Wajah Ali semakin pucat sebaik melihat Lily di hadapanya. Dia dapat lihat dengan jelas raut wajah sedih di wajah Lily. Tapi apa yang berlaku bukan dia sengaja lakukan.
Lily cuba bertahan tetapi akhirnya dia jatuh terduduk di lantai. Wajahnya kelihatan terkejut dan pada masa sama merasa sedih.
“Lily, saya minta maaf tapi bukan saya sengaja buat...” Ali cuba menjelaskan apa yang berlaku tetapi pantas di cantas oleh Lily.
“Pak Ali yang ada dekat dalam. Boleh Pak Ali nak nafikan lagi,” suara Lily sudah bergegar menandakan bila-bila tangisannya akan terlepas.
Ali dapat agak dia terpaksa melayan drama Lily lagi sekali. Allahuakhbar. Baru je baik sebelum tidur tadi. Sekarang timbul misi baru sebelum subuh. Hidup dengan Lily perlu bersedia 24jam untuk jalankan pelbagai misi memujuk.
“Pak Ali tahu tak, ni kak Via bagi.” Tangan Lily sudah terketar-ketar memungut botol kaca yang pecah.
Ali pantas menarik tangan Lily dari terus mengutip botol kaca yang pecah. “Nanti tangan awak luka, biar saya sahaja yang buat.”
Ali melihat mata Lily sudah berair dan menangis tersedu-sedu. “Nanti saya minta Amar cakapkan dekat Via. Belikan baru untuk awak. Awak nak lebih dari ni pun boleh,” Ali cuba memujuk.
“Awak ingat senang ke? Akak beli dekat Rusia. Mana ada jual dekat sini! Kalau diaorang nak balik pun mungkin setahun lagi!,” Lily mengesat air matanya dengan lengan. Kali ini dia betul-betul menangis. Sedih yang bukan di buat-buat.
Ali telan air liuh. Nampaknya misi memujuk akan lebih susah kali ini. “Kalau macam tu, kita cari yang lain. Yang hampir sama. Tak pun yang lebih mahal.” Ali mencuba nasib. Kalau berjaya, berhabis duit banyak pun tak apalah. Daripada Lily merajuk berpanjangan. Salah sendiri juga, gatal tangan nak sentuh barang Lily.
Lily tidak balas kata-kata Ali. Dia hanya duduk menangis di hadapan botol kaca yang pecah. Ali mencuba nasib lagi. Mencuba selagi belum bertambah parah. “Nak tambah handbag pun boleh. Hari tu awak ada tengok handbag tak jadi beli.” Ali dah berkira-kira duit di dalam kepala. Handbag sahaja dekat satu ribu. Kalau minyak wangi minta dua tiga botol. Tiga ribu boleh hilang sekelip mata. Duit petik buah seladang hilang terus ke Lily.
“Betul boleh tambah beg hari tu?” sendu Lily seperti sudah kehilangan sedikit. Di lihat muka Ali yang sedang membersihkan lantai untuk mencari kepastian.
“Aha, tapi cari kecik sikit. Beg tu besar sangat tak sesuai untuk awak.” Beg kecik harga kurang sikit.
“Betul boleh?” lagi sekali Lily bertanya untuk kepastian. Tangisan sudah tiada.
“Ye betul,” Ali jawab dengan yakin.
“Kalau macam tu, saya ambik yang beg kecik sikit. Saya memang nak beg kecik sikit tapi harganya lebih mahal. Dah Pak Ali cakap boleh. Saya ambik beg tulah.”
Dengar kata-kata Lily membuatkan Ali terduduk. “Berapa harga beg tu?” Mati-mati ingat beg kecik lagi murah.
“Tak banyak beza mana pun. Beg tu 2k je. Terima kasih Pak Ali. Moga Pak Ali di limpahi rezeki halal yang melimpah luah,” terus terhenti nangis Lily. Dalam fikiran sudah terbayang beg yang di impikan.
Ali terduduk di lantai terus tidak mampu bangun berdiri. Mampus kena ikat perut macam ni. Ni bukan seladang duit hilang dua ladang sekali lesap sekelip mata.
“Jom Pak Ali tidur, tak elok duk dalam toilet lama-lama,” tangan Ali di tarik untuk bangun. “Saya call Pak Ali tadi kenapa tak dapat? Bunyi pun tak ada,”
Call!
Ali lagi sekali cuak melihat Lily. Kocek seluarnya terus di raba. Tidak sempat Ali ambil Lily terlebih dulu seluk poket seluar Ali. Telefon pintar Ali di keluarkan. Kemudian wajah Lily bertukar bengis melihat Ali.
“Saya tak main depan awak. Sambil berak saya main,”
“Sebab tu call tak jawab!”
“Awak tak kata sambil berak tak boleh main. Dah jom tidur. Dekat pukul 3 dah ni. Nanti nak bangun subuh susah.” Di tolak sahaja belakang Lily untuk ke katil. “Awak tidur dulu, saya rasa nak membuang lagi,” Pantas kaki Ali melangkah ke tandas semula. Gara-gara makan sambal belacan Lily lebih lah ni. Dah tahu jenis tak makan makanan pedas. Sibuk juga nak makan.
Sementara menunggu Ali menyudahi hajat yang di lakukan. Segala isi di dalam telefon pintar Ali di lihat. Tiada apa yang tertinggal, dan tiada apa yang mencurigakan. Cuma Ali suka bermain candy crush hingga kadang terleka. Nak uninstall tak patut pula kerana itu sahaja permainan yang ada di telefon Ali.
“Dah lega lom?” Lily bertanya sebaik Ali keluar dari tandas.
“Lega sikit.” Ali terus baring di sebelah Lily.
“Dah tahu tak boleh makan banyak lain kali makan sikit je.” Lily tahu kenapa Ali membuang tidak henti. Dah ahli keluarganya jenis makan pedas. Sepanjang Ali duduk bersama dengan ibu ayah hampir setiap malam Ali kerap ke tandas kerana perut memulas.
“Dah awak buat sedap sangat. Mana boleh makan sikit,” puji Ali.
“Dalam bilik kamu ada siapa Aimi?” Aimi terus di serang soalan sebaik sahaja pintu biliknya di buka.
“Aimi sorang lah,” jawab Aimi seperti tiada apa-apa yang berlaku.
“Jangan nak tipu Ayah, Aimi!,” Husni terus masuk ke bilik Aimi walaupun tanpa kebenaran anaknya itu. Di cari pemilik suara yang di dengari. Seperti suara Ali tapi tak mungkin Ali berada di sini.
Dalam almari, bawah katil, semua tempat Husni cari tapi tiada satu pun susuk manusia di dalam bilik Aimi. Husni yang merasa tidak sedap hati, pantas membaca beberapa ayat suci Al Quran. Semerta satu angin bertiup keluar dari bilik Aimi. Husni merasa seram sejuk tapi cuba di kenalkan jiwanya.
Sepanjang Husni cuba mengelegah biliknya, wajah Aimi sudah keputihan pucat. Risau jika Husni menjumpai Ali walaupun itu yang sebenarnya dia mahukan.
Husni menoleh melihat Aimi. “Dah tidur! Telefon tu tutup!” marah Husni.
“Ye, Ayah keluar lah.” Aimi merasa lega Ali tidak di jumpai. Dia pun tercari-cari di mana Ali menyembunyikan diri.
Husni melangkah keluar dengan berat. Dia merasakan masih ada sesuatu di dalam bilik anaknya itu.
Sebaik pintu di tutup, pantas Aimi memanggil Ali dengan suara halus agar tidak di dengari oleh Husni. Kerana Aimi dapat menduga Husni masih lagi berada di balik pintu.
“Abang ada dekat sini sayang,” Ali bersuara berbisik tiba-tiba muncul di belakang Aimi. Badan Aimi di peluk erat.
“Abang menyorok dekat mana tadi?” rasanya semua tempat Husni sudah gelegah tapi langsung tidak menjumpai Ali.
“Ada di belakang pintu,” jawab Ali dengan bersahaja. “Jom sambung sayang, Abang nak buat sayang mengandung zuriat Abang.” Kemudian Ali bercakap seperti berbisik. “Zuriat yang banyak untuk menghancurkan anak Adam.”
“Apa abang cakap,”
“Tak ada pape. Jom.” Aimi di tarik untuk ke katil.
NOTED : OKAY DAH DAPAT JAWAPAN KAN. MESTI LEGAKAN BUKAN ALI. HEHE...
YANG MENEKA HANTU RAYA TU BETUL LAH TU. TAPI XTAHULAH NI HANTU APA. HUHU. HANTU ITU MENYERUPAI ALI DAN MENGEJAR AIMI PULA KERANA AIMI TELAH LANGGAR PANTANG LARANG DENGAN MEMIJAK TANAH KUBUR.
Share this novel