Tapi kecantikan sebenar Lily jauh lebih cantik dari bayangan Ali.

 

“Pak Ali nak mandi, tuala gantung dekat belakang pintu.” Ali hanya di pandang sekilas oleh Lily.

 

“Baju saya dekat mana?”  Walaupun memandang secara curi, Ali tidak meneruskan tingkahnya. Risau Lily dapat mengesan. Dia tidak mahu Lily memikirkan bukan-bukan akannya walaupun dia sebenarnya mahu menerus menatap wajah Lily.

 

Kini kedua anaknya yang berada di atas katil di tatap. Damia sedang melakukan kerja sekolahnya sambil di tunjuk ajar oleh Lily. Danish pula sedang tidur kepenatan. Saat Majlis hampir tamat Danish sudah mula merengek minta Lily dukung. Terpaksa Lily dukung hingga Danish tertidur sendiri. Dia yang mahu mengambil Danish dari tangan Lily ketika itu juga terbantut kerana anaknya tidak mahu. Mungkin Danish masih tidak mengenali dirinya.

 

“Baju?” Lily garu kepala sekejap. Dia lupa di mana dia letak baju Ali selepas Bunga berikan kepadanya pagi tadi. Bukan letak tapi dia baling sahaja kerana memberontak tidak mahu berkahwin dengan Ali. Sekarang seperti terbalik pula, terasa dia pula yang nak terkam Ali.

 

“Pak Ali pergilah mandi dulu, Lily lupa letak mana.”

 

“Yela.” Ali mengambil tuala dan terus menuju ke bilik mandi.

 

Lily dengan pantas mencari di mana dia mencampakan baju Ali. Setiap celah barang di biliknya di jengah dan akhirnya Lily jumpa di bawah katil. Tanpa bertanya Lily terus buka lalu keluarkan baju Ali. Semua di masukan ke dalam almari. Hanya sepasang sahaja di letakan di atas katil.

 

Pintu bilik mandi di ketuk dari luar. “Pak Ali, baju atas katil. Saya keluar ye, nak hidang makan malam.”

 

Dengar sahutan ya dari Ali, Lily terus mengajak Damia untuk menolongnya. Ali yang sedang mandi merasa lega untuk keluar. Tidak perlu dia berhadapan dengan Lily sekejap lagi.

 

 

..

 

 

“Ibu Ibu Ibu,” Lily berlari anak dekati Bunga yang sudah ada di dapur. Damia terlebih dahulu di berikan besen berisi ikan bilis. Apa yang jadi dengan ikan bilis selepas itu tidak di perdulikan oleh Lily. Yang penting Damia duduk diam tak mengacau.

 

“Apa?” Balas Bunga sepatah.

 

“Kenapa ibu tak cakap Pak Ali hot! Macam tu?” Lily berbisik di telinga Bunga. Tak nak orang lain dengar.

 

“Sebab Hot! Ibu hanya untuk Bie ibu saja.” Bersahaja Bunga balas. Kalau Fazrin dengar sekarang ini, pasti kembang semangkuk sekejap suaminya itu.

 

“Betul juga kan. Kalau orang tua, Hot dia untuk orang tua juga.” Bersahaja Lily membalas.

 

Bunga jeling sekejap anaknya. Ada je hendak di balas anaknya ini. “Pergi letak atas meja sana.” Di hulur mangkuk berisi ayam merah kenduri Lily tadi. Makan malam mereka sekeluarga adalah lebihan lauk kenduri siang tadi. Kesemuanya sudah Bunga panaskan.

 

“Ibu, ibu rasa dia suka Lily tak?”

 

“Mana Ibu tahu. Lily tanya lah dia sendiri.” Terangkat sedikit kening Bunga melihat anaknya. Sebelum kawin bukan main tak nak. Sekarang dah kawin tanya suka ke tidak.

 

“Kalau dia tak suka Lily macam mana Ibu?”

 

“Tak suka kamu buat dia suka.”

 

“Macam mana nak buat dia suka?”

 

“Goda.”

 

“Macam mana nak goda?”

 

Fazrin sudah berada di belakang Bunga dan Lily. Dia dengar segala perbincangan dua beranak itu.

 

“Tak payah goda. Lelaki kalau ada depan mata, belum sempat di goda dah kena ngaum.” Bisik Fazrin di telinga anak isterinya.

 

Lily terus memalingkan wajah melihat Bunga. “Ayah macam tu ye ibu.”

 

“Ayah Lily, ibu tengah berak pun dia cakap cantik.” Selamber sahaja Bunga balas.

 

“Ehh! Selekeh la ayah ni.” Badan Fazrin di tolak. “Tepilah ayah. Lily nak cakap dengan ibu. Sibuk je dia.”

 

“Ayah lapar dah ni. Panggil semua orang cepat.” Bercekak pinggang Fazrin lepas dia di tolak.

 

“Kacau la ayah ni.” Muncung sedepa bibir Lily apabila perbualannya dengan Bunga di ganggu.

 

Dah jadi isteri orang dah anak ayah. Rasa macam budak-budak lagi macam Damia ni. Fazrin hentikan Damia dari terus merosakan ikan bilis yang di beli. Tangan anak kecil itu di basuh, kemudian di dudukkan di sebelah Bunga.

 

Lily ke biliknya terlebih dahulu untuk memanggil Ali. Kemudian ke bilik Amar dan Atir.

 

“Ayah lapar tadi kan. Makan sampai puas.” Lily sengaja meletakan nasi hingga tidak muat pinggan untuk Fazrin. Fazrin melihat melihat anaknya kecik besar kecik besar sahaja.

 

“Saya nak sedikit sahaja Lily.” Pantas Ali bersuara takut dapat kuantiti sama seperti Fazrin.

 

“Boleh-boleh. Nanti Pak Ali nak tambah lagi beritahu Lily. Nanti Lily ambik kan lagi.” Bukan main manis senyuman Lily saat Ali memandangnya. Cakap pun lembut semacam.

 

Ali yang melihat senyuman Lily turut kaget. Pertama kali melihat senyuman manis Lily. Jika tidak sebelum ini hanya jelingan benci sahaja. Mungkin itu adalah cara Lily untuk menjaga dirinya dari di dekati mana-mana lelaki. Menjadi wanita sombong. Apabila susah berkahwin seratus peratus berubah untuk suami.

 

“Apa panggil suami macam tu Lily. Ali dengan Amar beza dua tahun sahaja. Panggil suami dengan gelaran yang lebih elok.” Fazrin menegur anaknya.

 

“Tak apa ayah. Kami masih belum sesuaikan diri lagi.” Ali yang rasa bersalah apabila Lily di tegur.

 

Wajah Lily sudah masam tanda merajuk dengan teguran Fazrin.

 

“Tadi awak tak puas makan kan.” Ali cedukan lauk ke pinggan Lily. Cuba menujuk Lily yang cemberut itu.

 

“Ermm... Nak ikan.” Lily sudah tunjukkan sedikit sifat manjanya pada Ali.

 

Ali ambil ikan masuk ke dalam pinggangnya. Di cubit isi lalu di berikan kepada Lily. “Mia nak ikan?” Ali baru tersedar tindakannya menjadi perhatian semua ahli keluarga Lily. Dia sudah terbiasa begitu dengan anak-anaknya. Kemudian anaknya cuba di jadikan tempat penyelamat diri. Lily pula sudah terasa bahagia dengan cara Ali. Terus makan dengan penuh berselera. Hilang terus rajuknya.

 

“Tak nak.” Balas Mia ringkas. Pinggannya sudah penuh dengan cubitan-cubitan Ayam masak merah. Ayam Damia sudah di cuil kecil oleh Bunga agar mudah untuknya makan.

 

Amar dan Olivia hanya diam sahaja. Mereka tidak bersuara walaupun sepatah. Mata Amar sentiasa perhatikan Lily yang sedang bahagia saat ini.

 

“Amar ambiklah lauk untuk Via tu. Biarkan isteri makan nasi kosong.” Bunga pula menegur Amar. Bunga perasan akan tenungan mata Amar pada Lily.

 

Amar yang tersentak dengan teguran Bunga terus memandang isterinya. “You try this honey.” Di letakan lauk daging kurma di pinggan Olivia.

 

“Thank you.” Manis wajah Olivia memandang Amar.

 

Mata Damia pula berkelip-kelip melihat Olivia. “Aunty cantik macam baby doll.”

 

“She say you pretty.” Amar menjadi jurubahasa untuk Olivia. Terasa bangga pun ye, isteri sendiri di puji cantik. Jadi dia tak perlu cemburu dengan Lily lagi.

 

“Thank you. You also pretty.” Olivia pula memuji Damia. Ada Damia sekurangnya suasana kekok antara dia dan keluarga Amar dapat di kurangkan.

 

 

..

 

 

Kini tinggal Lily dan Ali di dalam bilik mereka. Danish sebaik bangun tidur terus di ambil oleh Bunga untuk di beri makan. Damia pula apabila Danish ikut neneknya. Dia pun mahu ikut sekali.

 

Baru Ali dapat bersua muka dengan Lily sahaja. Ada beberapa perkara Ali ingin katakan kepada Lily.

 

Lily sudah malu-malu duduk di hadapan Ali. Fikirannya sudah memikirkan kata-kata ayahnya tadi. “Lelaki kalau ada depan mata, belum sempat di goda dah kena ngaum”

 

“Kita di satukan bukan atas kehendak kita. Saya minta maaf kerana saya bukan suami yang Lily impikan.”

 

Dulu tidak tapi sekarang ye. Lily membalas kata Ali di dalam hatinya sahaja.

 

“Saya harap Lily tidak salah faham kenapa Saya bersetuju untuk berkahwin dengan Lily. Saya nikah dengan Lily kerana maruah Lily yang pernah saya lihat. Saya tak akan sentuh Lily tanpa Lily setuju. Jika Lily sudah mempunyai pilihan hati beritahu saya. Saya akan lepaskan Lily.”

 

Lily geling kepala. Bukan itu yang dia mahu dengar. IBU!!!!

 

Selepas dengar luahan hati Ali, Lily terus baring dan menutup seluruh badannya dengan selimut. Hatinya sedih, dia ingatkan sebelum ini Ali ambil keputusan untuk kawin dengannya kerana sukakan dia. Tapi rupa-rupanya sebaliknya.

 

Ali garu kepala sekejap. Dia belum habis berkata Lily sudah selubung dirinya. Dia ada salah cakap ke. Rasa apa yang dia katakan semuanya untuk Lily. Mungkin Lily tiada bantahan dari apa yang dia katakan.

 

Ali tetap teruskan kata-katanya. Dia pasti Lily tetap mendengar. “Tapi saya harap kita berdua pertahankan rumahtangga yang kita bina. Kita ambil masa sebanyak mungkin untuk sesuaikan diri antara satu sama lain. Jika tetap tiada keserasian, terserah pada Lily. Apa yang Lily mahukan saya turutkan.”

 

“DIAM!” Lily bangun dan pandang Ali dengan mata merahnya. Ayat Ali yang seterusnya Lily langsung tidak dengar, dia sudah melayan perasan sedihnya sendiri. Itulah perempuan, cepat berfikir negetif.

 

Ali tersentak dengan suara kuat Lily. Nampak sangat Lily tidak sukakanya. Jadi perkahwinan ini, sememangnya hanya untuk dia menebus kesalahan yang tidak dia sengaja lakukan.

 

“Baiklah saya diam.” Ali bangun melangkah menutup lampu lalu baring di lantai yang beralaskan karpet. Tipu kalau Ali tidak terasa dengan tengkingan Lily.

 

Hari pertama dah gaduh. Esok-esok bagaimana agaknya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience